Category Archives: Personal

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 12.

Alhamdulillah,  dah 12 ana menjadi kapten kapal dilautan alam berumahtangga.  Entah berapa kali ribut melanda,  tsunami berlaku,  hujan renyai renyai mahu pun lebat,  panas terik dan macam macam lagi.  Ana tahu,  ana bukanlah suami yang soleh,  bukan juga kapten yang baik…..  Ana hanya hamba Allah swt.  Ana buat salah,  ana buat silap….  Terima kasih kepada zaujah ana,  Zakiah Zakaria yang sudi memaafkan ana sekiranya ana khilaf,  masih sanggup diam bila ana marah,  yang tetap menemani ana walaupun ana sesat arah sehingga kembali ke jalan yang sepatutnya,  yang masih menyelitkan wang wang kertas di wallet ana sewaktu wallet ana kosong dan masih bertahan dengan karenah ana yang kebudak budakan… 

Terima kasih wahai isteri kesayangku…. .   Maaf,  tiada hadiah yang dapat kuberikan kepadamu pada hari ulangtahun pernikahan kita.  Hanya doa agar kau menjadi wanita solehah dan semoga Allah swt mengampunkan dosa dosamu,  memberikan ganjaran kepada segala ibadah dan usahamu untuk mendapat redhaku dan menempatkanmu dikalangan orang orang yang beruntung diakhirat kelak.. .

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 12 tahun masihi.

Allah swt yang merancang segala galanya ….

Petang semalam, saya nak balik awal dalam pukul 6 petang kerana ada kunjungan ziarah pukul 8 malam tapi entah kenapa bila sahabat saya mengajak saya minum teh masala di kedai yang terletak di mmu, mudah sahaja saya menyatakan persetujuan. Padahal ketika itu hujan lebat.

Pukul 6.30 petang saya bertolak dari cyberjaya. Seperti biasa saya ikut ldp. Lepas toll puchong agak jem sedikit dan agak hairan kerana banyak kereta menuju ke arah putra height  dan jalan ke arah ioi mall lengang. Saya terus aje melaluinya sampai ke sunway. Lepas toll sunway pun lengang sampai ke kelana jaya. Kelana jaya biasalah. Slow moving.

Ketika dalam jem, sempat buka twitter. Baru terbaca dan terlihat Jalan ldp depan ioi mall banjir. Syukur Alhamdulillah balik lewat sikit. Kalau terawal, tentu jadi mangsa. Rezeki Allah swt bagi.

Malam tadi juga, sebuah motorsikal telah melanggar kereta isteri saya sewaktu mencari tempat letak kereta. Bunyi punyalah kuat. Ingatkan bumper dah remuk habis, rupanya tercalar sikit. Pemuda yang melanggar terjatuh. Kalau dari kaca mata saya, pemuda tersebut tidak apa apa. Tapi hati saya tergerak untuk memberikan sedikit wang untuk belanja ke klinik dan untuk makan malam. Setelah beredar, mudah pula dapat tempat letak kereta dan mudah mencari tempat yang hendak dituju. Kejadian di blok D dan kami mencari Blok E. Masya Allah.

Saya beritahu zaujah saya, Kita kalau nak buat kerja kerja yang tak berfaedah, mudah aje tapi bila nak buat kerja baik, macam macam halangan mendatang. Kita cuma perlu sabar dan redha dengan apa juga ujian mendatang serta berdoa agar Allah swt membantu. Dengan keyakinan yang jitu, Insya Allah, akan terasa pertolongan Allah swt dekat sahaja. Allahu Akbar…….

