Saya dan beberapa rakan rakan lain telah berada dalam suasana di mana kami terpaksa memilih sama ada menghadiri kursus yang telah ditetapkan atau menyiapkan jawapan kepada tender dan kami telah mengutamakan penyediaan jawapan tender dari kursus berkenaan. bagi mereka yang pernah terlibat dalam tender pasti mengetahui suasana yang berlaku. Mengejar masa menyediakan dokumen jawapan tender. Akhirnya, dokumen tersebut berjaya dikeluarkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Namun kami gagal dalam melengkapkan kursus HeiTech MIM. Sedih memang sedih namun jauh disudut hati kami, sekurang kurangnya kami telah memilih untuk mengutamakan kepentingan syarikat dari kepentingan peribadi. Cuma sama ada pihak pengurusan menyedarinya dan menghargainya tau pun tidak, hanya Allah swt sahaja yang tahu.
Hari ini majlis penyampaian sijil kursus tersebut dan nama saya tidak terdapat di dalam senarai penerima sijil. Saya cuba untuk meilihat dari aspek yang positif dan dengan persoalan “adakah saya tersalah membuat pilihan?”