Sehari Bersama Hadith 40

Alhamdulillah, semalam selesai berlangsung majlis sehari bersama Hadith 40 anjuran Al-Ahkam.net dengan ISS. Banyak ilmu yang diperolehi yang dikongsi oleh para panel ustaz. Antara ustaz yang hadir bersama kami ialah Ust Adlan Abd Aziz, Ust Anwar, Ust Jo (Ustaz Pendekar).

Lepas majlis, saya dan rakan rakan menjamu selera di Restoren SABA.

Untuk men”download” rakaman audio, sila ke http://kulliyyah.blogspot.com

Hadis Hari Ini:

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Belaian Untuk Isteri

Belaian Kasih Sayang.

Bahan bahannya:

  1. Sebotol Minyak Aroma theraphy( Kalau boleh jenis “sensual” ).
  2. Sehelai kain batik untuk isteri dan kain pelikat untuk suami
  3. Masa yang panjang
  4. Lokasi yang sunyi ( Dalam bilik tidur, bilik hotel, resort  )
  5. Kerehatan badan dan minda
  6. Pastikan anak anak tiada mengganggu ( Hantar rumah mak / mak mertua, nursery, jiran )

Kaedah:

  1. Suami perlu memakai kain pelikat sementara isteri memakai kain batik.
  2. Isteri meniarap, sementara suami menuang sedikit minyak aroma therapy  pada telapak tangan dan gosok dengan kedua dua tangan.
  3. Tangan yang berminyak diusap pada bahu isteri.
  4. Teruskan mengusap minyak tersebut dari bahu hingga ke hujung kaki.
  5. Tambah minyak sekiranya minyak therapy tidak mencukupi.
  6. Kemudian, terlentangkan isteri dan usap minyak yang lebih pada anggota badan di bahagian depan. Bermula dari leher hingga ke hujung kaki.
  7. Selesai,  berehat seketika dan mandi bersama.
  8. Jangan lupa diselang seli dengan bergurau senda.

Kalau sekiranya para suami tidak mampu nak melakukan aktiviti belaian untuk isteri,  sediakan sedikit duit dan hantarlah isteri anda ke SPA yang berhampiran.

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Susah Menjadi Isteri

Susah sangat ke nak menjadi isteri? Susah sangat ke nak jaga suami? Soalan ini seringkali bermain di dalam minda saya. Sering kali juga  saya mendengar keluhan seorang isteri. Begitu banyak yang perlu dilakukan untuk menjaga suami.

Antara tugas tidak rasmi  – Menjaga makan dan minum suami( menyediakan menu, membeli ramuan, memasak dan menghidang), Membasuh pakaian suami, membersihkan rumah (menyapu, mengelap, menghias, membersihkan dll)  dan senarainya berterusan.

Tugas rasmi – Melayang nafsu serakah suami, berhias diri, dan menjaga kesihatan dan kemantapan diri.

Kalau saya nak senaraikan, berhelai helai kertas A4 pun tidak mencukupi. Maka cukuplah apa yang saya senaraikan di atas.  Bagi isteri yang biasa biasa, semua itu merupakan beban yang memenatkan, meletihkan dan   sungguh tertekan dibuatnya. Tapi bagi seorang isteri yang solehah,  semua itu merupakan peluang untuk melakukan amal amal yang soleh.

Saya faham dalam keadaan kehidupan moden, di mana suami dan isteri bekerja, maka bertambah tanggungjawap dan tugasan seorang isteri. Setelah kepenatan di pejabat, sampai ke rumah, senarai tugasan di rumah bermula.

Sedikit tips untuk isteri yang rasa tertekan kerana kerja rumah yang terlalu banyak dan tidak pernah selesai.

1. Lantik Sub Kontraktor sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Ini akan memastikan urusan tidak rasmi di rumah dapat diselesaikan secara konsiten dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.

2. Pastikan kesihatan anda berada di dalam keadaan tip/top. Kalau perlu ambil makanan tambahan, vitamin, garam mineral, maka ambil cuma jangan melampaui batas. Majun, jamu dan seangkatannya juga amat digalakan. Selain itu berdoa agar dikurniakan kesihatan yang diberkati dan kewarasan akal fikiran.

3. Uruskan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Sekiranya anda perlu memasak, maka buat persediaan rapi. Ramuan dan keperluan memasak perlu dipastilkan mencukupi. Buat perancangan seminggu lebih awal. Dan buat sedikit demi sedikit persediaan tersebut.

4. “Bil air”  suami pastikan tidak tertunggak. Kesian pada suami anda.