Siri 3: Windows 8 tips – Windows key shortcuts

Windows key shortcuts

Win : switch between the Start screen and the last-running Windows 8 app
Win + C : displays the Charms: the Settings, Devices, Share and Search options
Win + D : launches the desktop
Win + E : launches Explorer
Win + F : opens the File Search pane
Win + H : opens the Share pane
Win + I : opens Settings
Win + K : opens the Devices pane
Win + L : locks your PC
Win + M : minimises the current Explorer or Internet Explorer window (works in the full-screen IE, too)
Win + O : toggles device orientation lock on and off
Win + P : switch your display to a second display or projector
Win + Q : open the App Search pane
Win + R : opens the Run box
Win + U : open the Ease of Access Centre
Win + V : cycle through toasts (notifications)
Win + W : search your system settings (type POWER for links to all power-related options, say)
Win + X : displays a text menu of useful Windows tools and applets
Win + Z : displays the right-click context menu when in a full-screen app
Win + + : launch Magnifier and zoom in
Win + – : zoom out
Win + , : Aero peek at the desktop
Win + Enter : launch Narrator
Win + PgUp : move the current screen to the left-hand monitor
Win + PgDn : move the current screen to the right-hand monitor
Win + PrtSc : capture the current screen and save it to your Pictures folder
Win + Tab : switch between running apps

SIRI 2: Masalah bermula setelah menaik taraf ke Windows 8

Masalah Bateri.

Pemasangan Windows 8 berjalan dengan begitu lancer namun setelah dihidupkan semula, satu pesanan dipaparkan

“Battery is either not compatible with the laptop or isn’t charged, click ok to put into hibernation and remove battery”

Pada mulanya saya ikut apa yang disarankan tapi pop up tu tetap keluar. Bila tekan kunci “esc” popo up tersebut hilang namun muncul kembali.

Maka, saya pun meng”google” dan terjumpa penyelesaian dibawah:

  • Press the keys “Ctrl+Shift+Esc “from your keypad and hold to open up the task manager.
  • Click on ‘More details’.
  • Select the ISBMgs.exe and click ‘End Task’.

Masalah pop up selesai seketika namun bila restart, keluar balik.

Saya lalukan kembali langkah di atas dan mula ekplorasi saya dan saya dapati terdapat beberpaa perkara yang tidak berfungsi. Antaranya:

  • Memory Stick tidak kelihatan

 

Ketika itu saya mula merasakan bahawa Laptop saya mungkin tidak serasi dengan Windows 8, lantas saya ke web site sony untuk membuat sedikit rujukan.

http://www.sony-asia.com/microsite/vaio/support/GetWindows8/GetWindows8_EN.html

 

Setelah saya masukkan model – VPCZ116GG

 

Sorry! The VAIO model you selected does not support the Windows 8 upgrade.

Nampaknya model laptop saya tidak disokong untuk dinaik taraf ke Windows 8. Ini bermakna, saya perlu mengambil risiko dan menanggungnya sendiri sekiranya sesuatu berlaku. Macam nak menangis rasanya.

Ok, saya nekad untuk meneruskan proses menaik taraf ke windows 8. Untuk kembali ke Windows 7, memang mudah tapi saya rasa sekiranya saya kembali ke Windows 7 maka itu tandanya saya berputus asa.

Maka saya mula merancang kembali bagaimana nak menyelesaikan masalah bateri dan juga masalah lain.

Langkah-langkah yang telah saya lakukan:

 

  • Langkah 2: Melakukan “Refresh your PC without affecting your files”. Ini akan “membuang” semua aplikasi dari laptop saya tanpa menjejaskan fail data saya.

 

Semua aplikasi yang telah saya pasang, telah di”buang”. Kebanyakan aplikasi tersebut boleh dipasang semula kerana saya masih menyimpan fail pemasangan.

  • Langkah 3: Mengemaskini dan memasang “driver” yang telah saya muat turun.

    Selepas, beberapa jam berlalu, maka di bawah saya senaraikan apa yang berfungsi dan apa yang tidak berfungsi.

Driver Versi Saiz Fail Status Pemasangan
Chipset Driver 9.1.1.1020 2.34 MB Berjaya dipasang
NVIDIA Graphics Driver 8.16.11.8849 120.45 MB Berjaya dipasang

NVIDIA ada mengeluarkan driver untuk windows 8 tetapi pemasangan tidak berjaya kerana “lock” oleh sony.

