Tender oh tender

Alhamdulillah, sesi menyediakan jawapan bagi tender JPJ dan
U-Library telah pun berakhir. Aktiviti yang sememangnya lari dari
skop kerja seorang product analyst namun sebagai mana dinyatakkan oleh
penyelia, "panggilan syarikat" maka terpaksalah meredhakannya.Banyak perkara yang boleh dipelajari dari aktiviti aktiviti tender.
Setiap kali menjawap tender, maka segala galanya perlu ditulis
semula, perlu diolah semula, Kenapa? kerana tiada template yang
memudahkan segala urusan. Namun kesedaran telah timbul, betapa
pentingnya template untuk menjawap tender. Selama hari ini, setiap
tender, kita personalizekan tender tersebut. Memberikan sentuhan
tersendiri. Dan setiap kali review, pasti kena tembak. Itu tak betul,
ini tak betul, macam budak sekolah, dan pelbagai bagai lagi kata
kata "hentaman" yang dianggap sebagai "pelajaran" oleh yang memberi
komen.

Kini semuanya dah berakhir begitu harapan saya agar saya boleh fokus
kembali kepada HISDET dan juga produk baru nak lahir iaitu EngineX.