Monthly Archives: November 2010

Ayah, Adam nak adik…

Permintaan dari Adam yang rasanya tidak mampu untuk diri ini menunaikannya. Sayu hati ini apabila Adam memanggil “adik Adam”.

Kalau ikut hati, esok juga aku carikan adik untuk Adam tapi dengan kedudukan kewangan yang tidak stabil amat merisaukan. Bukan tidak yakin rezeki Allah yang bagi tapi sekadar risau. Kerana aku seorang insan.

Keadaan isteriku nampak semakin pulih namun mampu ke nak melayan karenah Adam dan bayi kecil?

Aku sendiri bagaimana? Mengurangkan lagi kemampuan aku berbelanja? Mengorbankan lagi perasaanku?

Terus terang aku katakan, sukar bagiku untuk memisahkan anak kecil dari ibu kandungnya. Rasa bersalah. Kenapa tidak diambil sahaja ibu dan anak? Fikiranku seringkali diterjah dengar soalan tersebut.

Hanya Allah swt yang tahu apa yang bermain dimindaku…

Ya Allah, berikanlah yang terbaik dalam hidupku dan permudahkanlah….. amin.