Pagi tadi aku berjumpa dengan HR manager. Aku ceritakan masalah yang aku hadapi dalam menggerakan Innovation Management. Tak tahan aku rasakan. Masalah komunikasi antara aku dengan boss aku memang agak kronik. Dalam masa 6 bulan aku bekerja di bawah dia, hanya 2 balasan email aku perolehi dari beliau. Dan setiap kali aku sms kepada beliau, jawapan yang sama aku terima, “who is this?” No telefon aku pun tak pernah tersimpan di dalam contact list dia.
Dah banyak proposal yang aku utarakan, semua dia tolak tanpa sebarang alasan yang konkrik. Dah tak ada jalan lain untuk aku bergerak. Bermula 1 Mei 2011 hingga 31 Disember 2011, semua yang aku buat, langsung tidak ada nilai padanya. Aku buat semuanya sendiri tanpa sebarang kos tambahan. Tiada claim yang aku buat tapi, cara dia layan aku macam aku nie kasta rendah.
-
Proposal aku untuk mengadakan brainstorming produk baru – ditolak
-
Proposal aku untuk menyediakan token kepada sesiapa yang menghantar idea baru – ditolak
-
Proposal aku untuk mengadakan sesi perbincangan “idea seeding” dengan vendor – ditolak
-
Proposal aku untuk mengadakan sesi “breakfast with innovation management” – ditolak
So dalam perbincangan tadi, ada pelbagai kemungkinan yang bakal aku hadapi.
-
Aku akan dipindahkan ke projek JPJ
-
Aku akan dipindahkan ke unit Internal Audit, well at least itu yang aku minta.
-
Mungkin aku tetap kena duduk dalam Innovation Management ini.
Apa pun, aku serahkan kepada Allah swt. Aku mempunyai Allah swt. Dia tempat aku mengadu dan meminta pertolongan. Yang dapat aku lakukan adalah bersabar dan terus bersabar. Dia tahu apa yang terbaik buat aku dan ahli keluargaku. Segala yang aku lakukan adalah kerana Dia. Dia yang mencipta langit dan bumi dan segala di antara keduanya ….