Tips Poligami: Pengurusan Masa

Dalam kesibukan untuk berpoligami,  kadang kadang kita terlepas pandang untuk melihat masa.  Masa yang perlu diurus dengan sebaik mungkin. Sama ada seorang suami hendak berpoligami atau tidak,  masa tetap perlu diurus.  Asas kepada pengurusan masa ialah satu surah dalam Al Quran Al Asr (103)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ramai yang sentiasa dalam kerugian. Umur yang singkat dihabiskan dengan amalan amalan yang lara, yang sia sia. Maka masa perlu diurus sebaik mungkin untuk melakukan amal amal yang soleh. Yang dapat memberatkan mirzan kita akhirat kelak.

Memang tidak dapat dinafikan, mereka yang berpoligami,  keperluan untuk mengagihkan masa secara effektif amat amat diperlukan.  Persoalan yang berbangkit, bagaimana hendak melatih diri agar dapat menguruskan masa dengan lebih baik.

Tip yang dapat dikongsikan bersama ialah dengan bersolat.  Sehari, kita  diwajibkan untuk bersolat 5 kali sehari semalam. Dan lebih baik sekiranya dapat dilaksanakan di awal waktu serta berjemaah. Jadikan solat diawal waktu dan berjemaah sebagai satu rutin harian.

Selain itu,  diri juga perlu dilatih untuk mengurangkan tidur. Perkara ini dapat dilakukan dengan mengerjakan solat tahjud  dan witir  di akhir malam.  Jadikan ianya rutin harian.  Sementara menanti waktu solat,  cuba baca dan memahami  dua atau tiga atau empat ayat ayat dari Al Quran. Bukan setakat membaca tapi memahami terjemahannya. Alangkah lebih baik sekiranya ditambah pula dengan solat sunat setelah selesai bersolat jemaah. Ini akan melatih diri agar dapat mengisi masa yang terluang dengan ibadah yang berfaedah.

Logiknya,  kalau kita dapat menguruskan masa dengan baik,  Insya Allah, kita dapat menguruskan keluarga  kita dengan lebih baik . Pengagihan masa dapat dilakukan dengan lebih efffektif.

Selain itu,  cuba teknik teknik lain seperti teknik yang dicadangkan di dalam buku 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey  atau Get Things Done  oleh David Allen. Ini akan memastikan kita mempunyai sistem yang baik dalam menguruskan masa kita.