Alhamdulillah, segala puji pujian hanya untuk Allah swt. Akhirnya urusan penghijrahan saya dan keluarga telah hampir selesai. Kami telah pun berpindah ke rumah sewa baru di Bandar Sri Damansara. Penghijrahan yang berlandaskan cerita ashabul Kahfi . Berhijrah kerana menyelamatkan iman anak dan isteri. Rasanya tak perlu saya soroti kisah lalu cuma inngin berkongsi lokasi baru.
SD Courts terletak berhampiran dengan taska adam, berhampiran dengan masjid dan berhampiran dengan rumah rakan rakan ibu adam. Memudahkan adam ke taska, memudahkan ayah ke masjid dan memudahkan ibu adam untuk car pooling ke pejabat.
Maka bermulalah satu episod baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Bagaikan pasangan baru mendirikan rumahtangga, segala keperluan rumah perlu dibeli secara satu persatu dan perlahan lahan.
Hidup Biar Zuhud.