Apa yang berlaku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Allah swt telah berfirman di dalm Al Quran Surat Ankabut, ayat 2,

Al-Ankabuut 292.png

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Maka, begitu diri saya sendiri telah diuji dengan begitu hebat oleh Allah swt. Satu demi satu ujian diturunkan kepada saya. Seiringan dengan ujian tersebut, keadaan bertambah buruk dengan kehadiran Syaitan yang memang akan cuba berusaha dengan gigih untuk menyesatkan manusia,  sebagaimana firman Allah swt Surah Al Baqarah ayat 208

Al Baqarah208.png

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Saya berkenalan dengan seorag wanita yang begitu hebat dari kaca mata saya dari segi amal-amal solehnya membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama dari segi wang ringgit. Kami seringkali berbincang berkenaan beberapa  isu-isu ummah dan seringkali berbeza pandangan dan pendapat, namun ukhwah antara kami adalah kerana Allah swt, maka perselisihan pandangan dan pendapat tersebut tetap diraikan dengan penuh mesra.

Sehingga persaudaraan dalam islam itu dikukuhkan lagi dengan kepercayaan sahabat saya untuk mengamanahkan kepada saya seorang bayi perempuan, dan tahun berikutnya saya diamanahkan pula untuk mengambil anak jagaan beliau menjadi isteri saya yang kedua.  Cukup hebat amanah yang saya pikul namun niat kerana Allah swt memberikan kekuatan kepada saya untuk cuba menggalas tanggungjawab tersebut dengan ikhlas dan sabar.

Syaitan semestinya tidak duduk diam melihat ukhwah yang begitu kukuh, dan Allah swt mengizinkan syaitan untuk menguji kedua orang sahabat ini. Bermula dengan keruntuhan rumahtangga saya dengan anak jagaan beliau, diikuti dengan luahan rasa tidak puas hati dari ibu kandung anak yang dijagai oleh saya telah mengundang “silent war” antara saya dengan sahabat saya. Masing-masing melahirkan pandangan dan pendapat masing-masing di dalam FB masing-masing. Keadaan menjadi lebih buruk dan parah apabila syaitan yang bertopengkan manusia mula masuk campur dengan pelbagai sangkaan dan pandangan serta saranan yang cukup negatif di dalam FB beliau.

Jelas, semua kesalahan dan kesilapan diletakkan di bahu saya. Apa yang ditulis adalah mengikut hati dan perasaan masing-masing. Syaitan bersorak dengan riang kerana berjaya memujuk dua orang sahabat ini memutuskan tali persaudaraan di dalam islam.

Sehinggalah pada satu detik, terlintas di ingatan saya,  betul ke apa yang saya buat? Betul ke tindakan saya dan tindakan sahabat saya tersebut?.  Memang banyak rasa tidak puas hati yang wujud namun tak kan sampai menggadaikan tali siratulrahim.  Begini ke yang patut kami lakukan? Saling tomah mentomah antara satu sama lain? Benci membenci?

Seperti biasa, apabila saya menghadapi masalah, saya akan kembali kepada Allah swt,  Firman Allah swt,  Surah An Nisa, ayah 56

Nisa59.png

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 

Dalam situasi saya, saya bertemu dengan firman Allah swt, surah Al Hujurat ayat 10:

AL-HUJURAT-AYAT-10-1024x98.png

“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara karena itu damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujuraat : 10).

Terkedu seketika saya, Allah swt suruh damaikan, bukan Allah swt suruh putuskan siratulrahim yang telah terjalin begitu lama kerana Allah swt. Apa sebenarnya yang telah kami lakukan? Sepatutnya kami, saling bermaafan sebaliknya saling bergaduh.

Allah swt berfirman di dalam Al Quran,   Surah Al Imran, ayat 103

oc_19347.jpeg

 

Sehubungan dengan itu, saya akui semua kesalahan dan kesilapan saya. Saya mohon maaf di atas kesalahan dan kesilapan saya.  Saya telah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga saya yang kedua, namun memang sudah ditakdirkan yang rumahtangga tersebut akan runtuh dan dengan keruntuhan rumahtangga saya itu,  pada mulanya tidak meruntuhkan ukhwah dua orang sahabat. Syaitan kembali berusaha untuk meruntuhkan uhkwah tersebut dan kali ini dengan menggunakan ibu kandung anak jagaan saya, memainkan perasaannya lantas mencetuskan satu isu yang nampaknya seakan berjaya menruntuhkan ukhwah tersebut. Namun kasih Allah swt itu lebih luas, rahmat Allah swt itu lebih hebat, kasih sayang Allah swt itu lebih tinggi nilainya.

