Category Archives: Semakin Hari Semakin Sayang

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)

Dikhabarkan kepadaku tentang Suami Yang Soleh:

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)

Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’ ‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’ ‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’ Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

Oleh kerana tiada hadis shahih yang disertakan maka aku bersangka baik,  kerana nilai dn maknanya baik.

Kurma, bubur lambok, kuih dan air teh….

Itulah menu berbuka puasaku. Amat berbeza dari tahun tahun yang sudah. Dengan penuh rasa rendah diri dan rasa syukur kepada Allah swt di atas nikmat yang Allah swt kurniakan kepada ku dan ahli keluargaku.

Terima kasih kepada isteri dan Adam harith yang sanggup bersusah payah bersamaku dalam melalui madrasah ramadhan. Makanlah sayangku dengan makanan yang dihantar oleh Allah swt dengan rasa syukur dan berterima kasih. Makanan yang jelas halal lagi baik….

Selamat berpuasa dan berbuka.

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Massage Oil

Beberapa hari sebelum raya, saya diberikan kelapangan untuk bersiar siar di Alamanda Putrajaya. Kebetulan saya ternampak kedai Body Shop. Setelah melihat lihat barangan yang dipamerkan, terpandang satu botol “massage Oil”. Sebelum kehadiran adam harith, minyak tersebutlah yang saya guna untuk membelai dan menyapu pada badan isteri saya.

Kalau isteri / suami yang nak mengurut pasangannya, saya cadangkan cuba guna massage oil yang boleh dibeli dari Kedai Body Shop. Asyik pakai minyak urut, minyak kelapa, apa kata tukar selera guna massage oil yang saya cadangkan. Kalau boleh, biarlah berdua duaan dalam bilik ketika mengurut dan membelai. 😛

Ada banyak jenis. Kesukaan saya ialah sensual massage oil. Harga memang agak mahal sedikit tapi berbaloi…
Maklumat Lanjut – Massage Oil

Tip Kekeluargaan: Arus Jalur Lebar, Parental Control Software

Dengan arus jalur lebar yang semakin deras, menerjah ke seluruh pelusuk negara maka semakin mudah capai ke internet. Ramai ibubapa yang melihat kepentingan untuk menyertai perkembangan ini menyediakan kemudahan komputer/laptop untuk anak anak gar mereka dapat manafaat dengan mengakses ke internet.

Minggu lepas saya ke Putrajaya, dan sebagai mana ibu dan bapa lain, adik saya juga menyediakan sebuah laptop untuk membiasakan anak anak dengan teknologi moden serta capaikan ke internet.  Beliau mengadu kepada saya,  kawan anaknya telah melayari laman web yang tidak sepatutnya. Maka apa yang perlu dilakukan.

Maka saya pun cuba mencari perisian yang boleh membantu adik saya agar dapat menyekat dari melayari laman web yang dikelaskan hanya untuk orang dewasa. Dan, menyedihkan, saya tidak bertemu dengan sebarang perisian dari malaysia.  Setelah mencari di laman web google maka saya bertemu dengan perisian K9 Web Protection di alamat : http://www.k9webprotection.com .

Perisian ini perlu dipasang dikomputer dan perlu disetup untuk memastikan keberkesanannya. Saya amat berharap, sekiranya ibu bapa dapat meluarkan masa untuk menyemak komputer anak anak agar dapat kita perhatikan, ke mana dia di alam cyber.

Perisian ini akan menghalang anak anak dari melayari laman web yang dikelaskan sebagai tidak sesuai untuk anak anak. Bukan itu saja, malah aplikasi yang dipasang dikomputer yang mencapai ke laman web tersebut juga akan dihalang. Selain itu,  kita boleh setkan masa melayari internet. Sama ada tempoh masa , atau jadual seminggu.  Pandangan saya,  perisian ini amat berguna.

Oh ya, perisian ini adalah percuma. 🙂

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Bercinta dan terus bercinta

Perkahwinan merupakan pintu gerbang kepada satu perjalanan yang cukup berliku dan mencabar serta penuh dengan onak dan duri. Ramai pasangan yang gagal dalam perjalanan tersebut.

