Untuk siri kali ini, saya ingin memperkenalkan Google Sync untuk Blackberry (http://www.google.com/mobile/sync/). Bagi saya yang menggunakan kemudahan yang ada di dalam Google seperti Gmail untuk email dan buku alamat dan Google Calendar untuk pengurusan masa, aplikasi Google Sync untuk Blackberry memang amat berguna.
Bagi Google Gmail dan Buku Alamat, Blackberry Internet Service mempunyai fungsi telah menyeragamkan (sync) email yang dipadamkan dari telefon blackberry dan buku alamat di telefon Blackberry sementara Goolge Sync yang akan menyeragamkan Google Calendar.
Sekiranya anda menggunapakai penyeragaman yang terdapat di dalam BIS ( rujuk gambar di atas), pastikan anda tidak memilih untuk menyeragamkan buku alamat menggunakan Google Sync kerana ini akan mengakibatkan buku alamat anda mempunyai dua kemasukan alamat bagi satu individu (rujuk gambar di bawah).
Untuk maklumat lanjut sila ke http://google.com/support/mobile/bin/topic.py?hl=en&topic=14265