Saya seddar sebagai seorang lelaki, saya yang harus mulakan dahulu, sehubungan dengan itu,  saya Mohamad Siss M Jamil, memohon kemaafan secara terbuka kepada sahabat saya, yangsaya hormati dan saya kagumi. Maafkan saya kerana Allah swt.  Buat apa kita bergaduh,  menyerang antara satu sama lain, kedua-dua rakan kenalan kita bersorak riang melihat ukhwah kita runtuh. Biarlah rumahtangga saya dengan anak jagaan sahabat saya sahaja yang runtuh, namun saya amat berharap ukhwah keraan Allah swt ini masih dapat diselamatkan. Saya juga telah memaafkan apa juga kesalahan dan kesilapan beliau sepanjang kami berselisih faham.

Yang ikhlas,

Mohamad Siss M Jamil

Orang tua terkutuk dan hina……

Hantar anak ke sekolah agama, pilihan kepada anak atau paksaan?

Setiap ayah dan ibu mahu melihat anak anaknya berjaya dunia dan akhirat. Atas kesedaran itu maka ramai ayah dan ibu sanggup berpisah dengan anak anak dengan menghantar anak anak mereka ke sekolah agama. Seolah olah hanya dengan menghantar anak anak mereka ke sekolah agama maka mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Secara peribadi, sekiranya kita sebagai ayah dan ibu hendak menghantar anak anak kita ke sekolah agama, persediaan awal perlu dilakukan. Sebagusnya ketika anak anak kita masih lagi berada di dalam perut ibunya, persediaan telah pun bermula.

Apakah persediaan yang perlu disediakan?

  1. Ayah dan ibu perlu mengamal islam sebagai cara hidup. Ini penting. Memang, ada yang berpendapat, iman tidak dapat diwarisi tetapi, kita boleh mencuba mempengaruhi anak anak kita agar menjadi insan yang soleh. Ayah dan ibu kena banyak berdoa dan mengamalkan kehidupan sebagai seorang Islam. Solatnya terjaga, baca Quran dan zikir zikirnya agar anak anak hidup dalam suasana islamik.
  2. Mula belajar membaca Al Quran dari awal. Mula menghafal surah surah lazim sewaktu berusia 4 atau 5 tahun lagi. Kalau boleh, memasuki tadika islam yang mengajar dengan kaedah yang bersistematik. Akhir fasa tadika, anak anak kita telah pandai membaca Al Quran, tahu bagaimana nak bersolat dan sudah menghafal bacaan di dalam solat.

  3. Peringkat sekolah rendah, sekiranya berkemampuan, hantarlah anak anda ke sekolah swasta yang islamik.

Posted from WordPress for Windows Phone

Resipi Tinggal Resipi

Saya hendak bertanya kepada pasangan yang sudah lama berumahtangga.

  1. Berapa banyakkah buku resipi yang tersimpan di dalam almari dan berapa kali buku tersebut dibuka dan dirujuk ketika hendak memasak?
  2. Apa perasaan anda bila makanan yang dihidangkan lari benar dari resipi?

 

Contoh: Resipi yang ada – Ikan Kukus/Stim

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
  • 1-2 hiris asam keping.

Untukk sayurnya

  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • 1 bungkus cendawan
  • 1 genggam Soo Hoon

Untuk Perasa

  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air

Hiasan

  • sedikit daun sup (dihiris)

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
  2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, cendawan, soohoon serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
  4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
  6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

Itu yang dalam resipi. Yang dimasak, agak agaknya?

Malas nak cakap. Sebab bila ditegur, mengamuk, melenting-lenting, menjerit jerit kepada suami, sebiji macam orang meroyan. Dituduhnya kita cerewet, orang dah masakkan tak tahu nak bersyukur atau disuruhnya kita masak sendiri, kenapa tak bagi tahu nak guna resipi tu.

Kalau anda salam situasi sebegitu, ada beberapa jalan penyelesaian yang harmoni:

  • Masak sendiri. Tak payah harapkan orang lain masakkan untuk anda.
  • Makan aje dikedai. Pesan Ikan Siakap Masak Stim. Sedap tak sedap telan aje.
  • Do a aje minta Allah swt bagi seorang lagi isteri yang ada akal untuk berfikir dan pandai masak.