Audio Driver 6.0.1.6015 54.53 MB Berjaya dipasang
Intel Ethernet Driver 11.5.4.0 0.70 MB Berjaya dipasang
Memory Stick Driver 6.13.2.11 0.36 MB Berjaya dipasang
SD Card Driver 6.13.2.7 0.27 MB Berjaya dipasang
Synaptics Pointing Driver 14.0.16 27.25 MB Berjaya dipasang
SFEP Driver 8.0.1.1 0.26 MB Berjaya dipasang
Bluetooth Driver 6.2.1.500 32.04 MB Menggunapakai apa yang dicadangkan oleh Windows 8
Intel ME Driver 6.0.0.1179 6.02 MB Berjaya dipasang
Intel Wireless LAN Driver 13.0.0.107 40.29 MB Tidak dapat di pasang – Muat turun “driver” dari laman web intel – http://downloadcenter.intel.com/Detail_Desc.aspx?agr=Y&DwnldID=22005&lang=eng&OSVersion=Windows%208%2C%2064-bit*
IPS Driver 1.0.1.1002 2.85 MB Berjaya dipasang
TPM Infineon 3.60.2071.1 21.41 MB Tidak dipasang kerana priority rendah

Senarai Aplikasi dan Uitiliti dari Sony

Nama Aplikasi Versi Saiz Fail Status pemasangan
Setting Utility Series 5.1.0.13070 8.39 MB Berjaya dipasang
Sony Shared Library 5.5.0.10160 1.40 MB Berjaya dipasang
VAIO Event Service 5.1.0.12290 5.64 MB Berjaya dipasang
VAIO Control Center 4.1.0.10160 3.24 MB Berjaya dipasang
Battery Checker 4.1.0.08270 2.32 MB Tidak dipasang
VAIO Location Utility .1.00.06060 1.28 MB Berjaya dipasang
VAIO Power Management 5.0.0.12280 10.52 MB Berjaya dipasang
VAIO Smart Network 3.1.0.11250 5.29 MB Berjaya dipasang
VAIO Update 5.0.0.10300 12.07 MB Berjaya dipasang
Protector Suite QL 5.9.2.5974 33.93 MB Tidak serasi

 

Senarai kemaskini

VAIO Platform Update version 1.1.0 1.1.0 Berjaya dipasang
VAIO Care Update version 6.4.2.11150 6.4.2.11150 Berjaya dipasang
VAIO Power Management Update version 5.1.1.06180 5.1.1.06180 Tidak dipasang

Alhamdulillah, selesai memasang dan mengemaskini semua yang diperlukan. Dibawah disenaraikan fungsi yang tidak berfungsi:

  • Penukaran kad grafik secara automatic – (NVIDIA GeForce GT 330M – Performance/Intel Graphic Media Accelerator HD – Stamina). Penukaran boleh dilakukan secara manual.
  • Fingerprint
  • VAIO Power Management

Ok. Saya dengan ini mengesahkan bahawa windows 8 saya agak stabil.

Start

Desktop

 

Aktiviti seterusnya ialah memasang perisian atau aplikasi yang saya perlukan.

Berakhir siri ke 2.

Sekiranya anda mempunyai laptop yang sama model dan ingin menaik taraf ke windows 8, saya tidak bertanggungjawab sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. Cara paling paling baik ianya dengan membeli laptop/table baru dengan windows 8.
Sumber rujukan :

Resolving the problem with your Sony Vaio Battery http://windows7vswindows8.com/resolving-the-problem-with-your-sony-vaio-battery/

Sibuk oh sibuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hampir 10 bulan saya tidak mengemaskini laman blog sama ada blog saya sendiri atau blog Adam Harith. Terlibat dengan projek kerajaan sebagai Business Analyst dan juga sebagai System Development Manager menyebabkan hampir 9 hingga 10 jam dari usia saya setiap hari ditumpukan kepada menjalankan amanah yang diberikan.

Dari bulan Januari 2012, sepatutnya berakhir bulan Jun 2012 tetapi atas beberapa masalah teknikal maka dipanjangkan ke Disember 2012.

