Allah swt yang merancang segala galanya ….

Petang semalam, saya nak balik awal dalam pukul 6 petang kerana ada kunjungan ziarah pukul 8 malam tapi entah kenapa bila sahabat saya mengajak saya minum teh masala di kedai yang terletak di mmu, mudah sahaja saya menyatakan persetujuan. Padahal ketika itu hujan lebat.

Pukul 6.30 petang saya bertolak dari cyberjaya. Seperti biasa saya ikut ldp. Lepas toll puchong agak jem sedikit dan agak hairan kerana banyak kereta menuju ke arah putra height  dan jalan ke arah ioi mall lengang. Saya terus aje melaluinya sampai ke sunway. Lepas toll sunway pun lengang sampai ke kelana jaya. Kelana jaya biasalah. Slow moving.

Ketika dalam jem, sempat buka twitter. Baru terbaca dan terlihat Jalan ldp depan ioi mall banjir. Syukur Alhamdulillah balik lewat sikit. Kalau terawal, tentu jadi mangsa. Rezeki Allah swt bagi.

Malam tadi juga, sebuah motorsikal telah melanggar kereta isteri saya sewaktu mencari tempat letak kereta. Bunyi punyalah kuat. Ingatkan bumper dah remuk habis, rupanya tercalar sikit. Pemuda yang melanggar terjatuh. Kalau dari kaca mata saya, pemuda tersebut tidak apa apa. Tapi hati saya tergerak untuk memberikan sedikit wang untuk belanja ke klinik dan untuk makan malam. Setelah beredar, mudah pula dapat tempat letak kereta dan mudah mencari tempat yang hendak dituju. Kejadian di blok D dan kami mencari Blok E. Masya Allah.

Saya beritahu zaujah saya, Kita kalau nak buat kerja kerja yang tak berfaedah, mudah aje tapi bila nak buat kerja baik, macam macam halangan mendatang. Kita cuma perlu sabar dan redha dengan apa juga ujian mendatang serta berdoa agar Allah swt membantu. Dengan keyakinan yang jitu, Insya Allah, akan terasa pertolongan Allah swt dekat sahaja. Allahu Akbar…….