Cabaran di pagi ramadhan ..

Hari ini hari ke 3 puasa. Pagi tadi, aku bersahur roti cicah dengan kurma ayam serta salad. Walaupun isteriku tidak sempat untuk bertahjud, namun pahala serta ganjaran seorang isteri yang menyediakan makanan untuk suaminya tentunya juga besar, Insya Allah.  Walaupun hanya roti dan kurma ayam,  rasanya begitu sedap sekali. Apatah lagi ketika sama sama menikmatinya dengan isteri tersayang.  Adam,  telah dikejutkan namun,  katanya tak larat. Semoga Allah swt mengurniakan ganjaran yang setimpal dengan pengorbananmu sayangku. 

Selesai bersahur,  aku bergegas ke masjid.  Subahanallah,  biasanya hanya 2 saf sahaja tapi kerana bulan ramadhan,  jadi 5 saf.  Mungkin ramai yang lepas sahur terus ke masjid. Cabaran bagi aku ialah, bagaimana hendak mendapatkan saf yang paling depan.  Tapi sebelum itu, perlu  mendapatkan tempat meletak kereta yang paling dekat dengan pintu masjid. Masya Allah,  begitu mencabar. Kawasan tempat letak kereta penuh. Terpaksa meletakkan kereta ditepi bahu jalan.  Yang penting tidak menghalang tetamu Allah swt yang lain.  

Bulan bulan biasa,  tidak sukar mendapat tempat letak kereta. Bergerak dari rumah sewaktu azan subuh dilaungkan,  masih boleh dapat tempat letak kereta dekat dengan pintu masjid tapi kini tidak lagi.  Selesai masalah tempat letak kereta,  terpaksa berebut pula untuk mendapatkan saf yang pertama.

Di saat kaki melangkah masuk ke masjid, saf pertama dan ke 2 telah hampir penuh. Saat sampai ke saf ke tiga,  baru nak angkat takbir untuk bersolat sunat,  bilal dah pun qamat.  Allahu Akbar. Tak sempat nak bersolat tahiyatul masjid. Oleh kerana meletak kereta agak terlalu jauh, maka tidak sempat bersolat sunat. 

Kebiasaannya selesai solat subuh, ada majlis bacaan Al Quran satu muka, tapi semenjak bulan ramadhan, digantikan dengan majlis tadarus.  Oleh kerana aku kena sebelum pukul 7 malam, maka kena hantar adam awal ke sekolah tadikanya,  kena sampai pejabat sebelum pukul 8.00 pagi untuk pulang pukul 5.00 petang, maka aku tidak dapat menyertai mereka.  Lepas imam baca doa selesai solat, dah pukul 6.30 pagi.  Bergegas ke kereta lantas pulang ke rumah.  Sampai rumah sekitar 6.45 pagi. Siapkan keperluan adam dan melayan karenahnya, pukul  7.45 pagi baru keluar rumah dan akhirnya sampai pejabat sekitar pukul 8.45 pagi. 

Itulah cabaran yang aku hadapii/ akan terus menghadapinya sepanjang minggu pertama bulan ramadhan.  Berebut tempat letak kereta di luar masjid dan berebut saf pertama di dalam masjid dan berdasarkan pengalaman,  hanya seminggu  sahaja. Maka sabarlah diriku…..  seminggu sahaja … lepas tu .. masjid akan banyak tempat letak kereta dan saf pertama pasti ada ruang kosong untuk diri ku  …  Bukan kerana jumlah tempat letak kereta yang bertambah atau masjid semakin besar  tetapi  semakin kurang jemaahnya  …. 

 

Kurma, bubur lambok, kuih dan air teh….

Itulah menu berbuka puasaku. Amat berbeza dari tahun tahun yang sudah. Dengan penuh rasa rendah diri dan rasa syukur kepada Allah swt di atas nikmat yang Allah swt kurniakan kepada ku dan ahli keluargaku.

Terima kasih kepada isteri dan Adam harith yang sanggup bersusah payah bersamaku dalam melalui madrasah ramadhan. Makanlah sayangku dengan makanan yang dihantar oleh Allah swt dengan rasa syukur dan berterima kasih. Makanan yang jelas halal lagi baik….

Selamat berpuasa dan berbuka.

Salam Ramadhan

Rasanya tidak terlalu lewat mengucapkan salam ramadhan. Hari ini hari ke dua puasa.  Dan malam tadi, aku di uji dengan ujian yang paling hebat rasanya.  Keadaan kepalaku semakin sakit. Begitu juga dengan rahangku. Urat ku juga terasa tegang. 