Banyak perkara yang saya pelajari dari projek kali ini. Insya Allah, akan saya kongsikan dalam blog saya ini. Mungkin setelah selesai projek ini.

Badan dah letih. Minda dah kering rasanya, semangat semakin hari semakin luntur …. Mengah dirasai ….

Sehingga tiba saat lain. Saya sign off dulu.

Wasalam

Posted from WordPress for BlackBerry.

Keizinan Allah swt

Dengan Telah hampir sebulan aku bertugas di cyberjaya.  Setiap pagi terpaksa mengorbankan solat subuh berjemaah dan talaqi quran hanya kerana perlu keluar awal pagi hanya kerana ingin mendapatkan parking atau kerana ingin sampai ke rumah mak sebelum 7.30 pagi untuk menyuntik insulin.  Letih memang letih.

Adan semalam,  Allah swt memberikan kad parking bulanan.  Bermakna,  boleh berjemaah solat subuh di masjid,  bertalaqi quran dn menghantar adam ke taska.

Anak Oh Anak ..

Bicara tentang anak, ibu yang melahirkan,  ayah dan ibu yang sama sama  membesarkan  ..  cabaran memang  hebat.  Al Quran ada menyatakan  perihal anak .. 

1. Anak sebagai perhiasan hidup di Dunia
A046

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Al-Kahfi 18:46)

2. Anak sebagai permata Hati

A074
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74)

3. Anak sebgai cobaan atau ujian

A028
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfaal 8:28)

A009
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)

A015

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (At-Taghaabun 64:15)

4. Anak sebagai musuh

A014
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taghaabun 64:14)

Ustaz Zahazan Mohamed

‎3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.


Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.


Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.


Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

Jangan hanguskan segunung pahala demi seronok seketika

Pertengkaran dalam rumahtangga adalah biasa dalam kehidupan suami dan isteri. Pertengkaran ini seringkali berakhir dengan dua senario sama ada dengan aman. damai, kemaafan dan pembelajaran atau berakhir dengan pergaduhan, bermasam muka seterusnya perceraian.  Amat menyedihkan sekiranya senario ke dua berlaku.

Walaupun pertengkaran berakhir dengan aman damai, kemaafan dan berlapang dada,  namun  jangan lupa untuk bertaubat kerana sesungguhnya di saat pertengkaran itu berlaku, pastinya terlalu banyak perkara,  perkataan yang terlepas dari mulut hasil dari emosi yang tidak stabil.  Salah satunya ialah ungkit mengungkit.  Perkara pemberian yang dah  berkurun berlakunya, akan diungkit kembali hanya kerana mengikut nafsu amarah yang mana seronok bertengkarnya seketika.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah

 

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhrat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada kaum yang kafir.

Peringatan dari Allah swt amat jelas.

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah saw. bersabda, “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, yaitu orang yang mengulurkan kainnnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).

Aduh sayang sekali  sekiranya suami atau isteri saling ungkit mengungkit pemberian masing masing. Setelah bersusah payah mengumpul segunung pahala akhirnya hangus terbakar akibat dari ungkit mengungkit pemberian tersebut.  Malah lebih malang lagi, sekiranya tidak dapat memasuki syurga Allah swt

Dalam hadis lain disebutkan, “Tidak akan masuk surga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (HR Ahmad)

Maka peringatan kepada suami dan isteri yang inginkan sama sama memasuki syurga Allah swt agar tidak mengungkit ungkit ketika bertengkar.  Kalau sekiranya suami terlupa maka isteri perlu mengingatkan dan begitu sebaliknya. Sekiranya dua dua terlupa maka setelah kembali aman maka beristigfarlah  dan bertaubatlah. Semoga kita dapat menyelamatkan segunung pahala dari terbakar hangus dan syaitan pula ketawa berdekah dekah, tidak didengari oleh manusia malah dilihat oleh manusia. Yang rugi adalah diri kita sendiri.

