Tips Poligami: Niat Berpoligami

Ramai lelaki yang tidak melakukan persediaan berpoligami sebaliknya mengambil risiko dengan berkahwin dahulu. Apa yang berlaku setelah perkahwinan akan ditangani kemudian.  Kesannya, isteri sedia ada terkejut begitu juga dengan anak anak sekiranya mereka mendapat tahu mengenai pernikahan tersebut.

Tsunami pasti melanda sekiranya keadaan ini berlaku. Lebih dahsyat lagi apabila suami tidak bersedia untuk menghadapi suasana tersebut. Pastinya bulan madu dengan isteri kedua akan terganggu dan silap hari bulan, isteri pertama minta cerai.  Maka rumahtangga yang sedia ada mungkin musnah.

Poligami bukan diasaskan kepada keperluan dunia namun perlu selari dengan keperluan akhirat dan perlu dilakukan kerana Allah swt.  Setiap amalan perlu kita lakukan dengan niat yang betul.

Perkata utama yang perlu seorang suami nilai ialah niat. Kenapa nak berkahwin lagi satu?

Kerana isteri pertama tidak mampu memberikan segala galanya akibat kekurangan dirinya?

  1. Kerana kesian pada bakal isteri kedua?
  2. Kerana ikut kawan kawan yang syok  ada 2,3,4 orang isteri ?
  3. Kerana dicabar oleh isteri, kawan kawan,atau sesiapa saja?
  4. Kerana ikut nafsu yang kembali muda setelah mengambil pelbagai jamu jamuan, ubatan dan sebagainya?
  5. Atau tiada sebab yang konkrik ?
  6. Atau kerana mengikut sunnah Nabi.

Pastinya ramai yang berpoligami menyetujui bahawa mereka berpoligami kerana Allah swt. Kerana mengikut sunnah Nabi Muhamad saw.  Dan ianya merupakan satu sebab musabab yang terbaik. Ingin beribadah kepada Allah swt. Bukankah kita dijadikan untuk beribadah kepada Allah swt.

Maka niat dan matlamat yang perlu jelas dan nyata. Kerana Allah swt dan ingin mengikut sunnah Nabi Muhamad.  Dan sekiranya itu yang kita nyatakan kepada isteri kita,  tentunya jawapan yang akan diberikan ialah,

“Ala yang wajib pun tak buat, nak buat yang sunnah”

Suami yang tidak melakukan amalan amalan ibadah yang wajib seperti bersolat,  puasa dan  berzakat maka semestinya mereka tidak layak untuk berpoligami. Pandangan peribadi saya, mereka tidak layak menjadi  suami.  Ibadah wajid tiada kompromi perlu diselesaikan dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt.  Tip dari saya,  tunaikan yang wajib dengan penuh keikhlasan. Kerana Allah swt.  Itu yang sebaiknya.  Mulakan dari sekarang.

“Sunnah berkahwin 4 nak diikuti tetapi bagaimana dengan sunnah – sunnah yang lain ?”

Logiknya betul juga. Sunnah yang lebih kecil, gagal kita hendak mengikuti maka mampukah kita untuk melaksanakan sunnah yang lebih besar.  Maka tip saya ialah mula mempelajari dan mengamalkan sunnah sunnah Nabi Muhammad saw.  Bermula dengan yang kecil dahulu dan kita bergerak ke arah sunnah yang lebih besar.

Saya mendengar jawapan dari para suami yang menyatakan

“Kalau begitu,  lamalah saya dapat berpoligami.”

Biar kita lewat berpoligami. Nabi sendiri sebenarnya lewat usianya baru berpoligami maka tak salah untuk kita mengikutinya.  Bagi yang muda maka mula mengamal sunnah Nabi dari sekarang begitu juga dengan yang dah tua seperti saya, maka masih belum terlewat untuk mengamalkan sunnah Nabi kita.

Sebagai suami, perlu kita ingat. Dalam Islam, apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan maka kita sudah mendapat pahala dan sekiranya kita melaksanakannya maka pahala tersebut akan  diganda gandakan. Maka sama sama kita berniat untuk mengikut sunnah Nabi kita.

One thought on “Tips Poligami: Niat Berpoligami

  1. Pingback: Tweets that mention Blog Ayah Adam -- Topsy.com

Comments are closed.