Masihkah anda ingat sewaktu mula mula anda bertemu dengan isteri anda? dan kemudian masihkah anda ingat bagaimana anda berkomunikasi dengan kekasih anda tersebut? Surat atau sms?  atau bergayut di telefon?

Apa yang anda rasa semasa dilamun cinta?  Kenapa selepas perkahwinan, segala aktiviti aktiviti semasa bercinta tidak diteruskan?

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Belaian Untuk Isteri

Belaian Kasih Sayang.

Bahan bahannya:

  1. Sebotol Minyak Aroma theraphy( Kalau boleh jenis “sensual” ).
  2. Sehelai kain batik untuk isteri dan kain pelikat untuk suami
  3. Masa yang panjang
  4. Lokasi yang sunyi ( Dalam bilik tidur, bilik hotel, resort  )
  5. Kerehatan badan dan minda
  6. Pastikan anak anak tiada mengganggu ( Hantar rumah mak / mak mertua, nursery, jiran )

Kaedah:

  1. Suami perlu memakai kain pelikat sementara isteri memakai kain batik.
  2. Isteri meniarap, sementara suami menuang sedikit minyak aroma therapy  pada telapak tangan dan gosok dengan kedua dua tangan.
  3. Tangan yang berminyak diusap pada bahu isteri.
  4. Teruskan mengusap minyak tersebut dari bahu hingga ke hujung kaki.
  5. Tambah minyak sekiranya minyak therapy tidak mencukupi.
  6. Kemudian, terlentangkan isteri dan usap minyak yang lebih pada anggota badan di bahagian depan. Bermula dari leher hingga ke hujung kaki.
  7. Selesai,  berehat seketika dan mandi bersama.
  8. Jangan lupa diselang seli dengan bergurau senda.

Kalau sekiranya para suami tidak mampu nak melakukan aktiviti belaian untuk isteri,  sediakan sedikit duit dan hantarlah isteri anda ke SPA yang berhampiran.

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Susah Menjadi Isteri

Susah sangat ke nak menjadi isteri? Susah sangat ke nak jaga suami? Soalan ini seringkali bermain di dalam minda saya. Sering kali juga  saya mendengar keluhan seorang isteri. Begitu banyak yang perlu dilakukan untuk menjaga suami.

Antara tugas tidak rasmi  – Menjaga makan dan minum suami( menyediakan menu, membeli ramuan, memasak dan menghidang), Membasuh pakaian suami, membersihkan rumah (menyapu, mengelap, menghias, membersihkan dll)  dan senarainya berterusan.

Tugas rasmi – Melayang nafsu serakah suami, berhias diri, dan menjaga kesihatan dan kemantapan diri.

Kalau saya nak senaraikan, berhelai helai kertas A4 pun tidak mencukupi. Maka cukuplah apa yang saya senaraikan di atas.  Bagi isteri yang biasa biasa, semua itu merupakan beban yang memenatkan, meletihkan dan   sungguh tertekan dibuatnya. Tapi bagi seorang isteri yang solehah,  semua itu merupakan peluang untuk melakukan amal amal yang soleh.

Saya faham dalam keadaan kehidupan moden, di mana suami dan isteri bekerja, maka bertambah tanggungjawap dan tugasan seorang isteri. Setelah kepenatan di pejabat, sampai ke rumah, senarai tugasan di rumah bermula.

Sedikit tips untuk isteri yang rasa tertekan kerana kerja rumah yang terlalu banyak dan tidak pernah selesai.

1. Lantik Sub Kontraktor sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Ini akan memastikan urusan tidak rasmi di rumah dapat diselesaikan secara konsiten dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.

2. Pastikan kesihatan anda berada di dalam keadaan tip/top. Kalau perlu ambil makanan tambahan, vitamin, garam mineral, maka ambil cuma jangan melampaui batas. Majun, jamu dan seangkatannya juga amat digalakan. Selain itu berdoa agar dikurniakan kesihatan yang diberkati dan kewarasan akal fikiran.

3. Uruskan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Sekiranya anda perlu memasak, maka buat persediaan rapi. Ramuan dan keperluan memasak perlu dipastilkan mencukupi. Buat perancangan seminggu lebih awal. Dan buat sedikit demi sedikit persediaan tersebut.