Bingung Seketika…

Ramai yang mengetahui, saya sedang berusaha untuk mencari calon zaujah ke dua(2). Zaujah saya yang sedia ada, telah pun secara verbalnya bersetuju ( tak tahulah kalau hanya dimulut tetapi tidak dihati. Soal di dalam hati itu hanya Allah swt yang tahu.)  Insya Allah, zaujah saya redha dengan keputusan saya untuk bernikah seorang lagi.

Maka saya pun meminta bantuan sahabat saya untuk membantu saya mencari calon yang sesuai. Syarat yang saya letakkan memang mudah. Mestilah yang mempunyai pengetahuan Agama Islam, bercita cita menjadi isteri yang solehah serta sanggup hidup susah dengan ahli keluarga saya.  Maka beberapa orang calon telah dikemukakan kepada saya.

Alangkah terkejutnya saya apabila membaca sebahagian dari syarat syarat yang diletakkan oleh beberapa orang wanita muslim yang kononnya sanggup menjadi isteri ke dua ( tiga atau empat). Antaranya:

Kalau yang masih bujang:

1. Menyediakan segala kemudahan termasuk kenderaan dan rumah.

2. Berlaku adil dengan giliran.

3. Persetujuan dari isteri yang sedia ada tanpa paksaan

4. Menanggung segala hutang dan perbelanjaan rumahtangga

5. Menyediakan elaun sebagai seorang isteri yang berjumlah RMXXXX dan sekiranya mempunyai anak kelak, menyediakan RMXXX bagi setiap orang anak sebagai perbelanjaan bulanan.

Kalau yang janda/balu (Sama seperti di atas dengan penambahan):

1.  Menanggung dan menyara semua anak sedia ada.

2. Menyayangi anak saya seperti anak kandung.

3. Menerima segala kelemahan dan kekurangan saya.

4. Memahami jiwa saya serta berkomunikasi dengan lemah lembut dengan saya.

5. Tidak menipu saya.

Pandangan peribadi saya, ramai wanita yang fokus kepada apa yang bakal suami “kena” berikan atau sediakan tanpa melihat kepada diri sendiri dan kemampuan bakal suami. Soalan yang sepatutnya ditanya kepada diri sendiri adalah :

1. Adakah aku benar benar ikhlas untuk menjadi madu kepada isterinya?

2. Apa yang dapat aku sumbangkan kepada keluarga baruku?

3. Bagaimana aku boleh membantu suamiku untuk menjadi suami yang soleh dan seterusnya meminpin dan membimbingku dan anak anak menjadi isteri solehah dan anak anak yang soleh serta solehah?

4. Redhakah aku dengan takdir Allah swt.

Poligami bukan isu kecil tetapi isu besar. Ianya bukan hanya untuk keseronokan namun ianya soal membina keluarga yang diredhai dan dirahmati oleh Allah swt. Tidak semua wanita yang berkata “aku sedia untuk menjadi isteri kepada suami orang”  layak untuk berpoligami.

Saya mencari isteri yang dapat sama sama membina keluarga yang “mawaddah, sakinah dan rahmah”  tapi kalau sebelum berkahwin dan demand yang macam macam  …  maka  letih saya dibuatnya ….  ( sambil  mencampakkan beberapa resume ke dalam tong sampah  … )

Tahniah juga mereka yang telah disenarai pendek.  Penilaian selanjutnya akan dilakukan oleh zaujah kesayangan saya.

10 tahun hidup dengan zaujah kesayangan saya menyebabkan beliau lebih mengerti dan memahami keperluan keluarga. Keutamaan adalah kepada pembinaan keluarga.

Nasihat ikhlas dari saya,  kalau sekiranya saya seorang tan sri, dato atau  orang kaya lagi jutawan maka, semestinya tidak menjadi kesalahan untuk meminta minta tapi oleh kerana saya seorang yang miskin, hidup susah, maka saya mencari calon isteri yang sedia untuk hidup susah dengan saya,  hidup mencari keredhaan Allah swt.  Makan apa yang saya makan, minum apa yang saya minum, tidur di rumah yang kecil dan bersyukur dengan apa sahaja kurniaan Allah swt.