Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Mengejutkan Suami

Tidur yang cukup amat diperlukan oleh seorang suami. Apa tah lagi bagi suami yang sibuk dengan tugas di pejabat dan kemudian sibuk pula menjadi suami dan ayah di rumah. Pastinya saat yang paling mencabar untuk seorang isteri adalah untuk mengejutkan suami bangun dari tidur.

Perlu diingat, suami tidur adalah satu ibadah sekiranya niatnya kerana Allah swt. Kerehatan amat penting. Tidak mustahil kalau sekiranya seorang suami akan memarahi isteri tersayang hanya kerana mengejutkannya dari tidur. Kalau tak dikejutkan, lagi lah dia marah.  Sedikit tips untuk mengejutkan suami dari tidur :

Secara lembut:

1. Ketahui jadual waktu suami anda. Kalau sekiranya, jadualnya lapang maka berikan sedikit masa untuk suami anda berehat.  Sekiranya anda tahu yang suami anda akan menghadiri sebarang mesyuarat pagi itu,  maka anda perlu mengejutkan suami anda.

2. Sebelum tidur, tanya suami anda sekiranya beliau ingin dikejutkan untuk bersolat tahjud ke tidak.  Setkan jam lonceng.

3. Jangan menggunakan bahasa yang kasar dan bertempik atau menjerit. Ingat, rumah anda adalah syurga bagi suami. Bukan dorm atau kem tahanan.

4. Mulakan dengan sedikit ciuman di dahi ( dahi bukan mulut atau pipi)   dan bisikkan ucapan sayang serta selamat pagi pada telinga.  Kemudian biarkan selama 3 hingga 5 minit.  Hilangkan diri anda dalam masa tersebut.

5. Kembali semula ke katil dan ulang langkah 4,  bisikan pada suami kesayangan anda, waktu untuk bangun.  Jangan menjerit atau memekik. Ingatkan suami anda yang beliau perlu bangun awal.

5. Usap rambut dan dahi suami anda dengan penuh kasih sayang, kemudian  gerakkan ibu jari kaki suami anda.

6. Ajak anak anak bersama sama mengejutkan suami anda.

Secara kasar:

1. Simbah percikan dengan sedikit air di muka dan kemudian lari.

2. Pasangkan bacaan yasin atau kalau ada rakaman talkin lagi berkesan.

Apa yang dicadangkan adalah sekadar cadangan. Saya tidak bertanggungjawap sekiranya ianya tidak berkesan. Sebelum menggunapakai cara yang saya cadangkan, seeloknya berbincang dengan suami tersayang dahulu. Bersedia untuk menghadapi sebarang reaksi dari suami anda.

Selamat menjadi isteri kesayangan suami anda.