Malam tadi, kami sekeluarga berbuka di masjid Al Mukarahmah.  Memang telah diputuskan dalam mesyuarat antara aku dengan zaujahku untuk berbuka puasa di masjid. Agar mudah untuk bersolat dan seterusnya berterawikh.  Pada malam pertama semuanya berjalan dengan baik. Adam sesekali sahaja masuk ke ruang solat. Tapi tadi malam aku benar benar rasa tercabar. Berulangkali aku nasihatkan dan pesankan, jangan lalu dihadapan orang bersolat. Lalu dibelakang orang bersolat. Jangan bermain dan berlari di saat orang bersolat..

Setelah selesai solat isyak, di saat orang sedang solat sunat, adam berlari ke arahku sambil melalui di hadapan orang yang bersolat. Hatiku begitu marah sekali. Sebelum itu, di saat orang bersolat isyak, adam berlari lari sambil melompat lompat di atas besi laluan orang cacat menghasilakn bunyi bising.  Lantas aku dukong adam dan bawa ke luar dari masjid. Dengan perasaan marah,  aku cuba memukul kaki dan cuba menampar muka adam harith. Syukur Alhamdulillah,  tanganku tidak sampai menyentuh kaki dan  muka adam. Tak sampai hati untuk aku memukul anak kecil ini.  Adam meraung, menangis.  Aku campakkan di dalam kereta, lantas aku biarkan adam bersendirian di dalam kereta seketika. Kedengaran adam menangis begitu kuat.

Semakin masa berlalu, suara adam semakin perlahan. Ku buka pintu kereta dan mula berbicara dengan adam. Tapi mungkin kemarahanku yang masih belum reda, aku terus menengking adam. Mengingatkan kembali apa yang telah dilakukannya.

Akhirnya aku pulang ke rumah bersama adam. Zaujahku  tinggalkan saja di masjid. Sampai ke rumah, aku sms zaujahku,  memaklumkan bahawa beliau perlu jalan kaki untuk pulang ke rumah. Sementara itu,  aku buatkan susu untuk adam dan mengarahkan adam untuk tidur.  Lampu ku matikan.  Dan kami berdua di atas katil  di saat orang lain sedang bersolat terawikh. 

Aku terjaga lebih kurang pukul 10 lebih.  Apabila zaujahku pulang dari masjid. Rupanya adam masih belum tidur. Menyirap lagi darahku. Lantas aku menjerit, “Pergi masuk dalam bilik adam dan tidur.  “  ..  Aku kembali tidur. 

Entah pukul berapa, tiba tiba, kaki ku terasa begitu kejang.  Begitu sakit sekali  ..  Terpaksa meminta zaujahku membantu. Menyapukan minyak pada kakiku. Alhamdulillah,  kaki semakin pulih. 

Paginya, aku tidak mampu untuk bersolat berdiri.  Aku tunaikan solat sunat terawikh , diikutinya tahjud dan ku tutp dengan witir sambil berdoa agar diberikan keberkatan dan keampunan.  Selesai bersolat,  aku kejutkan zaujahku.  Jam sudah pukul 4.30 pagi.  Aku terus ke bilik adam. Takut kalau aku telah lakukan kezaliman fizikal terhadap adam. Alhamdulillah,  tiada yang lebam.  Aku usap rambutnya sambil berdoa. Berdoa agar adam harith menjadi anak yang soleh. Yang taat kepada ayah dan ibu. Menjadi jutawan yang kaya, yang berilmu, beriman dan beramal soleh serta yang bertakwa. 

Pagi tadi,  Alhamdulillah,  mudah adam bangun, mandi pagi dan bersiap ke sekolah. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan ke tadika adam, aku beristigfar banyak banyak. sambil mengucap syukur kepada Allah swt. 

Aku bertanya adam, “malam nie nak ke masjid lagi ke?” , 

Adam kata, “Nak..”

Aku bertanya lagi, “Nak lari lari ?”

Adam menjawap, “Tak nak  ..  Adam nak duduk sebelah ayah saja…. “

Mungkinkah petang nanti aku akan membawa adam ke masjid lagi  ? …

Lagu Rasmi Imam Muda –

Owh ho..Owh ho…2x
Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Download - 

Tarbiyah Dari Allah swt,

Terasa benar hati ini.  Sabtu lepas, 

Sewaktu kuliah Subuh, topik yang dibahaskan ialah tentang dunia ini adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang orang yang kafir. Kematian merupakan transit untuk ke akhirat.

