Salam,
Saya bertanya kepada sahabat saya, kenapa tidak mahu menyertai forum HBS.net. Sedangkan beliau mempunyai idea yang cukup bernas yang boleh diketengahkan. Zaman ICt sekarang ini, idea yang bernas sekiranya boleh dikomersialkan nescaya akan membawa keuntungan kepada syarikat dan jawapan yang saya terima amat mendukacitakan.
Menurut sahabat saya, katanya, di HeiTech ini siapa cadang, dia kena buat.
Terdiam seketika saya dibuatnya. Saya berfikir sejenak.
Mungkin ada betulnya. Contoh, program INnofund, niat sungguh murni, ingin mencungkit kretiviti dan innovasi staff heitech tapi bila kena buat sendiri , semua hilang semangat. Apa tidaknya, dengan workload sedia ada dan beban kerja yang digalas, nak tambah lagi beban. Ter”kojol”kan. Aku ikut aje apa yang ada dalam KRA KPI aku udah. ..
Rasionalnya, betul juga … gerak hati saya.
Baru baru ini saya menyertai satu mesyuarat penubuhan HeiTech Innovation Center. Beberapa orang yang terpilih telah berhimpun dan mencurahkan idea serta pandangan mereka tentang hala tuju dan visi HeiTech Innovation Center.
Amat terkejut saya kerana banyak idea yang dicurahkan. Rasanya Puan Hazilawati boleh sahkan. Kakitangan HeiTech memang kreatif dan innovatif namun oleh kerana minda kita masih takuk lama , masih berpegang dengan budaya “siapa cadang dia buat’ maka masing masing menyembunyikan atau “menjual” idea mereka kepada syarikat lain. Yang rugi kita juga.
Cadangan saya:
Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mengubah paradigma. Setiap cadangan yang diterima perlu dikumpulkan, dinilai sama ada terdapat nilai komersial dan sekirannya ada nilai komersial, perlu ditubuhkan satu pasukan khusus untuk melakukan R&D bagi tujuan merealisasikannya. Kalau sekiranya terbukti maka tuan punyai idea perlu di”reward” di atas usahanya berkongsi idea. Dengan ini mungkin kita dapat menggalakan rakan rakan kita untuk berkongsi idea dengan pihak pengurusan…
“mudahkan jangan disusahkan …. “
Wasalam