To Zero: Paradigma beranjak

Semalam, saya ke salah sebuah agensi kerajaan untuk memperbentangkan laporan hasil projek pilot penggunaan RFID di dalam bidangkuasa agensi berkenaan. Itu yang dimaklumkan kepada kami dan apa yang kami tidak tahu ialah terdapat sesi perbentangan dari syarikat lain sebelum sesi kami.

Salah satu dari kunci penting dalam innovasi ialah:

“Sekiranya berlaku anjakkan paradigma maka semua yang terlibat kembali kepada zero”.

Itu yang berlaku. Syarikat berkenaan telah menganjakkan paradigma peserta mesyuarat dari perbentangan hasil kajian kepada penyelesaian menggunakan RFID. Sedangkan kami, tidak menyediakan slide penyelesaian, sebaliknya hanya menyediakan slide hasil penemuan dari pilot projek sebagaimana yang diminta walaupun kami telah pun menyediakan cadangan penyelesaian bersepadu khas untuk agensi berkenaan.

Apa yang telah disampaikan oleh pembentang sebelum lami telah menyebabkan kami berada disituasi zero. Pada pemikiran para peserta mesyurat, kami masih diperingkat awal dan belum menyediakan apa apa juga cadangan penyelesaian sebagaimana yang diucapkan oleh pengerusi mesyuarat:

“Tahun lepas kita bagaikan merisik dan kini bagai dah nak bertunang namun barang pertunangan masih belum ada. Baru nak tentukan tag dan pembaca yang sesuai.”

Kami memang terkejut dengan apa yang diucapkan oleh pengerusi mesyuarat. Saya yang berada di dalam mesyuarat turut tersentak. Ketika sesi soal jawap, saya amat berharap agar ada soalan soalan yang berkenaan dengan penyelesaian masalah menggunakan RFID yang mana di dalam bidang saya. Nampaknya, Tuhan memakbulkan doa saya apabila terdapat soalan yang perlu saya jawab.

Saya tidak cuba untuk mengubah padigma yang telah dianjakkan namun sekadar memaklumkan serta menegaskan bahawa kami mempunyai penyelesaian yang bersepadu, bukan setakat RFID namun keseluruhan proses hujung ke hujung. Saya mengambil contoh masalah dari lapangan yang melibatkan petugas operasi dan bagimana kami mencadangkan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Saya berharap, jawapan dan penerangan saya dapat menyelinap ke minda para peserta mesyuarat dan menyakinkan mereka. Dari raut wajah peserta memang menunjukkan yang mereka telah dapat diyakini.

Ini membuktikan bahawa sekiranya kita mengambil contoh masalah dari lapangan dan menerangkan secara ringkas dan padat penyelesaian masalah tersebut, walaupun tanpa bantuan dari slide powerpoint, kita mampu meyakinkan seseorang. Syaratnya kita sendiri perlu yakin dengan penyelesaian yang telah kita formulakan.

Tujuan sebenar kami bentangkan hasil kajian adalah untuk memperolehi kebenaran dan pelaburan dari agensi berkenaan untuk membangunkan bahagian terakhir penyelesaian bersepadu berkenaan. Kami telahpun melabur untuk projek ini dan kini kami mengharapkan sedikit pelaburan dari agensi tersebut. Ini kerana sistem berkenaan boleh digunapakai oleh agensi lain di bawah agensi tersebut.

Apa yang dimaklumkan kepada kami, memang terdapat peruntukkan namun ianya untuk Sistem Penyelesaian yang lengkap. Nampaknya kami perlu kembali ke meja bulat dan pihak pihak tertentu perlu bersidang lagi untuk memohon pelaburan tambahan sekiranya ingin melihat hasil kami selama hampir 2 tahun menjadi kenyataan.