Masih lagi diuji …

Dugaan demi dugaan mendatang.  Minggu lepas,  saya di serang demam panas,  suhu menghampiri 40 darjah Celsius. Mungkin jangkitan dari Adam.  Badan memang terasa lemah. Hari jumaat, demam rebah tapi tekak pula pedih. Sampai ke hari ini, tekak masih lagi sakit.

Belum reda dengan kesihatan,  kereta pula buat hal. Klip brek mulfunction. Akibatnya, break pad haus dan bukan setakat brek pad yang perlu ditukar,  drum disk pun kena ditukar sebab dah mengerutu habis.

Nampaknya semakin hebat ujian yang menimpa. Mungkin bagi sesetengah insan,  akan mengeluh resah.  Fitrah seorang insan namun, kami sekeluarga sedar dan yakin kepada Allah swt. Yakin bahawa setiap kesusahan akan digantikan dengan kebaikan. yakin bahawa semua ini adalah satu potensi untuk menambahkan pahala kebajikan. Sabar dan tabah.

Penat dan letih, itu yang sering kedengaran dari mulut ibu adam. Begitu juga saya. Kami masih lagi belum sempat benar benar berehat. Tiada apa yang dapat dilakukan selain dari berdoa agar Allah swt membantu menyelesaikan masalah yang ada. Tiada daya dan kekuatan melainkan apa yang diberikan oleh Allah swt.

Keadaan kewangan pun agak menekan. Semakin memeningkan dan memenatkan untuk difikirkan. Di saat ini, saya hanya bersyukur kerana masih lagi hidup. Masih lagi boleh berusaha dengan kudrat yang ada. Selain dari masih lagi boleh beribadah.