Monthly Archives: September 2011

Jangan hanguskan segunung pahala demi seronok seketika

Pertengkaran dalam rumahtangga adalah biasa dalam kehidupan suami dan isteri. Pertengkaran ini seringkali berakhir dengan dua senario sama ada dengan aman. damai, kemaafan dan pembelajaran atau berakhir dengan pergaduhan, bermasam muka seterusnya perceraian.  Amat menyedihkan sekiranya senario ke dua berlaku.

Walaupun pertengkaran berakhir dengan aman damai, kemaafan dan berlapang dada,  namun  jangan lupa untuk bertaubat kerana sesungguhnya di saat pertengkaran itu berlaku, pastinya terlalu banyak perkara,  perkataan yang terlepas dari mulut hasil dari emosi yang tidak stabil.  Salah satunya ialah ungkit mengungkit.  Perkara pemberian yang dah  berkurun berlakunya, akan diungkit kembali hanya kerana mengikut nafsu amarah yang mana seronok bertengkarnya seketika.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah

 

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhrat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada kaum yang kafir.

Peringatan dari Allah swt amat jelas.

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah saw. bersabda, “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, yaitu orang yang mengulurkan kainnnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).

Aduh sayang sekali  sekiranya suami atau isteri saling ungkit mengungkit pemberian masing masing. Setelah bersusah payah mengumpul segunung pahala akhirnya hangus terbakar akibat dari ungkit mengungkit pemberian tersebut.  Malah lebih malang lagi, sekiranya tidak dapat memasuki syurga Allah swt

Dalam hadis lain disebutkan, “Tidak akan masuk surga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (HR Ahmad)

Maka peringatan kepada suami dan isteri yang inginkan sama sama memasuki syurga Allah swt agar tidak mengungkit ungkit ketika bertengkar.  Kalau sekiranya suami terlupa maka isteri perlu mengingatkan dan begitu sebaliknya. Sekiranya dua dua terlupa maka setelah kembali aman maka beristigfarlah  dan bertaubatlah. Semoga kita dapat menyelamatkan segunung pahala dari terbakar hangus dan syaitan pula ketawa berdekah dekah, tidak didengari oleh manusia malah dilihat oleh manusia. Yang rugi adalah diri kita sendiri.

Bingung Seketika…

Ramai yang mengetahui, saya sedang berusaha untuk mencari calon zaujah ke dua(2). Zaujah saya yang sedia ada, telah pun secara verbalnya bersetuju ( tak tahulah kalau hanya dimulut tetapi tidak dihati. Soal di dalam hati itu hanya Allah swt yang tahu.)  Insya Allah, zaujah saya redha dengan keputusan saya untuk bernikah seorang lagi.

Maka saya pun meminta bantuan sahabat saya untuk membantu saya mencari calon yang sesuai. Syarat yang saya letakkan memang mudah. Mestilah yang mempunyai pengetahuan Agama Islam, bercita cita menjadi isteri yang solehah serta sanggup hidup susah dengan ahli keluarga saya.  Maka beberapa orang calon telah dikemukakan kepada saya.

Alangkah terkejutnya saya apabila membaca sebahagian dari syarat syarat yang diletakkan oleh beberapa orang wanita muslim yang kononnya sanggup menjadi isteri ke dua ( tiga atau empat). Antaranya:

Kalau yang masih bujang:

1. Menyediakan segala kemudahan termasuk kenderaan dan rumah.

2. Berlaku adil dengan giliran.

3. Persetujuan dari isteri yang sedia ada tanpa paksaan

4. Menanggung segala hutang dan perbelanjaan rumahtangga

5. Menyediakan elaun sebagai seorang isteri yang berjumlah RMXXXX dan sekiranya mempunyai anak kelak, menyediakan RMXXX bagi setiap orang anak sebagai perbelanjaan bulanan.

Kalau yang janda/balu (Sama seperti di atas dengan penambahan):

1.  Menanggung dan menyara semua anak sedia ada.

2. Menyayangi anak saya seperti anak kandung.

3. Menerima segala kelemahan dan kekurangan saya.

4. Memahami jiwa saya serta berkomunikasi dengan lemah lembut dengan saya.

5. Tidak menipu saya.

Pandangan peribadi saya, ramai wanita yang fokus kepada apa yang bakal suami “kena” berikan atau sediakan tanpa melihat kepada diri sendiri dan kemampuan bakal suami. Soalan yang sepatutnya ditanya kepada diri sendiri adalah :

1. Adakah aku benar benar ikhlas untuk menjadi madu kepada isterinya?

2. Apa yang dapat aku sumbangkan kepada keluarga baruku?

3. Bagaimana aku boleh membantu suamiku untuk menjadi suami yang soleh dan seterusnya meminpin dan membimbingku dan anak anak menjadi isteri solehah dan anak anak yang soleh serta solehah?

4. Redhakah aku dengan takdir Allah swt.

Poligami bukan isu kecil tetapi isu besar. Ianya bukan hanya untuk keseronokan namun ianya soal membina keluarga yang diredhai dan dirahmati oleh Allah swt. Tidak semua wanita yang berkata “aku sedia untuk menjadi isteri kepada suami orang”  layak untuk berpoligami.

Saya mencari isteri yang dapat sama sama membina keluarga yang “mawaddah, sakinah dan rahmah”  tapi kalau sebelum berkahwin dan demand yang macam macam  …  maka  letih saya dibuatnya ….  ( sambil  mencampakkan beberapa resume ke dalam tong sampah  … )

Tahniah juga mereka yang telah disenarai pendek.  Penilaian selanjutnya akan dilakukan oleh zaujah kesayangan saya.

