Category Archives: remaja

Anak Oh Anak ..

Bicara tentang anak, ibu yang melahirkan,  ayah dan ibu yang sama sama  membesarkan  ..  cabaran memang  hebat.  Al Quran ada menyatakan  perihal anak .. 

1. Anak sebagai perhiasan hidup di Dunia
A046

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Al-Kahfi 18:46)

2. Anak sebagai permata Hati

A074
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74)

3. Anak sebgai cobaan atau ujian

A028
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfaal 8:28)

A009
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)

A015

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (At-Taghaabun 64:15)

4. Anak sebagai musuh

A014
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taghaabun 64:14)

Ustaz Zahazan Mohamed

‎3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.


Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.


Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.


Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

Keluhan remaja: Ibu oh Ayah, Aku mahu kahwin

Beberapa hari kebeakangan ini saya sering mengunjungi laman sembang yang dipenuhi dengan remaja seawal usia lepasan SPM dan mungkin saya yang paling tua kot. Agak menarik apabila memerhatikan topik yang diperbincangkan.  Dari banyak banyak topik yang dibincangkan, saya tertarik dengan satu topik yang agak lain daripada yang lain. Seorang remaja wanita berusia 18 tahun lepasan SPM  bertanya pandangan dan pendapat tentang “boyfriend” dia yang sebaya dengan beliau ingin mengahwini beliau.  “Boyfriend” beliau ingin meminang remaja wanita ini.  Apa yang patut dilakukan oleh remaja ini?

Mungkin sekiranya soalan ini ditanya kepada saya 10 tahun yang lalu, mungkin jawapan saya akan sama seperti orang lain.

“Sayang,  kamu masih lagi muda dan mentah. Belajar dahulu,  kemudian bekerja dan bantu adik adik mu dulu atau  sekurang kurangnya  berilah sedikit wang kepada ibumu.”

Mungkin itu jawapan saya.  Tetapi setelah saya cuba melihat dari perspektif yang lain, dimensi yang lain saya dapati mungkinkah jawapan itu tidak releven lagi ketika ini.  Kenyataan saya ini pasti akan membangkitkan kemarahan kepada mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia.  Remaja wanita ini mengumpulkan segala kekuatan rohaninya untuk memaklumkan kepada ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Wajar ke kita seorang ayah memarahi remaja ini?

Tentu ada ibu dan ayah yang akan menyatakan saya telah pun hilang akal, tapi nanti dulu. cuba kita buka kotak fikiran kita.  Adakah ianya menjadi satu kesalahan sekiranya anak gadis kita menyatakan hasrat beliau untuk berkahwin? Mungkin ada ibu dan ayah yang akan mempertikaikan kredibiliti bakal menantunya. Namun, saya akan cuba untuk menyentuh pekara tersebut.

Pertama,  saya ucapkan tahniah kepada ibu dan ayah remaja wanita tersebut kerana berjaya mendidik seorang wanita yang berani, yang mempunyai cita cita dan rasa untuk menjadi seorang isteri yang sah. Remaja ini adalah salah seorang remaja yang hebat. Ini kerana beliau memberitahu ibu dan ayah bahawa dirinya telah bersedia untuk menjadi seorang isteri. Tidak seperti remaja kita yang memaklumkan kepada ibu dan ayah setelah mereka bakal menjadi ibu tanpa menjadi seorang isteri yang sah. Oleh itu, jangan dimarahi namun remaja ini perlu dibimbing untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Perlu disediakan dari segi ilmu kerumahtanggan.

Kedua,  Jangan dimarahi/dileteri namun seharusnya dinyatakan pujian kerana anak dara mereka masih lagi berdara dan masih tidak membelakangi orang tuanya dalam membuat keputusan yang paling penting dalam kehidupan beliau. Seharusnya ibu dan ayah memberikan sokongan padu selain dari tunjuk ajar dalam memilih pasangan hidup.  Remaja ini tidak pantas dimarahi.

Ketiga, ibu ayah jangan mudah bersangka buruk. Terima berita dengan lapang dada. Beristigfar banyak banyak dan mohon ketenangan dari Allah swt. Anak anda seorang yang hebat.

Keempat,  kenali  bakal menantu anda. Kalau sekiranya anak dara anda masih lagi suci, maka saya yakin, lelaki yang dikenali oleh anak anda adalah seorang lelaki yang mempunyai sifat bertanggungjawab. Zaman sekarang, agak sukar untuk mencari seorang remaja lelaki yang masih lagi teruna.

Tentu ada ibu dan ayah yang akan berkata,  remaja ini terlalu muda untuk menjadi suami.  Jawapan saya,  ya memang muda namun sekiranya kita, orang yang tua bangka ini membantu yang muda, berkongsi pengalaman,  pasti mereka mampu menjadi ibu dan ayah yang lebih baik dari diri kita.  Kita bantu mereka.

Ada pula yang akan berkata,  remaja ini masih belum bekerja, bagaimana remaja ini nak menanggung anak orang.  Mungkin ibu dan ayah terlupa bahawa rezeki Allah swt yang tentukan. Ramai yang tersalah anggap bahawa hanya dengan belajar tinggi tinggi maka akan terjamin masa depan. Maaf ya, rasanya dizaman ini, tidak lagi.

[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. (QS an-Nur)

Ibu dan ayah, rezeki, Allah swt yang kurniakan. Yakinlah. Itu pesan saya kepada ibu dan ayah.  Semoga ibu dan ayah berfikiran secara rasioanal.

Bagi remaja wanita tersebut,  cadangan saya,

1.  Berbincang dengan pakcik / makcik yang dipercayai dan yang boleh diajak berunding.  Minta pandangan mereka menilai calon suami anda. Sekiranya mereka berpendapat calon anda tidak sesuai,  pandangan mereka mungkin sama dengan ibu dan ayah anda.

2.  Berkenalan dengan keluarga calon suami anda. Bagaimana suasana dan penerimaan mereka terhadap anda? Nilai sendiri.

3. Jangan melakukan kemaksiatan. Kita nak membina keluarga yang diberkati oleh Allah swt. Bukan nak bersuka ria sahaja.  Jangan cemarinya dengan aktiviti aktiviti kemaksiatan.

Kepada remaja lelaki yang nak kahwin sangat.

1. Bincang dahulu dengan ibu dan ayah anda. Dapatkan sokongan mereka. Sekiranya mereka merestuinya, maka dapatkan komitmen mereka untuk membantu anda dari segi ekonomi dan dari segi perkongsian ilmu.

2. Bincang dengan bakal isteri anda. Minta bakal isteri anda berbincang dengan pakcik / makcik dia dulu.  Kalau semuanya ok,  baru maklumkan kepada ibu dan ayah agar merisik dan meminang.

3. Jaga akhlak dan jauhkan dari aktiviti aktiviti yang boleh mencampakan diri ke dalam kemaksiatan.  Jangan cemari perhubungan cinta suci anda dengan kemaksiatan. Bertanggungj

Harapan saya, kepada remaja yang mendapat keizinan dari ibu dan ayah,  sediakan diri dengan ilmu rumah tangga. Jadi remaja yang bertanggungjawab. Jaga akhlak dan jangan didekati zina serta bersabar sehingga diijabkabul sebagai suami isteri.  Dan ibu ayah, bantu mereka. Sayangi mereka. Mereka anak anak kita, waris kita.