Tips Poligami: Jangan cepat sangat beritahu isteri yang anda nak berpoligami : )

Beberapa hari lepas, saya ditanya tentang Poligami. Pada mulanya saya agak terkejut namun dengan rasa “sharing is caring” maka saya pun berkongsi ilmu tentang persediaan untuk berpoligami. Walaupun saya sendiri masih lagi beristeri seorang tapi mungkin sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi dari rakan rakan saya yang berpoligami dapat dijadikan panduan persediaan berpoligami.

Tip: Jangan cepat sangat beritahu isteri yang anda hendak berpoligami  : )

Sabar seketika. Tiada wanita di dunia ini yang ingin dimadu. Hanya sekelompok kecil sahaja yang reda diri mereka dimadu itu pun atas sebab sebab tertentu.  Antaranya :

1. Kekurangan pada diri sendiri sehingga beliau berpendapat dengan sebab kekurangan tersebut, beliau tidak dapat membahagiakan suaminya 100%. Keizinan ini biasanya dikuti dengan rasa terpaksa. Contoh isteri yang tidak mampu memuaskan nafsu serakah suami, isteri yang tidak mampu menghabiskan masa bersama suami dan anak anak, isteri yang tidak mampu melahirkan anak dan sebagainya.

2. Isteri yang telah terdidik dari kecil untuk menjadi isteri yang solehah. Keizinan yang diberikan kerana ilmu yang dimiliki dan memahami kebaikan berpoligami.

3. Isteri yang terpaksa menerima poligami kerana suami telah pun menikahi wanita lain secara sembunyi atau secara terbuka dan keadaan isteri yang terlalu bergantung kepada suami menyebabkan si isteri tidak mempunyai pilihan untuk berpisah.

Tentunya keadaan no 2, isteri yang redha suaminya berpoligami kerana benar benar memahami apa itu poligami yang sebenarnya layak untuk dimadu. Ini memang akan memudahkan suami untuk berpoligami.

Jadi nilai isteri anda dahulu sama ada layak atau tidak untuk dimadukan.  Antara kreteria yang perlu ada untuk seorang isteri dimadu ialah :

  1. Isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
  2. Isteri mampu berdikari sekiranya ditinggalkan suami untuk beberapa hari.
  3. Isteri memahami keadaan dan fitrah seorang lelaki.

Sekiranya sebaliknya maka anda perlu mendidik isteri anda agar berdikari.  Sekiranya tidak,  jangan bicarakan poligami dengan isteri anda.

Tip seterusnya akan bersambung.

One Reply to “Tips Poligami: Jangan cepat sangat beritahu isteri yang anda nak berpoligami : )”

Comments are closed.