• Affiliates

  • Waktu Solat

    Kuala Lumpur


  • Communication Panel

    Tinggalkan Pesan


    Chat dengan saya

Blog Ayah Adam

Di mana kasih bertemu, bertandang dan dibelai

Twitter :

Ya Allah, tukarkanlah aku ke department lain. Amin

Salam Ramadhan.

Ahlan wasahlan ya ramadhan. Bulan yang dinanti nantikan oleh umat Islam kunjung jelma lagi. Demi untuk memastikan ibadah kita tidak sia sia, mari kita jauhi dari perbuatan yang lara. Banyakkan ibadah sunat dan istiqamah dalam melaksanakan yang wajib.

Posted with WordPress for BlackBerry.

11 August 2010 at 06:16 - Comments

Budaya “Siapa cadang, dia buat” …

Salam,
Saya bertanya kepada sahabat saya,  kenapa tidak mahu menyertai forum HBS.net. Sedangkan beliau mempunyai idea yang cukup bernas yang boleh diketengahkan.  Zaman ICt sekarang ini, idea yang bernas sekiranya  boleh dikomersialkan nescaya akan membawa  keuntungan kepada syarikat dan jawapan yang saya terima amat  mendukacitakan.
Menurut sahabat saya, katanya, di HeiTech ini siapa  cadang, dia kena buat.
Terdiam seketika saya dibuatnya.  Saya berfikir sejenak.
Mungkin ada betulnya.  Contoh,  program  INnofund, niat sungguh murni, ingin mencungkit kretiviti dan innovasi staff heitech tapi bila kena buat sendiri ,  semua hilang semangat.  Apa tidaknya, dengan workload sedia ada dan  beban kerja yang digalas, nak tambah lagi  beban.  Ter”kojol”kan. Aku ikut aje  apa yang ada dalam KRA KPI aku udah.    ..
Rasionalnya,  betul juga … gerak hati saya.
Baru baru ini saya  menyertai satu mesyuarat  penubuhan HeiTech Innovation Center. Beberapa orang yang terpilih telah berhimpun dan mencurahkan idea serta pandangan mereka tentang hala tuju dan visi  HeiTech Innovation Center.
Amat terkejut saya kerana banyak idea yang dicurahkan. Rasanya Puan Hazilawati  boleh  sahkan.  Kakitangan HeiTech memang kreatif dan innovatif namun  oleh kerana  minda kita masih takuk lama ,  masih berpegang dengan budaya  ”siapa cadang dia buat’  maka masing masing  menyembunyikan  atau “menjual” idea  mereka kepada syarikat lain.  Yang rugi kita juga.
Cadangan saya:
Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mengubah paradigma.  Setiap cadangan yang diterima perlu dikumpulkan, dinilai sama ada terdapat nilai komersial  dan sekirannya  ada nilai komersial,  perlu ditubuhkan satu pasukan  khusus  untuk melakukan  R&D  bagi  tujuan merealisasikannya.  Kalau sekiranya terbukti maka  tuan punyai  idea  perlu di”reward” di atas  usahanya  berkongsi idea. Dengan ini  mungkin kita dapat menggalakan  rakan rakan  kita  untuk berkongsi idea dengan pihak pengurusan…
“mudahkan  jangan disusahkan  ….  ”
Wasalam
4 August 2010 at 09:05 - Comments

Tidurku terjaga .. isk .. kecoh di luar. Kenapa ya ???

Pagi tadi adam kejutkan saya pukul 3 pagi. Adam minta susu kotak warna pink. Setelah saya sediakan, saya cuba kembali tidur namun gagal. Akhirnya saya pun mengadap laptop dan terus menyambung tugasan kerja.  Sedang asyik bekerja, ibu adam  terjaga lantas bersiap untuk ke Bandar Baru Bangi. Ibu adam ada latihan Adobe Flash di sana.  Setelah bersolat subuh, saya kembali mengadap komputer.  Pukul 7 lebih, saya keluar dari rumah sambil mendukung adam yang masih lagi lena. Memang menjadi rutin saya untuk menghantar adam ke taska. Hari ini, adam nak kuih lapis yang berwana ungu satu. Setelah menghantar adam, saya kembali ke rumah. Sampai di rumah, saya cadang nak tidur sebentar  dan kemudian bersihkan diri dan terus ke pejabat tapi rancangan Allah swt berbeza pula.

