Category Archives: PDF

Seminar mengenal Allah swt

Alhamdulillah,  Seminar Mengenal Allah swt anjuran  YAYASAN TA’LIM  telah dapat diadakan di Taman Tun Dr Ismail pagi tadi pukul 8.30 am hingga 1.00 pm.  Saya sebenarnya tidak menjangkakan yang akan mendapat sambungan yang begitu hebat.  Ramai betul peserta yang hadir. Saya agak lewat hadir maka saya ditempatkan di bilik lain, hanya mampu melihat siaran di LCD screen sahaja.

Konsep yang diketengahkan ialah “Tak kenal maka tak cinta” maka semestinya amat penting untuk mengenal Allah swt memandangkan soalan pertama yang akan ditanya di dalam kubur ialah siapa tuhan kamu?  Bagi menjawap persoalan tersebut,  seminar ini cuba mengupas dan memperkenalkan Allah swt.  3 pembentang kertas kerja telah dijemput dan memberikan input yang berguna untuk dikongsikan kepada para peserta.

Bukan calang calang orang yang memperbentangkan kertas kerja. Mereka ialah :

PEMBENTANGAN PERTAMA

Tanda-Tanda Allah di Langit dan di Bumi

Oleh: Ustaz Adli Mat Saad
BA Pengajian Islam, Universiti Al-Iman, Sana’a, Yaman
Eksekutif Dakwah & Kurikulum Yayasan Ta’lim

PEMBENTANGAN KEDUA

Cara Mengenal Allah, Dari Zaman Sahabat Sehingga ke Zaman Perkembangan Falsafah Islam

Oleh: Ustaz Fadlan Othman
BA Dakwah & Usuluddin, Universiti Islam Madinah
MA Pengajian Islam (Tafsir), Universiti Kebangsaan Malaysia
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia

PEMBENTANGAN KETIGA

Perbezaan Antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Golongan Islam Yang Lain Dalam Mengenal Allah

Oleh: Dr. Sulaiman Noordin
BA Pengajian Islam, Universiti Ummul Qura, Makkah
Ph.D. Universiti Aberdeen
Penasihat Dakwah & Kurikulum Yayasan Ta’lim

Seperti biasa, masa sentiasa mencemburui sesuatu majlis ilmu. Rasa begitu cepat masa berlaku.  Apa pun, ole ole dari seminar tersebut ialah kertas kerja.  2 pembentang telah menyediakan kertas kerja untuk diedarkan kepada para peserta. Saya telah pun meminta kebenaran dari pihak yayasan untuk mengimbas dan menyimpan dalam bentuk PDF dan diletakkan di dalam blog saya.

Tanda-Tanda Allah di Langit dan di Bumi

Perbezaan Antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Golongan Islam Yang Lain Dalam Mengenal Allah

Rakaman Audio – Sumbangan sahabat di AFN  boleh di dapati dari :

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=498840.html#498840