Saya mendapat jemputan dari CEO Maju Masjid untuk Majlis Perasmian Kiosk Maju Masjid, maka dengan rasa rendah diri saya pun menerima undangan tersebut. Terkejut juga saya diletakan di kawasan VIP sedangkan siapa lah saya. Apa pun sesiapa yang berkunjung di Masjid Kampung Baru silalah ke Kiosk Maju Masjid di Mesin ATM Maybank.
Monthly Archives: February 2009
Sebelum sesudah
Hehehe jamuan perpisahan
Sebenarnya semenjak Januari 2009, saya telah pun dipindahkan ke anak syarikat HeiTech Padu Berhad iaitu HeiTech e*Business Solution atau lebih dikenali dengan HBS. Applied Research & Development Unit (AR&D)telah pun dinaik taraf sebagai PaduSoft Sdn Bhd yang berstatus anak syarikat HBS. Saya pula telah dimasukan di dalam Product Management Unit (PMU) HBS bersama dengan rakan sekerja saya Rashidi. Yang lain semua di dalam PaduSoft Sdn Bhd.
Perpindahan yang saya sendiri tak menjangka. Apa pun saya tetap menerimanya. Menyelusuri 2 tahun yang lalu, pulang dari Projek MIDA di KL Sentral, saya diberi pilihan sama ada masuk dalam Projek atau masuk ke dalam Unit AR&D dan saya telah memilih untuk menyertai AR&D. Pilihan saya tidak silap kerana di AR&D kami bagaikan keluarga kecil. Interaksi antara Ketua Unit, Penyelia dan ahli unit amat rapat sekali.
Setelah 2 tahun, bukan diminta namun diarahkan, maka saya pun meninggalkan AR&D dan memasuki PMU. Skop kerja yang baru, penyelia baru namun tempat duduk dan pejabat masuk lagi di tempat yang lama.
Dalam blog ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Membantu saya dalam usaha memberikan yang terbaik kepada AR&D.