Saya terjaga apabila terdengar bunyi kecoh di luar rumah. Suara seoranng lelaki sedang berbicara dengan jiran saya.  Saya cuba memahami apa yang diperkatakannya.  Dengar lelaki tersebut meminta agar “syafiq” memulangkan “benda” tersebut. Dalam hati saya tertanya tanya.  Apa yang berlaku. Dari bilik tidur saya ke ruang tamu. Isk dah pukul 11 lebih. Aduh, Saya terus hantar sms kepada penyelia saya memaklumkan yang saya masuk lewat. Mungkin selepas pukul 12 tgh hari. Tapi beliau menasihatkan agar bercuti sahaja dan saya pun akur dengan nasihat tersebut.

“Pulangkanlah benda tu, pak cik berhutang nak beli benda tu.  Dengan benda tu, pak cik baca email. Tadi pak cik lihat kat kedai, harganya  hampir RM1990.  Tolonglah pulangkan..”

Sah, seorang lagi mangsa  anak jiran saya.  Ketika pak cik tersebut bergerak pergi, saya sempat menyapa dan bertanya kenapa.  Tapi dengan nada keras,  menyatakan tak ada apa apa.

Tak tahu sampai bila pihak polis akan menyiasat anak jiran saya. Saya sendiri dah buat 3 laporan polis tapi tiada sebarang tindakan.  Masuk balai sebentar lepas tu keluar balik dan mencuri kembali.

14 July 2010 at 12:20 - Comments

Tips: Cemburu…

Ada yang minta saya berikan tips untuk tidak merasa cemburu.  Maka sedikit tips untuk tidak merasa cemburu.

1. Menyedari bahawa fitrah seorang insan memang mempunyai sifat cemburu. Terutama seorang wanita. Dan seperti sifat sifat lain seorang wanita, sifat cemburu perlu dilatih untuk bersederhana. Tidak terlalu lebih dan tidak pula terlalu kurang.

2. Menerima bahawa Allah swt telah berikan apa yang terbaik buat diri kita. Beriman dengan Allah swt. Allah swt yang berkuasa menentukan segala galannya.

3. Banyakkan taubat.  Mengharapkan redha Allah swt. Memohon keampunan dari Allah swt.

4. Doa dan terus berdoa.

5. Bersangka  baik dalam segala urusan.

6. Banyak mengingati Allah swt.  Berzikir,  bertahmid,  bertakbir dan bertahlil mampu menenangkan diri.

Wasalam

22 June 2010 at 09:17 - Comments

Masih lagi diuji …

Dugaan demi dugaan mendatang.  Minggu lepas,  saya di serang demam panas,  suhu menghampiri 40 darjah Celsius. Mungkin jangkitan dari Adam.  Badan memang terasa lemah. Hari jumaat, demam rebah tapi tekak pula pedih. Sampai ke hari ini, tekak masih lagi sakit.

Belum reda dengan kesihatan,  kereta pula buat hal. Klip brek mulfunction. Akibatnya, break pad haus dan bukan setakat brek pad yang perlu ditukar,  drum disk pun kena ditukar sebab dah mengerutu habis.

Nampaknya semakin hebat ujian yang menimpa. Mungkin bagi sesetengah insan,  akan mengeluh resah.  Fitrah seorang insan namun, kami sekeluarga sedar dan yakin kepada Allah swt. Yakin bahawa setiap kesusahan akan digantikan dengan kebaikan. yakin bahawa semua ini adalah satu potensi untuk menambahkan pahala kebajikan. Sabar dan tabah.

Penat dan letih, itu yang sering kedengaran dari mulut ibu adam. Begitu juga saya. Kami masih lagi belum sempat benar benar berehat. Tiada apa yang dapat dilakukan selain dari berdoa agar Allah swt membantu menyelesaikan masalah yang ada. Tiada daya dan kekuatan melainkan apa yang diberikan oleh Allah swt.

