Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Kopi dan Senyuman

Mungkin ramai yang telah terlalu lama berkahwin dan terlalu sibuk menjadi pekerja atau ibu bapa sehingga terlupa bagaimana nak menyambut pasangan.  Ada yang disambut dengan pelbagai soalan, ada juga yang disambut dengan kesenyapan malah ada juga yang disambut dengan pinggan dan mangkuk.

Bagi seorang suami,  disambut dengan  senyuman dan secawan kopi sebenarnya amat melegakan dan menenangkan jiwa. Apa tah lagi kalau ianya diminum bersama sama dengan anak anak. Sambil melepaskan lelah penat bekerja dan dapat juga  melegakan tekanan kerja.

Jangan lupa senyum dan sediakan kopi kepada suami anda kerana mungkin satu hari nanti, suami yang dinantikan, jenazah suami yang menjelma. Dan diketika itu, berakhir tugas anda sebagai seorang isteri. Suami anda  tidak dapat melihat senyuman anda dan tidak dapat merasai kenikmatan kopi sediaan anda.  Jangan menyesal ketika itu.

Maka muhasabah diri berapa banyak amal bakti kepada suami anda. Adakah anda mengharapkan sesuatu dari suami anda? Nasihat saya, buatlah seikhlas hati kerana Allah swt. Kerana sesungguhnya suami anda tidak dapat membalas apa yang anda lakukan untuknya. Hanya Allah swt yang dapat membalasnya.

Selamat beramal soleh.