Tips di atas hanyalah sebagai cabang sahaja. Yang paling penting ialah akarnya. Apa dia akarnya?
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Ayat 162 surah al-An’am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”.

Itulah asas kepada segala galanya. Isteri yang solehah akan menyandarkan segala perbuatan dan perlakuan adalah untuk Allah swt. Hidup dan matinya, solat dan ibadahnya adalah kerana Allah swt.  Maka setiap sesuatu yang dilakukan kepada suaminya adalah mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Allah swt.

Satu kisah yang sering dibicarakan di dalam buku  “Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW” (terjemahan dari buku “An-Nisaa’ Haula Ar-Rasuul”) yang disusun oleh Muhammad Ibrahim Salim. Disalin oleh: Hanies Ambarsari.”

Fatimah Az-Zahra’. Dia hidup dalam kesulitan, tetapi mulia dan terhormat. Dia telah menggiling gandum dengan alat penggiling hingg berbekas pada tangannya. Dia mengangkut air dengan qirbah hingga berbekas pada dadanya. Dan dia menyapu rumahnya hingg berdebu bajunya. Ali r.a. telah membantunya dengan melakukan pekerjaan di luar. Dia ber- kata kepada ibunya, Fatimah binti Asad bin Hasyim :”Bantulah pekerjaan puteri Rasulullah SAW di luar dan mengambil air, sedangkan dia akan men- cupimu bekerja di dalam rumah :yaitu membuat adonan tepung, membuat roti dan menggiling gandum.”

Tatkala suaminya, Ali, mengetahui banyak hamba sahaya telah datang kepada Nabi SAW, Ali berkata kepada Fatimah, “Alangkah baiknya bila engkau pergi kepada ayahmu dan meminta pelayan darinya.” Kemudian Fatimah datang kepada Nabi SAW. Maka beliau bertanya kepadanya :”Apa sebabnya engkau datang, wahai anakku ?” Fatimah menjawab :”Aku datang untuk memberi salam kepadamu.” Fatimah merasa malu untuk meminta kepadanya, lalu pulang. Keesokan harinya, Nabi SAW datang kepadanya, lalu bertanya :

“Apakah keperluanmu ?” Fatimah diam.

Ali r.a. lalu berkata :”Aku akan menceritakannya kepada Anda, wahai Rasululllah. Fatimah menggiling gandum dengan alat penggiling hingga melecetkan tangannya dan mengangkut qirbah berisi air hingga berbekas di dadanya. Ketika hamba sahaya datang kepada Anda, aku menyuruhnya agar menemui dan meminta pelayan dari Anda, yang bisa membantunya guna meringankan bebannya.”

Kemudian Nabi SAW bersabda :”Demi Allah, aku tidak akan memberikan pelayan kepada kamu berdua, sementara aku biarkan perut penghuni Shuffah merasakan kelaparan. Aku tidak punya uang untuk nafkah mereka, tetapi aku jual hamba sahaya itu dan uangnya aku gunakan untuk nafkah mereka.”

Maka kedua orang itu pulang. Kemudian Nabi SAW datang kepada mereka ketika keduanya telah memasuki selimutnya. Apabila keduanya menutupi kepala, tampak kaki-kaki mereka, dan apabila menuti kaki, tampak kepala-kepala mereka. Kemudian mereka berdiri. Nabi SAW bersabda :”Tetaplah di tempat tidur kalian. Maukah kuberitahukan kepada kalian yang lebih baik daripada apa yang kalian minta dariku ?” Keduanya menjawab :”Iya.” Nabi SAW bersabda: “Kata-kata yang diajarkan Jibril kepadaku, yaitu hendaklah kalian mengucapkan : Subhanallah setiap selesai shalat 10 kali, Alhamdulillaah 10 kali dan Allahu Akbar 10 kali. Apabila kalian hendak tidur, ucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan takbir (Allahu akbar) 33 kali.”

Walaupun suami anda tidak seperti Ali, namun suami anda tetap layak menerima layanan yang sama seperti yang diterima oleh Ali r.a. dari Fatimah.

