Belaian Kasih Sayang.
Bahan bahannya:
- Sebotol Minyak Aroma theraphy( Kalau boleh jenis “sensual” ).
- Sehelai kain batik untuk isteri dan kain pelikat untuk suami
- Masa yang panjang
- Lokasi yang sunyi ( Dalam bilik tidur, bilik hotel, resort )
- Kerehatan badan dan minda
- Pastikan anak anak tiada mengganggu ( Hantar rumah mak / mak mertua, nursery, jiran )
Kaedah:
- Suami perlu memakai kain pelikat sementara isteri memakai kain batik.
- Isteri meniarap, sementara suami menuang sedikit minyak aroma therapy pada telapak tangan dan gosok dengan kedua dua tangan.
- Tangan yang berminyak diusap pada bahu isteri.
- Teruskan mengusap minyak tersebut dari bahu hingga ke hujung kaki.
- Tambah minyak sekiranya minyak therapy tidak mencukupi.
- Kemudian, terlentangkan isteri dan usap minyak yang lebih pada anggota badan di bahagian depan. Bermula dari leher hingga ke hujung kaki.
- Selesai, berehat seketika dan mandi bersama.
- Jangan lupa diselang seli dengan bergurau senda.
Kalau sekiranya para suami tidak mampu nak melakukan aktiviti belaian untuk isteri, sediakan sedikit duit dan hantarlah isteri anda ke SPA yang berhampiran.