Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Susah Menjadi Isteri

Susah sangat ke nak menjadi isteri? Susah sangat ke nak jaga suami? Soalan ini seringkali bermain di dalam minda saya. Sering kali juga  saya mendengar keluhan seorang isteri. Begitu banyak yang perlu dilakukan untuk menjaga suami.

Antara tugas tidak rasmi  – Menjaga makan dan minum suami( menyediakan menu, membeli ramuan, memasak dan menghidang), Membasuh pakaian suami, membersihkan rumah (menyapu, mengelap, menghias, membersihkan dll)  dan senarainya berterusan.

Tugas rasmi – Melayang nafsu serakah suami, berhias diri, dan menjaga kesihatan dan kemantapan diri.

Kalau saya nak senaraikan, berhelai helai kertas A4 pun tidak mencukupi. Maka cukuplah apa yang saya senaraikan di atas.  Bagi isteri yang biasa biasa, semua itu merupakan beban yang memenatkan, meletihkan dan   sungguh tertekan dibuatnya. Tapi bagi seorang isteri yang solehah,  semua itu merupakan peluang untuk melakukan amal amal yang soleh.

Saya faham dalam keadaan kehidupan moden, di mana suami dan isteri bekerja, maka bertambah tanggungjawap dan tugasan seorang isteri. Setelah kepenatan di pejabat, sampai ke rumah, senarai tugasan di rumah bermula.

Sedikit tips untuk isteri yang rasa tertekan kerana kerja rumah yang terlalu banyak dan tidak pernah selesai.

1. Lantik Sub Kontraktor sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Ini akan memastikan urusan tidak rasmi di rumah dapat diselesaikan secara konsiten dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.

2. Pastikan kesihatan anda berada di dalam keadaan tip/top. Kalau perlu ambil makanan tambahan, vitamin, garam mineral, maka ambil cuma jangan melampaui batas. Majun, jamu dan seangkatannya juga amat digalakan. Selain itu berdoa agar dikurniakan kesihatan yang diberkati dan kewarasan akal fikiran.

3. Uruskan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Sekiranya anda perlu memasak, maka buat persediaan rapi. Ramuan dan keperluan memasak perlu dipastilkan mencukupi. Buat perancangan seminggu lebih awal. Dan buat sedikit demi sedikit persediaan tersebut.

4. “Bil air”  suami pastikan tidak tertunggak. Kesian pada suami anda.

Tips di atas hanyalah sebagai cabang sahaja. Yang paling penting ialah akarnya. Apa dia akarnya?
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Ayat 162 surah al-An’am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”.

Itulah asas kepada segala galanya. Isteri yang solehah akan menyandarkan segala perbuatan dan perlakuan adalah untuk Allah swt. Hidup dan matinya, solat dan ibadahnya adalah kerana Allah swt.  Maka setiap sesuatu yang dilakukan kepada suaminya adalah mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Allah swt.

Satu kisah yang sering dibicarakan di dalam buku  “Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW” (terjemahan dari buku “An-Nisaa’ Haula Ar-Rasuul”) yang disusun oleh Muhammad Ibrahim Salim. Disalin oleh: Hanies Ambarsari.”

Fatimah Az-Zahra’. Dia hidup dalam kesulitan, tetapi mulia dan terhormat. Dia telah menggiling gandum dengan alat penggiling hingg berbekas pada tangannya. Dia mengangkut air dengan qirbah hingga berbekas pada dadanya. Dan dia menyapu rumahnya hingg berdebu bajunya. Ali r.a. telah membantunya dengan melakukan pekerjaan di luar. Dia ber- kata kepada ibunya, Fatimah binti Asad bin Hasyim :”Bantulah pekerjaan puteri Rasulullah SAW di luar dan mengambil air, sedangkan dia akan men- cupimu bekerja di dalam rumah :yaitu membuat adonan tepung, membuat roti dan menggiling gandum.”

Tatkala suaminya, Ali, mengetahui banyak hamba sahaya telah datang kepada Nabi SAW, Ali berkata kepada Fatimah, “Alangkah baiknya bila engkau pergi kepada ayahmu dan meminta pelayan darinya.” Kemudian Fatimah datang kepada Nabi SAW. Maka beliau bertanya kepadanya :”Apa sebabnya engkau datang, wahai anakku ?” Fatimah menjawab :”Aku datang untuk memberi salam kepadamu.” Fatimah merasa malu untuk meminta kepadanya, lalu pulang. Keesokan harinya, Nabi SAW datang kepadanya, lalu bertanya :

“Apakah keperluanmu ?” Fatimah diam.

Ali r.a. lalu berkata :”Aku akan menceritakannya kepada Anda, wahai Rasululllah. Fatimah menggiling gandum dengan alat penggiling hingga melecetkan tangannya dan mengangkut qirbah berisi air hingga berbekas di dadanya. Ketika hamba sahaya datang kepada Anda, aku menyuruhnya agar menemui dan meminta pelayan dari Anda, yang bisa membantunya guna meringankan bebannya.”

Kemudian Nabi SAW bersabda :”Demi Allah, aku tidak akan memberikan pelayan kepada kamu berdua, sementara aku biarkan perut penghuni Shuffah merasakan kelaparan. Aku tidak punya uang untuk nafkah mereka, tetapi aku jual hamba sahaya itu dan uangnya aku gunakan untuk nafkah mereka.”

Maka kedua orang itu pulang. Kemudian Nabi SAW datang kepada mereka ketika keduanya telah memasuki selimutnya. Apabila keduanya menutupi kepala, tampak kaki-kaki mereka, dan apabila menuti kaki, tampak kepala-kepala mereka. Kemudian mereka berdiri. Nabi SAW bersabda :”Tetaplah di tempat tidur kalian. Maukah kuberitahukan kepada kalian yang lebih baik daripada apa yang kalian minta dariku ?” Keduanya menjawab :”Iya.” Nabi SAW bersabda: “Kata-kata yang diajarkan Jibril kepadaku, yaitu hendaklah kalian mengucapkan : Subhanallah setiap selesai shalat 10 kali, Alhamdulillaah 10 kali dan Allahu Akbar 10 kali. Apabila kalian hendak tidur, ucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan takbir (Allahu akbar) 33 kali.”

Walaupun suami anda tidak seperti Ali, namun suami anda tetap layak menerima layanan yang sama seperti yang diterima oleh Ali r.a. dari Fatimah.