Entah berapa lama isteri kesayanganku mengadu kesakitan di bahagian belakang. Minggu lepas, aku terbaca satu artikel dari Iluvislam berkenaan dengan Rawatan PROLOTHERAPY. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang ku perolehi dari http://www.prolotherapy.org/ maka aku pun memanjangkan maklumat tersebut kepada isteriku. Nama klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut ialah:
ProloTherapy Clinic
Special Service of Klinik dan Surgeri
Pelangi Square Damansara
Block B, No 21, Ground Floor, Jalan PJU 6,
Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-77271360
faks: 03-77271364
Komen saya:
Setelah selesai mendapatkan rawatan diklinik tersebut, isteri saya memaklumkan kepada saya yang beliau tidak merasa sakit dibahagian yang biasa tetapi kesakitan dirasai dibahagian lain. Namun, kesakitan ini berskala kecil berbanding dengan kesakitan sebelum ini.
Kos rawatan: Sila bertanya dengan doktor anda … hehehe ..
Maklumat lanjut tentang Prolotherapy
Prolotherapy
RAWATAN PEMULIHAN SAKIT SENDI /ARTHRITIS TANPA MEMAKAN UBAT PENAHAN SAKIT
Adalah sejenis rawatan untuk masalah sakit sendi yang akut dan kronik. Rawatan ini amat berbeza dengan rawatan biasa yang hanya mampu memberikan ubat penahan sakit atau pun suntikan penahan sakit atau steroid.
Rawatan ini mampu merawat kebanyakan masalah sakit sendi dan memberikan kesan baik pulih yang kekal malah sendi menjadi 40% lebeh kuat dan stabil .
Prolotherapy adalah sebahagian daripada ilmu kepakaran Perubatan Orthopaedic tetapi di Malaysia tidak ramai doktor yang mengetahuinya. Di Amerika Syarikat rawatan Prolotherapy ini amat popular dan terdapat kira-kira 3000 doktor mengamalkannya.
APAKAH PROLOTHERAPY?
Prolotherapy adalah hasil kombinasi daripada perkataan ‘Prolo’ dan ‘Therapy’. ‘Therapy’ bermakna rawatan, manakala ‘Prolo’ berasal daripada perkataan “Proliferation” yang bermakna proliferasi (pertumbuhan) sel-sel untuk membentuk tisu–tisu ligamen yang baru. Manusia mempunyai kaedah semula jadi untuk proses membaik pulih sebarang kecederaan iaitu dipangggil “inflammatory process” – proses inflammasi.
Konsep rawatan prolotherapy adalah dengan memulakan proses inflammasi setempat melaluai teknik suntikan di kawasan yang mengalami kesakitan akibat dari pada ligamen yang lemah , kendur ataupun tercedera. Suntikan yang di berikan adalah mengandungi ‘hypertonic solution’ yang merupakan ‘diagnostic’ dan ‘therapeutic’. Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan ke dua puloh atau tiga puloh suntikan untuk sekali rawatan, ini tergantung kepada penyakit seseorang.
LIGAMEN.
Struktur ini biasanya dilupakan oleh doktor-doktor kita. Ligamen adalah bahan yang menghubungkan ataupun pengikat antara tulang-tulang kita. Kestabilan dan kekuatan sendi-sendi kita bergantung kepada ligamen ini. Ligamen berwarna putih dan agak liat, ia tidak elastik serta ia tidak mempunyai bekalan darah yang terus dan ligamen hanya mendapat bekalan makanan, oksigen dan lain-lain keperluan melalui “sequestration” (perahan) hasil daripada pergerakan sendi . Kebanyakan sendi-sendi yang sakit adalah disebabkan masalah kekendoran ligamen. Apabila berlaku kecederaan kepada ligamen , ia sukar untuk pulih 100% kerana biasanya doktor akan merehatkan sendi terlibat dan pastinya memberikan ubat penahan sakit (NSAID) . Kedua-dua cara ini akan menyebabkan proses baik pulih (inflammatory process) terencat dan ligamen akan berlaku kekenduran. Ligamen yang kendur ini akan menyebabkan sendi tidak stabil dan pesakit mengalami kesakitan yang berlarutan dan akhirnya menyebabkan “secondary osteoarthritis”.
Rawatan Prolotherapy ini mampu merangsangkan semula proses inflamasi di ligamen yang kendur dan dalam masa 6 minggu ligamen tersebut akan menjadi 40% lebih tebal dan regang semula untuk mengikat tulang-tulang dengan kuat. Kesakitan yang kronik itu akan terus hilang.
BOLEHKAH PROLOTHERAPY MEMBANTU ANDA?
Rawatan suntikan prolotherapy didapati berkesan untuk penyakit yang berikut:
Arthritis
Back Pain
Barre-Lieou Syndrome
Capal Turnal Syndrome
Cluster headache
Deep aching
Degenerative Arthritis
Degenerative Disc disease
Neck pain
Fibromyalgia
Kecederaan sukan
Whiplash injury
Partially torn tendons, ligament and cartilage
Herniated discs
TMJ
Sciatica
PROLOTHERAPY ADALAH SATU-SATUNYA CARA MEMBAIK PULIH SENDI-SENDI ANDA YANG SAKIT TANPA MEMAKAN SEBARANG UBAT PENAHAN SAKIT.
Pantangnya apabila mengambil rawatan prolotherapy adalah jangan ambil ubat-ubat penahan sakit atau sebarang steroid.
Maklumat tambahan – disalin daripada pamplet
Anda perlu membuat temujanji melalui telefon sebelum datang ke klinik.
Sebaik-baiknya jangan ambil sebarang ubat penahan sakit atau suntikan steroid 3 hari sebelum datang ke klinik.
Doktor akan terlebih dahulu memeriksa dan menentukan berapa suntikan yang diperlukan.
Rawatan untuk seorang pesakit mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 1 jam.
Sila datang awal supaya temujanji dapat dipenuhi.
Selepas 2/3 hari rawatan, kesakitan menjadi lebih kuat lagi. Demam panas adalah reaksi biasa dan kesakitan akan berkurangan setelah seminggu.