Pesan saya kepada mereka bergelar isteri. Bila dah masak tak ikut selera suami,  jangan hilang akal sampai sanggup memarahi suami hanya kerana nak tutp kelemahan diri sendiri. Bila suami tegur atau suami marah, tak payah nak  berbahas dan menegakkan benang yang basah.  Ke NERAKA Allah swt  nanti.  Ingat nak REDHA Allah swt kena dapatkan REDHA suami.  Mohon maaf aje dan lain kali janji akan ikut resipi.

Ramai yang mulut longkan akan berkata, ala tak kan pasal masak tak ikut resipi nak marah marah.  Kepada mereka yang mulut longkang ini,  saya nasihatkan tutup mulut tu. Busuk benar baunya.  Kerana makanan yang dimasak oleh isterilah,  yang menyebabkan suami gemuk, suami kena kencing manis, suami kena darah tinggi dan  malah ada suami yang sampai mati cuma ramai isteri yang terlepas dari di dakwa di mahkamah dunia namun jangan ingat akan terlepas di mahkamah Allah swt.  Maka berhati hati sebelum masak makanan. Niat kena betul.  Niat nak bagai makan suami agar suami dapat tenaga untuk beribadah.

Posted from WordPress for Windows Phone

Tips: Suami Luar Biasa Hebat

Hujung minggu hadir lagi. Seperti biasa, ramai suami akan mengambil kesempatan untuk berehat di rumah. “Berehat” bagi sesetengah lelaki bergelar suami ialah, lepas subuh qada tidur.

Ramai isteri yang mengeluh kerana bagi isteri isteri terutama yang bekerja, mereka juga penat dan letih dan hujung minggu bererti mengemas rumah, membasuh kain dan membebel pada suami yang nak qada tidur.

Cadangan saya, bincang baik baik antara suami isteri. Mula mula suami rehat, lepas tu isteri pula.

Senaraikan tugasan yang boleh dibuat oleh suami dan yang boleh dibuat oleh isteri. Agihkan tugasan tersebut.

Elak dari berhujah dan bertengkar.

Saya? Hehehe orang rumah saya menghadapi masalah untuk menyidai baju maka kena buat ampaianlah…

Petang petang, lapar lak. So buat cucur goreng …

Pesan saya, jangan lihat keburukan, kesilapan, kekurangan namun cuba untuk memberi manafaat kepada semua terutama isteri isteri kita dan anak anak.

Akhir bicara …. enjoy the weekend…..

Posted from WordPress for Windows Phone

Malang tak berbau – Nokia Lumia 1520 ku hilang

Ketentuan Allah swt, disaat aku begitu sibuk menguruskan kemasukkan adam harith ke sekolah rendah, kejadian yang sama sewaktu aku menguruskan adam harith bersunat berulang. Sewaktu adam bersunat, aku kehilangan Blackberryku dan kini sewaktu adam melangkah ke sekolah baru, aku kehilangan Nokia Lumia 1520 yang dihadiahkan oleh isteri kesayanganku.

Satu tamparan hebat buat diriku. Redha dengan apa yang berlaku, aku diburu perasaan bersalah.

Dengan rasa bersalah, aku ke kedai nokia yang berhampiran membeli hp yang sama. Menggantikan barang yang hilang.

Posted from WordPress for Windows Phone

Selamat tinggal android phone dan blackberry phone

Minggu lepas, saya mendapat hadiah dari isteri kesayangan saya. Sebuah telefon Nokia Lumia bersistem operasi Window Phone 8.

Saya masih ada 2 atau 3 bulan kontrak dengan celcom. Kontrak saya mengikat saya dengan Blackberry Phone kerana pelan yang dilanggan adalah pelan Blackberry. Apabila tamat kontrak, saya akan mengubah pelan langganan saya kepada pelan biasa sahaja.

Telefon bimbit back up saya adalah motorola bersistem operasi android. Oleh kerana kemaskini yang terlalu kerap maka memory 128MB sudah tidak mencukupi untuk menampung kemaskini yang lakukan. Akibatnya, sistem menjadi perlahan.

Perkara yang sama berlaku kepada isteri saya. Telefon sony beliau yang memiliki saiz memory 512MB juga sudah tidak mampu menerima kemaskini yang terlalu kerap.

Setelah berbincang, kami sepakat berhijrah ke platform Windows phone yang mana kemaskini aplikasi tidak sekerap platform android.