Istisyarah dan Istikharah: Dari facebook Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (SaifulIslam.com)

Dari facebook Ustas Hasrizal Abdul Jamil (SaifulIslam.com)

Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal Abdul Jamil sebelum istikharah, kena istisyarah. Usaha kmpul pendapat antara pro n kontra.Then, solat istikharah utk tetapkan hati buat keputusan. Jika nanti ada apa2 yg di luar jangkaan berlaku sekali pun, tak terkilan krn keputusan benar2r dibuat dgn membulatkan hati kpd Allah. Ada pun menunggu petunjuk berupa mimpi, rama2 masuk bilik, Mak Jah sblh rmh melatah sebut nama, besar ruang syaitan menipu dan mengganggu pendirian

Today at 9:05pm ·  · 

Saiful Iskandar

Saiful Iskandar

apa maksud istisyarah tu ustaz?
Today at 9:08pm

Muhamad Adha

Muhamad Adha

betul ustaz…kadang2 kita ini terikut2 anggapan masyarakat sebelum kedatangan islam…
Today at 9:12pm

Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal Abdul Jamil

ISTISYARAH = “Usaha kumpul pendapat antara pro n kontra”. Mesyuarat (Usaha)
Today at 9:12pm

Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal Abdul Jamil

tu la, sampai biawak melintas pun boleh ditafsirkan sebagai ‘petunjuk dan jawapan Allah’ kepada istikharah!
Today at 9:13pm

Saiful Iskandar

Saiful Iskandar

Terima kasih
Today at 9:13pm

Azman Al-Kurauwi

Azman Al-Kurauwi

Setuju. Ramai anak dara kita lebih dahulukan istikharah berbanding istisyarah. Kalau istikharah yang utama, sebelum perang Nabi akan tunggu mimpi dulu.
Today at 9:15pm

Mohd Ashrafi Harumin

Mohd Ashrafi Harumin

Terima kasih tentang istisyarah tu ustaz. cabaran pula dalam isu menunggu petunjuk tu. dah jadi budaya kita menunggu ‘tanda tanda’ itu.. kalau tak kena gaya, boleh bawa ke gaduh pula…
Today at 9:21pm

Aziha Nuril

Aziha Nuril

Salam. Ustaz, macam mana kalau mimpi tu datang lama selepas buat solat istikharah? Means bukan buat 2-3 kali terus mimpi la.. Contoh macam saya, saya buat solat hajat+istikharah. Then bermula dengan gerak hati dan saya berpegang pada itu. Saya teruskan lagi [lebih kepada amalan; jadi saya yakin+tenang]. Beberapa bulan lepas tu, lintasan itu datang dalam fikiran saya semasa berdoa pada istikharah saya. Saya berpegang pada itu; gerak hati saya membenarkan. Saya nak tahu, adakah ‘lintasan’ tu kemungkinan ruang syaitan yang masuk mengganggu?
Today at 9:23pm

Shazwani Bt Amanullah

Shazwani Bt Amanullah

oh..saya ingat istikharah dulu then istisyarah…terbalik telahan saya…..:)syukran ustaz..
Today at 9:36pm

Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal Abdul Jamil

tak perlu tunggu mimpi. lupakan mimpi, abaikan mimpi. istikharah bermaksud, kita membuat keputusan dengan menyandarkan keputusan YANG KITA BUAT ITU kepada Allah kerana sudah habis ikhtiar manusia.

Bukannya tunggu petunjuk whatsoever

Today at 9:40pm

Muhammad Safwan Bin Hussin

Muhammad Safwan Bin Hussin

Itulah, ada pulak yang ‘salahguna’ istikharah untuk suruh orang lain terima pendapat dia. “Saya dah buat istikharah, awak kena ikut sebab ini petunjuk dari Allah..”
11 hours ago

Arif Othman

Arif Othman

hahaha… tak tahan baca ayat mak jah melatah hahaha…
11 hours ago

Syahrul Adnan

Syahrul Adnan

kena betul masanya pesanan ust ni…doakan ana dpt buat keputusan terbaik utk masa depan ana ust..nk bncg aritu tak sempat, ramey orang 😛
9 hours ago

Mohd Syamirulah Rahim

Mohd Syamirulah Rahim

ada jugak yang lepas istikharah, terus istirehat!
3 hours ago

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Mengejutkan Suami

Tidur yang cukup amat diperlukan oleh seorang suami. Apa tah lagi bagi suami yang sibuk dengan tugas di pejabat dan kemudian sibuk pula menjadi suami dan ayah di rumah. Pastinya saat yang paling mencabar untuk seorang isteri adalah untuk mengejutkan suami bangun dari tidur.

Perlu diingat, suami tidur adalah satu ibadah sekiranya niatnya kerana Allah swt. Kerehatan amat penting. Tidak mustahil kalau sekiranya seorang suami akan memarahi isteri tersayang hanya kerana mengejutkannya dari tidur. Kalau tak dikejutkan, lagi lah dia marah.  Sedikit tips untuk mengejutkan suami dari tidur :

Secara lembut:

1. Ketahui jadual waktu suami anda. Kalau sekiranya, jadualnya lapang maka berikan sedikit masa untuk suami anda berehat.  Sekiranya anda tahu yang suami anda akan menghadiri sebarang mesyuarat pagi itu,  maka anda perlu mengejutkan suami anda.

