Saya hendak bertanya kepada pasangan yang sudah lama berumahtangga.
- Berapa banyakkah buku resipi yang tersimpan di dalam almari dan berapa kali buku tersebut dibuka dan dirujuk ketika hendak memasak?
- Apa perasaan anda bila makanan yang dihidangkan lari benar dari resipi?
Contoh: Resipi yang ada – Ikan Kukus/Stim
- 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
- 1 batang serai (diketuk)
- 5 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 inci halia (dihiris)
- 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
- 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
- 1-2 hiris asam keping.
Untukk sayurnya
- 2 biji tomato (dihiris dadu)
- 1 bungkus cendawan
- 1 genggam Soo Hoon
Untuk Perasa
- sedikit garam dan gula
- 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
- sedikit air
Hiasan
- sedikit daun sup (dihiris)
Cara-cara
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
- Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
- Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, cendawan, soohoon serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
- Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
- Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
- Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.
Itu yang dalam resipi. Yang dimasak, agak agaknya?
Malas nak cakap. Sebab bila ditegur, mengamuk, melenting-lenting, menjerit jerit kepada suami, sebiji macam orang meroyan. Dituduhnya kita cerewet, orang dah masakkan tak tahu nak bersyukur atau disuruhnya kita masak sendiri, kenapa tak bagi tahu nak guna resipi tu.
Kalau anda salam situasi sebegitu, ada beberapa jalan penyelesaian yang harmoni:
- Masak sendiri. Tak payah harapkan orang lain masakkan untuk anda.
- Makan aje dikedai. Pesan Ikan Siakap Masak Stim. Sedap tak sedap telan aje.
- Do a aje minta Allah swt bagi seorang lagi isteri yang ada akal untuk berfikir dan pandai masak.
Pesan saya kepada mereka bergelar isteri. Bila dah masak tak ikut selera suami, jangan hilang akal sampai sanggup memarahi suami hanya kerana nak tutp kelemahan diri sendiri. Bila suami tegur atau suami marah, tak payah nak berbahas dan menegakkan benang yang basah. Ke NERAKA Allah swt nanti. Ingat nak REDHA Allah swt kena dapatkan REDHA suami. Mohon maaf aje dan lain kali janji akan ikut resipi.
Ramai yang mulut longkan akan berkata, ala tak kan pasal masak tak ikut resipi nak marah marah. Kepada mereka yang mulut longkang ini, saya nasihatkan tutup mulut tu. Busuk benar baunya. Kerana makanan yang dimasak oleh isterilah, yang menyebabkan suami gemuk, suami kena kencing manis, suami kena darah tinggi dan malah ada suami yang sampai mati cuma ramai isteri yang terlepas dari di dakwa di mahkamah dunia namun jangan ingat akan terlepas di mahkamah Allah swt. Maka berhati hati sebelum masak makanan. Niat kena betul. Niat nak bagai makan suami agar suami dapat tenaga untuk beribadah.
Posted from WordPress for Windows Phone