4. “Bil air”  suami pastikan tidak tertunggak. Kesian pada suami anda.

Tips di atas hanyalah sebagai cabang sahaja. Yang paling penting ialah akarnya. Apa dia akarnya?
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Ayat 162 surah al-An’am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”.

Itulah asas kepada segala galanya. Isteri yang solehah akan menyandarkan segala perbuatan dan perlakuan adalah untuk Allah swt. Hidup dan matinya, solat dan ibadahnya adalah kerana Allah swt.  Maka setiap sesuatu yang dilakukan kepada suaminya adalah mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Allah swt.

Satu kisah yang sering dibicarakan di dalam buku  “Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW” (terjemahan dari buku “An-Nisaa’ Haula Ar-Rasuul”) yang disusun oleh Muhammad Ibrahim Salim. Disalin oleh: Hanies Ambarsari.”

Fatimah Az-Zahra’. Dia hidup dalam kesulitan, tetapi mulia dan terhormat. Dia telah menggiling gandum dengan alat penggiling hingg berbekas pada tangannya. Dia mengangkut air dengan qirbah hingga berbekas pada dadanya. Dan dia menyapu rumahnya hingg berdebu bajunya. Ali r.a. telah membantunya dengan melakukan pekerjaan di luar. Dia ber- kata kepada ibunya, Fatimah binti Asad bin Hasyim :”Bantulah pekerjaan puteri Rasulullah SAW di luar dan mengambil air, sedangkan dia akan men- cupimu bekerja di dalam rumah :yaitu membuat adonan tepung, membuat roti dan menggiling gandum.”

Tatkala suaminya, Ali, mengetahui banyak hamba sahaya telah datang kepada Nabi SAW, Ali berkata kepada Fatimah, “Alangkah baiknya bila engkau pergi kepada ayahmu dan meminta pelayan darinya.” Kemudian Fatimah datang kepada Nabi SAW. Maka beliau bertanya kepadanya :”Apa sebabnya engkau datang, wahai anakku ?” Fatimah menjawab :”Aku datang untuk memberi salam kepadamu.” Fatimah merasa malu untuk meminta kepadanya, lalu pulang. Keesokan harinya, Nabi SAW datang kepadanya, lalu bertanya :

“Apakah keperluanmu ?” Fatimah diam.

Ali r.a. lalu berkata :”Aku akan menceritakannya kepada Anda, wahai Rasululllah. Fatimah menggiling gandum dengan alat penggiling hingga melecetkan tangannya dan mengangkut qirbah berisi air hingga berbekas di dadanya. Ketika hamba sahaya datang kepada Anda, aku menyuruhnya agar menemui dan meminta pelayan dari Anda, yang bisa membantunya guna meringankan bebannya.”

Kemudian Nabi SAW bersabda :”Demi Allah, aku tidak akan memberikan pelayan kepada kamu berdua, sementara aku biarkan perut penghuni Shuffah merasakan kelaparan. Aku tidak punya uang untuk nafkah mereka, tetapi aku jual hamba sahaya itu dan uangnya aku gunakan untuk nafkah mereka.”

Maka kedua orang itu pulang. Kemudian Nabi SAW datang kepada mereka ketika keduanya telah memasuki selimutnya. Apabila keduanya menutupi kepala, tampak kaki-kaki mereka, dan apabila menuti kaki, tampak kepala-kepala mereka. Kemudian mereka berdiri. Nabi SAW bersabda :”Tetaplah di tempat tidur kalian. Maukah kuberitahukan kepada kalian yang lebih baik daripada apa yang kalian minta dariku ?” Keduanya menjawab :”Iya.” Nabi SAW bersabda: “Kata-kata yang diajarkan Jibril kepadaku, yaitu hendaklah kalian mengucapkan : Subhanallah setiap selesai shalat 10 kali, Alhamdulillaah 10 kali dan Allahu Akbar 10 kali. Apabila kalian hendak tidur, ucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan takbir (Allahu akbar) 33 kali.”

Walaupun suami anda tidak seperti Ali, namun suami anda tetap layak menerima layanan yang sama seperti yang diterima oleh Ali r.a. dari Fatimah.