Sewaktu kuliah Maghrib,  topik yang dibahaskan ialah tentang solat. 

Lepas Isyak, sekujur tubuh, dibaluti dengan kain kapan berwarna putih, terbujur di hadapan iman untuk disolatkan  … 

Akhirnya …

Entah berapa lama isteri kesayanganku mengadu kesakitan di bahagian belakang. Minggu lepas, aku terbaca satu artikel dari  Iluvislam berkenaan dengan Rawatan  PROLOTHERAPY. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang ku perolehi dari  http://www.prolotherapy.org/  maka aku pun memanjangkan maklumat tersebut kepada isteriku. Nama klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut ialah:

ProloTherapy Clinic
Special Service of Klinik dan Surgeri
Pelangi Square Damansara
Block B, No 21, Ground Floor, Jalan PJU 6,
Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 03-77271360
faks: 03-77271364

Komen saya: 

Setelah selesai mendapatkan rawatan diklinik tersebut,  isteri saya memaklumkan kepada saya yang beliau tidak merasa sakit dibahagian yang biasa tetapi  kesakitan dirasai dibahagian lain. Namun,  kesakitan ini  berskala kecil berbanding dengan kesakitan sebelum ini.

Kos rawatan:  Sila bertanya dengan doktor anda …  hehehe  ..

 

Maklumat lanjut tentang Prolotherapy

Prolotherapy

RAWATAN PEMULIHAN SAKIT SENDI /ARTHRITIS TANPA MEMAKAN UBAT PENAHAN SAKIT

Adalah sejenis rawatan untuk masalah sakit sendi yang akut dan kronik. Rawatan ini amat berbeza dengan rawatan biasa yang hanya mampu memberikan ubat penahan sakit atau pun suntikan penahan sakit atau steroid.

Rawatan ini mampu merawat kebanyakan masalah sakit sendi dan memberikan kesan baik pulih yang kekal malah sendi menjadi 40% lebeh kuat dan stabil .

Prolotherapy adalah sebahagian daripada ilmu kepakaran Perubatan Orthopaedic tetapi di Malaysia tidak ramai doktor yang mengetahuinya. Di Amerika Syarikat rawatan Prolotherapy ini amat popular dan terdapat kira-kira 3000 doktor mengamalkannya.

APAKAH PROLOTHERAPY?

Prolotherapy adalah hasil kombinasi daripada perkataan ‘Prolo’ dan ‘Therapy’. ‘Therapy’ bermakna rawatan, manakala ‘Prolo’ berasal daripada perkataan “Proliferation” yang bermakna proliferasi (pertumbuhan) sel-sel untuk membentuk tisu–tisu ligamen yang baru. Manusia mempunyai kaedah semula jadi untuk proses membaik pulih sebarang kecederaan iaitu dipangggil “inflammatory process” – proses inflammasi.

Konsep rawatan prolotherapy adalah dengan memulakan proses inflammasi setempat melaluai teknik suntikan di kawasan yang mengalami kesakitan akibat dari pada ligamen yang lemah , kendur ataupun tercedera. Suntikan yang di berikan adalah mengandungi ‘hypertonic solution’ yang merupakan ‘diagnostic’ dan ‘therapeutic’. Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan ke dua puloh atau tiga puloh suntikan untuk sekali rawatan, ini tergantung kepada penyakit seseorang.

LIGAMEN.

Struktur ini biasanya dilupakan oleh doktor-doktor kita. Ligamen adalah bahan yang menghubungkan ataupun pengikat antara tulang-tulang kita. Kestabilan dan kekuatan sendi-sendi kita bergantung kepada ligamen ini. Ligamen berwarna putih dan agak liat, ia tidak elastik serta ia tidak mempunyai bekalan darah yang terus dan ligamen hanya mendapat bekalan makanan, oksigen dan lain-lain keperluan melalui “sequestration” (perahan) hasil daripada pergerakan sendi . Kebanyakan sendi-sendi yang sakit adalah disebabkan masalah kekendoran ligamen. Apabila berlaku kecederaan kepada ligamen , ia sukar untuk pulih 100% kerana biasanya doktor akan merehatkan sendi terlibat dan pastinya memberikan ubat penahan sakit (NSAID) . Kedua-dua cara ini akan menyebabkan proses baik pulih (inflammatory process) terencat dan ligamen akan berlaku kekenduran. Ligamen yang kendur ini akan menyebabkan sendi tidak stabil dan pesakit mengalami kesakitan yang berlarutan dan akhirnya menyebabkan “secondary osteoarthritis”.

