About

BIODATA

Mohamad Siss M Jamil,  lahir pada 31 Mei Tahun 1976 di Gombak, Selangor merupakan cahaya mata hasil dari perkahwinan  M Jamil Bin Sahan dan Patimah Mukibat. Anak yang sulong dari 4 orang adik beradik ini dididik dengan penuh displin, kasih sayang dan dengan nilai nilai islam. Membesar dan bermain di kawasan pinggir bandaraya Kuala Lumpur memberikan kelebihan kepada beliau untuk mengenali erti hidup susah di kota raya dan hanya dengan ilmu pengetahuan, sifat sifat yang positif, usaha dan doa yang berterusan serta tawakal pada Yang Maha Esa akan mengeluarkan diri dari kemiskinan. Berpegang kepada pesanan dari ayahandanya, “Jangan tinggal solat dan  bersabar dengan apa yang berlaku”, beliau meneruskan kehidupan ini dengan matlamat menjadi seorang insan yang berilmu, beriman dan beramal soleh serta bertakwa kepada Allah swt.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Selayang, seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat menengah rendah di Sekolah menengah Taman Selayang sebelum memasuki Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Menengah Sains Muar. Beliau menyambung pelajaran di Pusat Persediaan Pendidikan, American Degree Program (ADP), Institut Teknologi MARA dalam bidang Sains Komputer dan English As Second Language Program (ESL)

Pengalaman bekerja selama 16 tahun di sektor swasta. Memulakan kerjaya dengan InterCity MPC Sdn Bhd sebagai Eksekutif. Berkhidmat dengan InfoCentre Corp. Sdn Bhd sebagai Eksekutif Sokongan Aplikasi dan di VADS Sdn Bhd (Anak Syarikat Telekom Malaysia) sebagai Jurutera Aplikasi. Diberi tanggungjawab oleh Software Alliance (Malaysia) Sdn Bhd (Anak Syarikat Heitech Padu Berhad) sebagai Jurutera Perisian Komputer sebelum dipindahkan ke Heitech Padu Berhad sebagai Eksekutif Kanan. Berperanan sebagai pereka pangkalan data, pentadbir sistem pangkalan data dan juru analisa sistem serta ketua kumpulan dalam integrasi di antara sistem projek Sistem POWER (Pensions Online Workflow EnviRonment); satu sistem maklumat pencen bersepadu yang telah dihasilkan dari Projek Memodenkan Sistem Pentadbiran Pencen untuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Beliau juga terlibat dalam satu lagi projek kerajaan Malaysia, Projek MIDA sebagai juruperunding teknikal. Selama 2 tahun beliau bertugas di Unit  Penyelidikan dan Pembangunan  dan terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembanguan perisain, sistem dan penyelesaian. Pernah bertugas dengan Unit Pengurusan Produk di bawah anak syarikat HeiTech Padu Berhad iaitu HeiTech e*Business Solution dan bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan produk ICT selama beberapa tahun sebelum dipindahkan ke Projek JPJ Revamp. Saya telah dipertanggungjawabkan mengetuai team untuk modul Time Attendance dan Online Exam. Lebih kurang 3 tahun di dalam projek tersebut, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke syarikat lain. Saya menerima tawaran dari ProtechSyngergy Sdn Bhd dan ditugaskan untuk berkhidmat di dalam projek e-Tanah untuk PTGWPKL. Pada mulanya saya ditawarkan sebagai Business Analyst sebelum diserap di dalam kumpulan pengurusan.

Telah pun berumahtangga dengan Puan Zakiah Zakaria pada tahun 2001 dan hingga tahun 2006 masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Puan Zakiah atau pangilan manja beliau, aisyah, berasal dari Parit Buntar, Perak. Ketika ini sedang bertugas di Bahagian Sumber Manusia, salah sebuah agensi kerajaan sebagai Pegawai Sumber Maklumat. Sering bertugas di luar kawasan. Puan Zakiah aktif menulis di dalam blognya ( http://ummiadam.teratakrindu.net )

Tahun 2007, setelah gagal dalam usaha untuk mendapatkan zuriat melalui kaedah IVF di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), mereka telah ditawarkan untuk mengambil anak angkat yang dilahirkan dengan masalah saluran pernafasan dan saluran makan yang tidak bercantum. Atas rasa tanggungjawab dan belas ihsan, mereka mengambil inisiatif untuk menerima tawaran tersebut. Segala perjalanan suka duka kehidupan, dicoret di dalam blog Adam Harith ( http://adamharith.teratakrindu.net ). Tahun 2015, kami telah mengambil seorang lagi anak angkat perempuan yang bernama Soffiya Latifa ( http://soffiyalatifa.teratakrindu.net )

Selain itu, beliau terlibat secara langsung dengan Alumni SAMURA  (http://www.alumnisamura.com) dan merupakan ahli jawatankuasa penaja Alumni SAMURA pada tahun 2003, EXCO Pembangunan Sukan dan Program Rekreasi Alumni SAMURA 2004 dan Penceramah Jemputan pada tahun 2006. Antara Program yang pernah dianjurkan di Sekolah Menengah Sains Muar ialah Program Motivasi Aspirasi 2003, Aspirasi 2004, Aspirasi 2006 dan Program Panduan Kewangan Pelajar 2006.

Dalam arena cyber, beliau merupakan sukarelawan komuniti maya yang aktif. Pernah diberikan kepercayaan untuk menjadi moderator dan setiausaha di laman Forum Al-Fikrah . Net (http://www.al-fikrah.net). Terkini, saya terlibat dengan Halaman Forum Halaqah.net (http://www.halaqah.net).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.