Monthly Archives: July 2010

Tidurku terjaga .. isk .. kecoh di luar. Kenapa ya ???

Pagi tadi adam kejutkan saya pukul 3 pagi. Adam minta susu kotak warna pink. Setelah saya sediakan, saya cuba kembali tidur namun gagal. Akhirnya saya pun mengadap laptop dan terus menyambung tugasan kerja.  Sedang asyik bekerja, ibu adam  terjaga lantas bersiap untuk ke Bandar Baru Bangi. Ibu adam ada latihan Adobe Flash di sana.  Setelah bersolat subuh, saya kembali mengadap komputer.  Pukul 7 lebih, saya keluar dari rumah sambil mendukung adam yang masih lagi lena. Memang menjadi rutin saya untuk menghantar adam ke taska. Hari ini, adam nak kuih lapis yang berwana ungu satu. Setelah menghantar adam, saya kembali ke rumah. Sampai di rumah, saya cadang nak tidur sebentar  dan kemudian bersihkan diri dan terus ke pejabat tapi rancangan Allah swt berbeza pula.

Saya terjaga apabila terdengar bunyi kecoh di luar rumah. Suara seoranng lelaki sedang berbicara dengan jiran saya.  Saya cuba memahami apa yang diperkatakannya.  Dengar lelaki tersebut meminta agar “syafiq” memulangkan “benda” tersebut. Dalam hati saya tertanya tanya.  Apa yang berlaku. Dari bilik tidur saya ke ruang tamu. Isk dah pukul 11 lebih. Aduh, Saya terus hantar sms kepada penyelia saya memaklumkan yang saya masuk lewat. Mungkin selepas pukul 12 tgh hari. Tapi beliau menasihatkan agar bercuti sahaja dan saya pun akur dengan nasihat tersebut.

“Pulangkanlah benda tu, pak cik berhutang nak beli benda tu.  Dengan benda tu, pak cik baca email. Tadi pak cik lihat kat kedai, harganya  hampir RM1990.  Tolonglah pulangkan..”

Sah, seorang lagi mangsa  anak jiran saya.  Ketika pak cik tersebut bergerak pergi, saya sempat menyapa dan bertanya kenapa.  Tapi dengan nada keras,  menyatakan tak ada apa apa.

Tak tahu sampai bila pihak polis akan menyiasat anak jiran saya. Saya sendiri dah buat 3 laporan polis tapi tiada sebarang tindakan.  Masuk balai sebentar lepas tu keluar balik dan mencuri kembali.