Rawatan Prolotherapy ini mampu merangsangkan semula proses inflamasi di ligamen yang kendur dan dalam masa 6 minggu ligamen tersebut akan menjadi 40% lebih tebal dan regang semula untuk mengikat tulang-tulang dengan kuat. Kesakitan yang kronik itu akan terus hilang.

BOLEHKAH PROLOTHERAPY MEMBANTU ANDA?

Rawatan suntikan prolotherapy didapati berkesan untuk penyakit yang berikut:
Arthritis
Back Pain
Barre-Lieou Syndrome
Capal Turnal Syndrome
Cluster headache
Deep aching
Degenerative Arthritis
Degenerative Disc disease
Neck pain
Fibromyalgia
Kecederaan sukan
Whiplash injury
Partially torn tendons, ligament and cartilage
Herniated discs
TMJ
Sciatica

PROLOTHERAPY ADALAH SATU-SATUNYA CARA MEMBAIK PULIH SENDI-SENDI ANDA YANG SAKIT TANPA MEMAKAN SEBARANG UBAT PENAHAN SAKIT.

Pantangnya apabila mengambil rawatan prolotherapy adalah jangan ambil ubat-ubat penahan sakit atau sebarang steroid.

Maklumat tambahan – disalin daripada pamplet

Anda perlu membuat temujanji melalui telefon sebelum datang ke klinik.
Sebaik-baiknya jangan ambil sebarang ubat penahan sakit atau suntikan steroid 3 hari sebelum datang ke klinik.
Doktor akan terlebih dahulu memeriksa dan menentukan berapa suntikan yang diperlukan.
Rawatan untuk seorang pesakit mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 1 jam.
Sila datang awal supaya temujanji dapat dipenuhi.
Selepas 2/3 hari rawatan, kesakitan menjadi lebih kuat lagi. Demam panas adalah reaksi biasa dan kesakitan akan berkurangan setelah seminggu.

Laptop/Komputer sama seperti kereta?

Salam

Tentu ada yang tidak bersetuju sekiranya saya katakan bahawa laptop / komputer anda adalah sama seperti kereta. Mana nak samanya, kereta guna minyak untuk bergerak namun laptop / komputer menggunakan elektrik. Well, tak lama lagi kereta juga akan menggunakan elektrik untuk bergerak .. tapi bukan itu yang nak saya perkatakan.

Apa yang saya maksudkan sebagai sama ialah "preventive maintenance plan". Kalau kereta kita hantar ke service center untuk di "service" maka komputer anda juga perlu di "service".

Anda boleh rujuk artikel di Microsoft at Home untuk mengetahui bagaimana nak membuat sendiri "preventive maintenance plan".

Tanda tanda komputer / laptop perlu di"service" :

1. Anda terasakan komputer anda terlalu slow pada hal memory anda 4GB atau lebih. Processor anda pula lebih dari 2 GHz tapi rasa slow macam "turtle".
2. Laptop / Komputer selalu "hang". Mouse tak bergerak, keyboard juga tidak berfungsi sementara. Lepas tu ok balik ..
3. Hardisk anda mengeluarkan bunyi yang terlalu "bising" macam besi bergesel hehheeh ..

Itu hanya sebahagian dari tanda tanda .. (Yang no 3 tu paling bahaya sebab tanda hardisk dah nak kong)

Ada beberapa tools tambahan yang boleh digunakan untuk komputer anda. Saya menggunakan

1. Disk Defrag – untuk "menyusun" semula hard disk
2. Registry Cleaner dan Registry Defrag untuk Registry

Produk tersebut boleh diperolehi dari http://www.auslogics.com . Untuk Disk Defrag dan Registry cleaner tu free tapi untuk registry defrag kena beli ..

Biasanya setiap computer dari Dell, HP, Sony dan Acer ada program tersendiri untuk tujuan penyelengaraan. Kena buka manual balik untuk menyemak semula.

Wasalam

Selamat Menyambut Ulangtahun perkahwinan yang ke 10.

Sepuluh tahun telah berlalu. Pejam celik, pejam celik dah sepuluh tahun aku bergelar seorang suami. Cepat sungguh rasanya masa berlalu.

