Tips Poligami: Menerima Penolakan dengan redha

Kali ini saya ingin berkongsi tentang penolakan. Entah berapa kali lamaran saya kepada wanita yang pada pandangan saya boleh dijadikan madu saya, tetapi lamaran tersebut telah ditolak.  Antara alasan yang diberikan :

“ sy rasa anda dah punya isteri yg melengkapi anda.hargai isteri anda”

“Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Jaga ahli keluarga anda.”

“Saya tidak mahu melukakan hati isteri anda. Saya seorang wanita dan yang tahu perasaan isteri anda. Walaupun isteri anda benarkan, tapi saya tahu dia tidak sanggup untuk berpoligami.”

“Awak mampu ke nak bagi makan 2 keluarga”

“Mampu ke awak untuk berlaku adil?”

Itu adalah sebahagian dari jawapan yang diterima. Ada juga yang menjadikan faktor usia,  sebagai alasan untuk menolak lamaran saya.

Apa pun, sebagai seorang insan yang percaya kepada Allah swt 100 % maka seharusnya kita mempunyai daya kekuatan yang Allah swt berikan.  Tidak mudah berputus asa untuk meneruskan pencarian isteri yang solehah.

Persiapkan diri untuk menerima penolakan adalah penting. Redha bahawa Allah swt akan memberikan yang terbaik buat diri kita.