Monthly Archives: December 2010

Pah O Pah Siri 1: Senangnya menjadi seorang isteri

Cuti sekolah, sinonim dengan musim orang bernikah. Baik yang bujang mahu pun yang telah /pernah berkahwin menikah lagi. Apa pun sana sini jemputan perkahwinan. Rasanya, kalau ditanya kepada anak anak dara/janda, muda/tua semuanya nak berumahtangga ke tidak, majoriti akan menyatakan yang mereka nak menjadi seorang isteri/kembali menjadi isteri . Dan sekiranya kita susulkan dengan persolan, isteri bagaimana yang anda hendak jadi pastinya pelbagai jawapan yang akan kita terima ialah menjadi  Isteri yang solehah. Mungkinkah ada wanita yang tidak mahu menjadi isteri yang solehah? 

Kembali kepada persoalan utama, senang ke nak jadi isteri yang solehah? 

Ada orang tua kata kalau nak jadi isteri solehah, kena jaga suami. Ada 3 perkara yang perlu dijaga:

1. Perut dia -  perlu disumbat dengan makanan yang berkhasiat.

2. Bilik tidur dia – kena pastikan sentiasa bersedia untuk aksi aksi romantik (18SX) 

3. Tandas dia – Bersih dan kemas.

Ada juga yang menggariskan berbelas belas tips mahupun berpuluh tips untuk menjadi isteri solehah. Itu orang tua tua kata. Agaknya apa kata Nabi Muhamad saw?  Sebenarnya dalam Islam, amat senang untuk menjadi isteri solehah.  Jom kita semak Hadis Nabi Muhammad saw. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”  Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah

Macam mana hendak mendapat redha suami?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.” – Riwayat Ibnu Majah

Jadi pah,  nak jadi isteri solehah memang senang.” Taati, Gembirakan, Memenuhi Sumpah dan  Menjaga suami…