2. Sebelum tidur, tanya suami anda sekiranya beliau ingin dikejutkan untuk bersolat tahjud ke tidak.  Setkan jam lonceng.

3. Jangan menggunakan bahasa yang kasar dan bertempik atau menjerit. Ingat, rumah anda adalah syurga bagi suami. Bukan dorm atau kem tahanan.

4. Mulakan dengan sedikit ciuman di dahi ( dahi bukan mulut atau pipi)   dan bisikkan ucapan sayang serta selamat pagi pada telinga.  Kemudian biarkan selama 3 hingga 5 minit.  Hilangkan diri anda dalam masa tersebut.

5. Kembali semula ke katil dan ulang langkah 4,  bisikan pada suami kesayangan anda, waktu untuk bangun.  Jangan menjerit atau memekik. Ingatkan suami anda yang beliau perlu bangun awal.

5. Usap rambut dan dahi suami anda dengan penuh kasih sayang, kemudian  gerakkan ibu jari kaki suami anda.

6. Ajak anak anak bersama sama mengejutkan suami anda.

Secara kasar:

1. Simbah percikan dengan sedikit air di muka dan kemudian lari.

2. Pasangkan bacaan yasin atau kalau ada rakaman talkin lagi berkesan.

Apa yang dicadangkan adalah sekadar cadangan. Saya tidak bertanggungjawap sekiranya ianya tidak berkesan. Sebelum menggunapakai cara yang saya cadangkan, seeloknya berbincang dengan suami tersayang dahulu. Bersedia untuk menghadapi sebarang reaksi dari suami anda.

Selamat menjadi isteri kesayangan suami anda.

Panduan Berpoligami – Jabatan Agama Islam Selangor

Poligami – http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167
MAKLUMAT UMUM
Allah Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:
Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
– Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
– Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
– Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
– Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI
* Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).
* Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.
* Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
* Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.
* Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.
* Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).
* Keputusan/perbicaraan – dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).
* Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
* Borang 2 B (permohonan berpoligami)
* Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.
* Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.
* Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
* Salinan surat beranak anak-anak.
* Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.
* Bayaran/fee Mahkamah.
* Surat laporan aduan Pejabat Agama.
* Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dan telah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.
* Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.
* Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.
* Salinan lain-lain dokumen berkaitan.
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN POLIGAMI
SOALAN YANG SERING DITANYA
1. Mengapakah permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah?
Permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah kerana ia telah diperuntukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988 di bawah Seksyen 23 (1) “Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, akan tetapi dan tertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah.”
Seksyen 123 menyatakan “Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih dari enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.”
Keputusan untuk menetapkan sama ada seseorang lelaki itu boleh berpoligami atau sebaliknya adalah di bawah bidangkuasa Hakim Syariah kerana pihak lelaki itu perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai kelayakan mengikut hukum syarak.
2. Adakah seorang lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran daripada isteri yang sedia ada?
Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami.

Tip: Semakin Hari Semakin Sayang: – Kopi dan Senyuman

Mungkin ramai yang telah terlalu lama berkahwin dan terlalu sibuk menjadi pekerja atau ibu bapa sehingga terlupa bagaimana nak menyambut pasangan.  Ada yang disambut dengan pelbagai soalan, ada juga yang disambut dengan kesenyapan malah ada juga yang disambut dengan pinggan dan mangkuk.

Bagi seorang suami,  disambut dengan  senyuman dan secawan kopi sebenarnya amat melegakan dan menenangkan jiwa. Apa tah lagi kalau ianya diminum bersama sama dengan anak anak. Sambil melepaskan lelah penat bekerja dan dapat juga  melegakan tekanan kerja.

Jangan lupa senyum dan sediakan kopi kepada suami anda kerana mungkin satu hari nanti, suami yang dinantikan, jenazah suami yang menjelma. Dan diketika itu, berakhir tugas anda sebagai seorang isteri. Suami anda  tidak dapat melihat senyuman anda dan tidak dapat merasai kenikmatan kopi sediaan anda.  Jangan menyesal ketika itu.

Maka muhasabah diri berapa banyak amal bakti kepada suami anda. Adakah anda mengharapkan sesuatu dari suami anda? Nasihat saya, buatlah seikhlas hati kerana Allah swt. Kerana sesungguhnya suami anda tidak dapat membalas apa yang anda lakukan untuknya. Hanya Allah swt yang dapat membalasnya.

Selamat beramal soleh.

Hadis Hari Ini:

Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.

— HR. Bukari dan Muslim

Hadis Hari Ini:

Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.

— HR. al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban