Category Archives: Blackberry

Siri Blackberry – WordPress untuk BlackBerry

Dalam siri kali ini,  saya hendak memperkenalkan perisian “WordPress for Blackberry”.  Perisian ini yang membolehkan anda menulis di blog, upload gambar dan video, mengemaskini  blog serta menguruskan komentar sama ada di wordpress.org mahupun wordpress yang dipasang di pelayan lain. 

Icon WordPress

Welcome Screen

Menu

Recent Post

Perisian ini boleh didapati dari  http://blackberry.wordpress.org

Siri Blackberry – Google Sync untuk Blackberry

Untuk siri kali ini, saya ingin memperkenalkan Google Sync untuk Blackberry (http://www.google.com/mobile/sync/). Bagi saya yang menggunakan kemudahan yang ada di dalam Google seperti Gmail untuk email dan buku alamat dan  Google Calendar untuk pengurusan masa, aplikasi Google Sync untuk Blackberry memang amat berguna.

Bagi Google Gmail dan Buku Alamat,  Blackberry Internet Service  mempunyai fungsi telah menyeragamkan (sync) email yang dipadamkan dari telefon blackberry dan buku alamat  di telefon Blackberry sementara  Goolge Sync  yang akan menyeragamkan Google Calendar.

Sekiranya anda menggunapakai penyeragaman yang terdapat di dalam BIS ( rujuk gambar di atas), pastikan anda tidak memilih untuk menyeragamkan buku alamat menggunakan Google Sync kerana ini akan mengakibatkan buku alamat anda mempunyai dua kemasukan alamat bagi satu individu (rujuk gambar di bawah).

Untuk maklumat lanjut sila ke http://google.com/support/mobile/bin/topic.py?hl=en&topic=14265

Kenapa Blackberry?

Dah setahun lebih saya menggunakan telefon Blackberry. Bermula dengan Bold dan sekarang ni Storm. Ada rakan rakan yang bertanya saya, kenapa guna telefon Blackberry? Dan macam mana nak beli telefon Blackberry?

Telefon Blackberry tidak sama seperti telefon keluaran Nokia, HTC, Motorola dan Sony Ericsson. Ini kerana,  Telefon Blackberry hanya boleh dibeli dari Operator Telefon Mudah Alih seperti Celcom, Maxis dan Digi sahaja. Dan biasanya ianya terikat dengan kontrak.  Selain itu, telefon Blackberry juga perlu bersambung (connected) dengan Pelayan Blackberry sama ada Blackberry  Enterprise Server (BES) mahupun Blackberry Internet Services(BIS).

Untuk pengguna korporat, biasanya telefon Blackberry akan bersambung dengan BES yang dibeli dan dipasang di dalam pelayan syarikat  manakala bagi pengguna biasa, akan bersambung dengan BIS yang telah disediakan di Operator Telefon Mudah Alih.

Apabila telefon Blackberry  bersambung dengan BES atau BIS,  email akan dihantar (PUSH)  ke telefon Blackberry anda dalam masa nyata. Anda akan mendapat email sama seperti sms/mms.  Oleh kerana itu, syarikat Operator Telefon Mudah Alih akan mengenakan yuran penggunaan BIS. Jumlah harga yuran bergantung kepada syarikat Operator tersebut.

Contoh Pakej yang ditawarkan oleh Celcom :

http://www.celcom.com.my/biz/bd-mobile-email-devices-bbstorm2.html

Selain itu, terdapat  aplikasi lain yang boleh dipasang di dalam telefon Blackberry. Insya Allah, saya akan berkongsi berkenaan dengan aplikasi lain dalam siri yang lain.