Ahhh sangkut lagi perjalananku …

Pagi tadi aku berjumpa dengan HR manager.  Aku ceritakan masalah yang aku hadapi dalam menggerakan Innovation Management. Tak tahan aku rasakan.  Masalah komunikasi antara aku dengan boss aku memang agak kronik. Dalam masa 6 bulan aku bekerja di bawah dia,  hanya 2 balasan email aku perolehi dari beliau. Dan setiap kali aku sms kepada beliau,  jawapan yang sama aku terima,  “who is this?”  No telefon aku pun tak pernah tersimpan di dalam  contact list  dia.

Dah banyak proposal yang aku utarakan,  semua dia tolak tanpa sebarang alasan yang konkrik.  Dah tak ada jalan lain untuk aku bergerak.  Bermula 1 Mei 2011  hingga 31 Disember 2011,  semua yang aku buat,  langsung tidak ada nilai padanya.  Aku buat semuanya sendiri tanpa sebarang kos tambahan.  Tiada claim yang aku buat tapi,  cara dia layan  aku macam aku nie kasta rendah.

  • Proposal aku untuk mengadakan  brainstorming  produk baru – ditolak
  • Proposal aku untuk menyediakan token kepada sesiapa yang  menghantar idea baru – ditolak
  • Proposal aku untuk mengadakan  sesi perbincangan “idea seeding” dengan vendor – ditolak
  • Proposal aku untuk mengadakan  sesi “breakfast with innovation management” – ditolak

So dalam perbincangan tadi, ada pelbagai kemungkinan yang bakal aku hadapi.

  1. Aku akan dipindahkan ke projek  JPJ
  2. Aku  akan dipindahkan ke unit Internal Audit, well at least itu yang aku minta.
  3. Mungkin aku tetap kena duduk dalam Innovation Management ini.

Apa pun,  aku serahkan kepada Allah swt.  Aku mempunyai Allah swt.  Dia tempat aku mengadu dan  meminta  pertolongan.  Yang dapat aku lakukan adalah bersabar dan terus bersabar.  Dia tahu apa yang terbaik buat aku dan ahli keluargaku.  Segala yang aku lakukan adalah kerana Dia.  Dia yang mencipta langit dan bumi dan segala di antara keduanya  ….

Pah O Pah Siri 1: Senangnya menjadi seorang isteri

Cuti sekolah, sinonim dengan musim orang bernikah. Baik yang bujang mahu pun yang telah /pernah berkahwin menikah lagi. Apa pun sana sini jemputan perkahwinan. Rasanya, kalau ditanya kepada anak anak dara/janda, muda/tua semuanya nak berumahtangga ke tidak, majoriti akan menyatakan yang mereka nak menjadi seorang isteri/kembali menjadi isteri . Dan sekiranya kita susulkan dengan persolan, isteri bagaimana yang anda hendak jadi pastinya pelbagai jawapan yang akan kita terima ialah menjadi  Isteri yang solehah. Mungkinkah ada wanita yang tidak mahu menjadi isteri yang solehah? 

Kembali kepada persoalan utama, senang ke nak jadi isteri yang solehah? 

Ada orang tua kata kalau nak jadi isteri solehah, kena jaga suami. Ada 3 perkara yang perlu dijaga:

1. Perut dia -  perlu disumbat dengan makanan yang berkhasiat.

2. Bilik tidur dia – kena pastikan sentiasa bersedia untuk aksi aksi romantik (18SX) 

3. Tandas dia – Bersih dan kemas.

Ada juga yang menggariskan berbelas belas tips mahupun berpuluh tips untuk menjadi isteri solehah. Itu orang tua tua kata. Agaknya apa kata Nabi Muhamad saw?  Sebenarnya dalam Islam, amat senang untuk menjadi isteri solehah.  Jom kita semak Hadis Nabi Muhammad saw. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”  Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah

Macam mana hendak mendapat redha suami?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.” – Riwayat Ibnu Majah

Jadi pah,  nak jadi isteri solehah memang senang.” Taati, Gembirakan, Memenuhi Sumpah dan  Menjaga suami… 

Ayah, Adam nak adik…

Permintaan dari Adam yang rasanya tidak mampu untuk diri ini menunaikannya. Sayu hati ini apabila Adam memanggil “adik Adam”.

Kalau ikut hati, esok juga aku carikan adik untuk Adam tapi dengan kedudukan kewangan yang tidak stabil amat merisaukan. Bukan tidak yakin rezeki Allah yang bagi tapi sekadar risau. Kerana aku seorang insan.

Keadaan isteriku nampak semakin pulih namun mampu ke nak melayan karenah Adam dan bayi kecil?

Aku sendiri bagaimana? Mengurangkan lagi kemampuan aku berbelanja? Mengorbankan lagi perasaanku?

Terus terang aku katakan, sukar bagiku untuk memisahkan anak kecil dari ibu kandungnya. Rasa bersalah. Kenapa tidak diambil sahaja ibu dan anak? Fikiranku seringkali diterjah dengar soalan tersebut.

Hanya Allah swt yang tahu apa yang bermain dimindaku…

Ya Allah, berikanlah yang terbaik dalam hidupku dan permudahkanlah….. amin.

Masa untuk siapa?

Miinggu ini, sepatutnya saya menyertai satu seminar namun terpaksa dibatalkan hanya kerana seorang anak. Semalam, adam bermain dengan sepupunya. Seharian bermain sehinggakan tidak sempat untuk tidur. Malam tadi, pukul 10 lebih baru tidur dan pagi ini, sehingga pukul 11 pagi, adam masih lagi lena tidur. Tidak sampai hati untuk mengejutkan beliau. Maka terbatallah hasrat hati ayah untuk menyertai seminar. Pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai seorang ayah.

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Massage Oil

Beberapa hari sebelum raya, saya diberikan kelapangan untuk bersiar siar di Alamanda Putrajaya. Kebetulan saya ternampak kedai Body Shop. Setelah melihat lihat barangan yang dipamerkan, terpandang satu botol “massage Oil”. Sebelum kehadiran adam harith, minyak tersebutlah yang saya guna untuk membelai dan menyapu pada badan isteri saya.

Kalau isteri / suami yang nak mengurut pasangannya, saya cadangkan cuba guna massage oil yang boleh dibeli dari Kedai Body Shop. Asyik pakai minyak urut, minyak kelapa, apa kata tukar selera guna massage oil yang saya cadangkan. Kalau boleh, biarlah berdua duaan dalam bilik ketika mengurut dan membelai. 😛

Ada banyak jenis. Kesukaan saya ialah sensual massage oil. Harga memang agak mahal sedikit tapi berbaloi…
Maklumat Lanjut – Massage Oil