Keadaan kewangan pun agak menekan. Semakin memeningkan dan memenatkan untuk difikirkan. Di saat ini, saya hanya bersyukur kerana masih lagi hidup. Masih lagi boleh berusaha dengan kudrat yang ada. Selain dari masih lagi boleh beribadah.

22 June 2010 at 09:12 - Comments

Masih lagi diuji.

Dah hampir beberapa minggu jiwaku terlalu kucar kacir. Dalam masa 5 minggu 3 kali rumahku dimasuki pencuri dan kerugian begitu besar sekali.  Sementara isteriku pula diuji dengan kesakitan.  Lepas tu diriku pula diuji dengan kesihatan dan kini anak kesayangku pula terlantar dihospital Pakar Damansara.  Itu ujian melibatkan personal dan belum lagi masalah kerja.  Kepala semakin pening dibuatnya.  Product development plan perlu disiapkan,  development product perlu bermula namun resource tak ada.  Dah inverview beberapa orang tapi tak memenuhi kelayakan.  Entahlah …

Secara jujur, ku terima semuanya dengan redha. Hidup perlu diteruskan.  Mungkin kelemahan yang ketara dalam hidup aku ialah perancangan. Kena perbaiki lagi perancangan hidupku ini.

14 June 2010 at 12:28 - Comments

Dari katil Adam,

Letih dan penat. Mungkin itu yang dapat digambarkan. Sepagi habis review slide dengan COO dan sepetang memperbentangkan slide kepada CEO. Alhmdulillah, berdasarkan feedback dari COO, CEO gembira dengan pembentangan dari semua sektor yang ada. Terdapat beberapa perkara penting yang diketengahkan.

Masalah sumber termasuk pembangun aplikasi.
Janji menunjukkan produk pada bulan 7.

Cabaran memang hebat. 1 bulan lebih sahaja masa yang ada.

Posted with WordPress for BlackBerry.

11 May 2010 at 22:12 - Comments

Dari Katil 331, Hospital Pakar Damansara.

Dah 2 hari saya dimasukan ke dalam wad. Puncanya, terlalu banyak makan ketam Dan diikuti dengan pizza seafood yang kaya dengan udang dan sotong. Akibatnya asid uric saya mencanak naik sehingga menghampiri 550 unit. Unit normal dalam 300 unit.

Apa yang terjadi ialah kesakitan pada kaki yang teramat sangat. Sehinggakan saya sukar untuk berjalan. Pada hari khamis, sewaktu saya merujuk ke GP, memang dah didiagnos dengan gout tapi oleh kerana masalah cover tak cover maka hanya tekaan tanpa sebarang pengujian dari. Hari sabtu, oleh kerana tidak tahan menanggung kesakitan maka saya bertemu kembali dengan GP dan minta dirujuk ke hospital. Tujuannya agar segala pengujian dapat dilakukan tanpa sebarang masalah teknikal Dan di bawah satu bumbung.

Dari GP saya ke Damansara Specialist Hospital. Mula mula darah diambil untuk diuji kemudian kaki di xray. Dan keputusannya memihak kepada pengujian darah. Sah lagi sahih, terang lagi bersuluh. Kadar asid uric tinggi. Oleh kerana ini kali pertama maka doktor memasukan saya ke dalam wad untuk pemerhatian. Malam minggu, sempat juga saya buka notebook untuk menyiapkan slide presentation kepada HBS CEO. Tak pasti sama ada dapat menghadiri sesi tersebut atau tidak. Yang pasti, isteri saya perlu meninggalkan saya dan Adam kerana bertugas di melaka selama 5 hari.

Sepanjang minggu, isteri saya cuba menghubungi penyelia beliau namun gagal. Dengar nada deringan namun tidak diangkat. Disusulkan dengan pesanan ringkas namun tetap gagal dihubungi. Akibatnya tiada pilihan melainkan keluar bertugas ke melaka. Adam akan dihantar ke taska, sekiranya saya masih ditahan diwad maka Adam akan bermalam di taska sehingga saya keluar wad.