Pertama sekali, Syukur Alhamdulillah, aku masih lagi tidak menerima sebarang surat dari Jabatan Agama Islam untuk dipanggil berkaunseling. Bererti, isteriku masih lagi redha dengan keadaan suaminya ini dan masih lagi boleh bersabar dengan karenah suaminya. Pastinya sekiranya isteri kesayanganku telah tidak dapat bersabar dan bertahan dengan karenahku maka ingin ku ingatkan bahawa pintu pejabat agama islam atau pejabat mufti atau pejabat khadi sentiasa terbuka kecuali cuti umum. Maka adulah kepada mereka.

Atas dasar itu, maka aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada isteri kesayanganku. Tanpa seorang isteri masakan aku bergelar seorang suami. Dalam coretan kali ini, ku tujukan khas buat isteri kesayanganku. Ribuan malah jutaan terima kasih ku tujukan isteri kesayangku.

Wahai isteri kesayanganku, seperti yang ku janjikan sebelum kita bernikah dahulu. Hidup dengan diriku memang susah. Tapi sebagaimana yang kujelaskan, walaupun susah mana pun kehidupan kita, akan ku usahakan agar kita tidak sampai kebuluran, akan ku usahakan agar kita tidak sampai merempat tidak mempunyai rumah dan akan ku usahakan agar kita tidak sampai meminta dan mengemis dari orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih lagi mengingati janji ku dan aku tetap terus berusaha agar dapat ku tunaikan janji –janjiku. Aku tidak perlu lupa untuk sandarkan segala galanya pada Allah swt kerana hanya Allah swt pembantuku. Sesungguhnya aku tidak mampu menunaikan janji janjiku tanpa keizinan dari Allah swt.

Maafkan diriku kerana tidak menyediakan pembantu rumah untuk membantumu mengurus rumahtangga.

Maafkan aku kerana tidak dapat menyediakan kereta besar beserta dengan pemandu untuk membawa dirimu ke mana mana sahaja.

Maafkan aku kerana tidak apa menyediakan rumah yang besar berisi dengan perabot yang indah dan mahal ..

Maafkan aku kerana aku memilih untuk hidup “zuhud” dirimu terpaksa bersusah payah hidup bersamaku.

Yang ada hanyalah diriku, membantumu dalam urusan rumahtangga kita.

Yang ada hanyalah diriku, yang menjadi pemandumu sekiranya diperlukan dan sebuah kereta kecil untuk memudahkan dirmu bergerak.

Yang ada hanyalah rumah yang kecil, yang ku sewa, yang hanya ada keperluan untuk kita hidupa bersama.

Yang cuba ku usahakan hanyalah untuk kebahagiaan mu di akhirat.

Aku ingin melihat dirimu di depan Allah swt, timbangan amal amal solehmu berat. Segala kepenatan mu mengemas rumah, memasak makanan untuk ku, menjaga rumah tangga, kesabaran mu melayan karenah suami, sedekah jariah kepada suami mu ini di balas oleh Allah swt di akhirat kelak. Agar segala urusanmu dengan diriku selesai dan dimudahkan dirimu memasuki syurga Allah swt.

Atas dasar itu, maka ku rancangkan rancangan 5 tahun, dengan tema, menggunakan segala yang Allah swt anugerahkan kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Kita dah semakin tua dan sayang sekali kalau sekiranya kita tidak isikan perkahwinan kita ini dengan amal amal yang soleh. Kita sama sama beribadah, sama sama bersyukur dengan nikmat yang Allah swt kurniakan dan menggunakan nikmat tersebut untuk mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Insya Allah.

Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 10. Tiada lagi bunga dan cokelat yang dihantar ke pejabatmu namun hanya doa dari suami mu dengan penuh keikhlasan agar kau menjadi isteri yang solehah.

Khas buat isteri kesayanganku ..

 

Amin ..

Merebut Cinta Allah swt.

Merebut Cinta Allah swt.

“Daripada Abbu Muslim al-khaulani daripada Mu’az bin Jabal r.a, ia berkata” “Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: ‘Orang yang bercinta kerana Allah swt berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.'”

Abu Muslim menyambung: Kemudian aku keluar hingga bertemu dengan Ubadah bi al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mua’az bin Jabal, maka ia menyatakan:

‘Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripda Tuhannya yang berfirman:

‘Cinta – Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku.” “Orang yang bercinta kerana Allah swt berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya ” – (Riwayat Ahmad)

Nak dapatkan cinta Allah swt, kena bercinta dengan manusia kerana Allah swt dahulu. Sedih bila ada manusia yang mencari cinta Allah swt dengan meninggalkan cinta kepada manusia.