10 tahun hidup dengan zaujah kesayangan saya menyebabkan beliau lebih mengerti dan memahami keperluan keluarga. Keutamaan adalah kepada pembinaan keluarga.

Nasihat ikhlas dari saya,  kalau sekiranya saya seorang tan sri, dato atau  orang kaya lagi jutawan maka, semestinya tidak menjadi kesalahan untuk meminta minta tapi oleh kerana saya seorang yang miskin, hidup susah, maka saya mencari calon isteri yang sedia untuk hidup susah dengan saya,  hidup mencari keredhaan Allah swt.  Makan apa yang saya makan, minum apa yang saya minum, tidur di rumah yang kecil dan bersyukur dengan apa sahaja kurniaan Allah swt.

RM10 … cukup ke?

Entah kali keberapa dalam walletku hanya tinggal RM10 sahaja. Mungkin bagi sesetengah insan akan merasa takut, risau dan runsing di saat kesempitan wang. Beruntung mereka yang Allah swt kurniakan rasa cukup. Berapa yang ada, mereka tetap bersyukur terhadap Yang Maha Penyayang.

Sarapan pagiku bernilai RM1.90 untuk sekeping roti canai (RM0.80) dan teh o (RM1.00)
Makan tengahariku bernilai RM3.00 untuk sepinggan nasi, seketul ayam di masak kari dan segelas air suam.
Minum petangku bernilai RM2.80 untuk 2 keping roti canai (RM1.80) dan teh o(RM0.80)

Saat aku sampai ke rumah, aku masih memiliki RM2.20.

Rasa syukur dan redha terhadap segala ketentuan Allah swt. Esok?… Insya Allah. Ada rezeki untukku.p

“Kaedah bedah cara batin haram” .. Muhammad Asyraf

Kaedah bedah cara batin haram
Oleh Muhammad Asyraf
2011/09/13

Perbuatan dengan bantuan jin boleh pesong akidah
ISLAM mementingkan kebaikan dan kesihatan. Di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Ada banyak ayat al-Quran dan hadis berkaitan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit.

Malah ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Isra’, ayat 82)

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga. – Surah Al-Isra’, Ayat 82

Amalan perubatan menggunakan doa atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah dan salafussoleh.
Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim)
Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan.
Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.
Rawatan itu ada yang membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, perubatan jarak jauh dan seumpamanya.
Penggunaan ayat al-Quran atau doa diharuskan tetapi jika disertai dengan sihir, iaitu membabitkan jin, perbuatan itu salah kerana amalan berkenaan termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir.
Walaupun pengamal perubatan batin menyatakan ia berpegang kepada ayat al-Quran dan kaedah syarak, namun difikir secara logik, ternyata bukan mudah seseorang itu, terutama orang awam memastikan status amalan itu.
Apabila sesuatu yang di luar adat kebiasaan itu dilazimi secara berterusan seperti upacara pembedahan batin, sekali gus jelas bagi kita ia sudah terkeluar dari kaedah asas perubatan yang diizinkan.
Ia jauh daripada perubatan secara saintifik moden, ruqyah serta tibb al-Nabawi yang menepati syarak. Jelaslah kaedah perubatan secara pembedahan batin ini meminta bantuan jin kerana sesuatu yang magis dan di luar adat tidak boleh berlaku secara berterusan.
Memang ada ulama membenarkan perubatan dengan meminta pertolongan jin antaranya Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa dan ulama Saudi, Syeikh Ibn ‘Uthaimin dalam Fatawa al-Aqidah. Mereka mengharuskan khidmat jin dengan syarat penggunaan pada perkara diharuskan di samping wasilah juga diharuskan syarak.
Ini bermakna rawatan menggunakan khidmat jin diharuskan dengan syarat wasilah adalah harus. Hujah mereka ialah kisah Nabi Sulaiman yang mendapatkan khidmat jin untuk memindahkan istana Puteri Balqis dari Yaman dan ini adalah kurniaan Allah SWT.
Namun, ada pendapat menolak pandangan ini kerana peristiwa Nabi Sulaiman bukan syariat yang ditinggalkan kepada kita.
Pendapat ini dihuraikan Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Dr Ahmad bin Nasir bin Mohd al-Hamd dan ramai lagi. Bahkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 pada 21 September 1995 juga memutuskan bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perubatan, mencari kekuatan dan kehebatan ditegah syarak dan haram.
Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin. Umat harus memahami, setiap penyakit ada penawarnya tetapi setiap penawar tidak dijamin boleh menyembuhkan. Semoga Allah membebaskan kita dari segala penyakit dengan reda-Nya, bukan diberi kesihatan dengan kemurkaanNya.
Penulis ialah juara Imam Muda musim pertama terbitan Astro Oasis

Bila kita benar benar yakin ….

Segala puji bagi Allah swt. yang memiliki langit dan bumi serta yang ada di antaranya. Kejutan hujung minggu benar benar menginsafkan diri ana secara peribadi.  Terlalu indah sebenarnya  bila kita benar benar yakin bahawa Allah swt hanya memberikan yang terbaik untuk diri manusia. Dan seketika, kita akan diuji untuk memantapkan lagi keimanan  Maka,  bagaikan hujan yang turun di tanah gersang,  maka setelah banjir  suburlah tanah tersebut. 

Semoga memembantu mengingatkan diri yang lalai ..