Ujian. Bagi sesetengah insan, mereka mengharapkan keadaan akan berubah namun bagi kami, kami redha. Ini bukan pertama kali sebenarnya kami menghadapi situasi seperti ini, beberapa tahun lepas sewaktu Adam masih kecil dan ibu Adam dalam proses menghasilkan susu badan, beliau telah diarahkan oleh penyelia beliau ketika itu untuk bertugas ke luar kawasan. Akibatnya, proses menjadikan Adam sebagai anak susuan telah gagal. Betapa sedihnya kami. Semoga Allah swt memberikan balasan yang setimpal.

Dan kini, ianya berulang lagi. Cuma kali ini melibatkan saya dihospital dan penyelia yang lain. Pesan saya mengingatkan diri saya, jangan berlaku zalim pada orang lain. Sebab, kita yang buat keputusan dan kita bertanggungjawap di atas kesan dan akibat dari keputusan kita.

Posted with WordPress for BlackBerry.

10 May 2010 at 08:14 - Comments

Seminar mengenal Allah swt

Alhamdulillah,  Seminar Mengenal Allah swt anjuran  YAYASAN TA’LIM  telah dapat diadakan di Taman Tun Dr Ismail pagi tadi pukul 8.30 am hingga 1.00 pm.  Saya sebenarnya tidak menjangkakan yang akan mendapat sambungan yang begitu hebat.  Ramai betul peserta yang hadir. Saya agak lewat hadir maka saya ditempatkan di bilik lain, hanya mampu melihat siaran di LCD screen sahaja.

Konsep yang diketengahkan ialah “Tak kenal maka tak cinta” maka semestinya amat penting untuk mengenal Allah swt memandangkan soalan pertama yang akan ditanya di dalam kubur ialah siapa tuhan kamu?  Bagi menjawap persoalan tersebut,  seminar ini cuba mengupas dan memperkenalkan Allah swt.  3 pembentang kertas kerja telah dijemput dan memberikan input yang berguna untuk dikongsikan kepada para peserta.

Bukan calang calang orang yang memperbentangkan kertas kerja. Mereka ialah :

PEMBENTANGAN PERTAMA

Tanda-Tanda Allah di Langit dan di Bumi

Oleh: Ustaz Adli Mat Saad
BA Pengajian Islam, Universiti Al-Iman, Sana’a, Yaman
Eksekutif Dakwah & Kurikulum Yayasan Ta’lim

PEMBENTANGAN KEDUA

Cara Mengenal Allah, Dari Zaman Sahabat Sehingga ke Zaman Perkembangan Falsafah Islam

Oleh: Ustaz Fadlan Othman
BA Dakwah & Usuluddin, Universiti Islam Madinah
MA Pengajian Islam (Tafsir), Universiti Kebangsaan Malaysia
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia

PEMBENTANGAN KETIGA

Perbezaan Antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Golongan Islam Yang Lain Dalam Mengenal Allah

Oleh: Dr. Sulaiman Noordin
BA Pengajian Islam, Universiti Ummul Qura, Makkah
Ph.D. Universiti Aberdeen
Penasihat Dakwah & Kurikulum Yayasan Ta’lim

Seperti biasa, masa sentiasa mencemburui sesuatu majlis ilmu. Rasa begitu cepat masa berlaku.  Apa pun, ole ole dari seminar tersebut ialah kertas kerja.  2 pembentang telah menyediakan kertas kerja untuk diedarkan kepada para peserta. Saya telah pun meminta kebenaran dari pihak yayasan untuk mengimbas dan menyimpan dalam bentuk PDF dan diletakkan di dalam blog saya.

Tanda-Tanda Allah di Langit dan di Bumi

Perbezaan Antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Golongan Islam Yang Lain Dalam Mengenal Allah

Rakaman Audio – Sumbangan sahabat di AFN  boleh di dapati dari :

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=498840.html#498840

1 May 2010 at 19:09 - Comments

Perutusan Tahniah Kepada Sahabat Saya

Tahniah dari saya kepada sahabat saya yang telah pun menemui lelaki yang akan menemaninya untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Semoga lelaki tersebut dapat mendekatkan sahabat saya kepada Allah swt dan tidak dilalaikan dengan kehidupan dunia.

 

Selamat berbahagia.

 

 

26 April 2010 at 09:20 - Comments