Posted from WordPress for Windows Phone

Kenapa suami beralih arah …..

ayat 12 surah al-Hujurat: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

Suami beralih arah  ..  satu topik yang menarik perhatian saya.  Saya merujuk kepada beberapa kes di bawah:

1. Isteri sedang mengandung,  suami membuat perhubungan sulit dengan wanita lain. 

2. Isteri berjauhan,  suami pasang perempuan simpanan

3. Isteri sibuk dengan kerjaya, anak anak,  dan lain lain perkara,  suami bergembira dengan perempuan lain. 

4. Isteri menghampiri menopause, suami  ceria dengan wanita lain . 

Pelbagai gelaran, tuduhan dilemparkan kepada lelaki  yang bergelar suami ini apabila berubah arah.  Antaranya:

1. Suami tak sedar diri

2. Suami yang tidak bertanggungjawab

3. Suami yang kejam ,

4. Suami yang tidak memahami hati dan perasan isteri

5. Suami curang,

6. Suami bersalah  .. 

Maka suami sahaja yang diletakkan segala kesalahan berbanding si isteri. Bukan mudah nak meyakinkan bahawa semua pihak perlu memberikan penilaian berdasarkan sesuatu kes dan bukan berdasarkan main tangkap muat.

Tolong tahu kehendak suami

ARKIB : 26/11/2013

Tolong tahu kehendak suami

SEBAGAI pasangan yang sudah berkahwin, ramai daripada kita sangat kurang bermuhasabah diri melihat kembali tanggungjawab dan apa yang telah dilakukan sepanjang perkahwinan.

Sebenarnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk merenung semula apa yang kita lakukan, hasilnya pasti berbaloi. Memang tidak dinafikan dalam perhubungan, suami kadang kala memahami lain dengan apa yang difahami isteri berhubung sesuatu perkara.

Isteri pula suka menganggap suami dapat membaca pemikiran mereka. Apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diingini maka pertelingkahan menerpa.

Berikut beberapa perkara yang boleh diberi perhatian oleh isteri untuk mendapatkan kecintaan suami.

Pertama: Hormat. Mungkin ada isteri yang rasa terkejut kerana kajian membuktikan suami mahu lebih dihormati daripada disayangi.

Para isteri sila berfikir sejenak, anda mungkin mahukan suami mencintai anda tetapi suami sebenarnya mahu anda menghormatinya lebih daripada cinta anda kepadanya.

Anda rasa teruk bila suami tidak mencintai? Begitu juga suami akan rasa teruk jika anda tidak menghormatinya.

Apa anda perlu buat? Dalam keadaan ini, jika anda sedang berkomunikasi sebolehnya tunjuk pada suami anda percaya apa yang dilakukan.

Berikan dia keyakinan dan dorong dia atas apa yang sedang dia lakukan. Beza antara cinta dan hormat mungkin sedikit tetapi apabila suami mendengar kata-kata isteri seperti ‘saya bangga dengan abang’, ini sudah membuktikan kasih dan cinta anda padanya.

Kedua: Suami mahu rasa selamat dan rasa cukup. Sebenarnya jauh di sudut hati setiap pasangan suami dan isteri ada rasa tidak selamat dan rasa tidak cukup dengan apa yang ada dalam rumah tangga mereka tidak kira dari sudut kewangan atau kebahagian.

Suami sebenarnya mahu anda yang menjadi isterinya yakin bahawa dia adalah penyelamat keluarga. Tidak kira penyelamat fizikal mahupun mental suami memang mahu menjadi ‘hero’ anda.

Sebagai isteri anda seharusnya meletakkan suami sebagai ‘hero’ dan penyelamat walau anda tidak merasakan begitu.

Jika anda tidak tahu caranya, pejam mata dan akui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Adakalanya suami juga mahukan penghargaan atas usaha kecil mereka, tidak kiralah sama ada kerja di pejabat, bersukan bersama rakan atau sekali sekala membantu di dapur, anda sebagai isteri jangan senyap sahaja.

Ketiga: Seks dan emosi. Mungkin sesetengah isteri gusar dengan perkataan tersebut tapi hakikatnya itulah yang suami mahukan pada seorang isteri.

Seks dan emosi memang berkait rapat. Bagi suami, seks adalah salah satu cara merapatkan lagi keintiman suami dan isteri. Ketika seks, suami mahu memberitahu isteri bahawa dialah yang isteri mahukan. Walau isteri sukar menerima kenyataan ini, tapi ‘keberkesanan komunikasi’ suami isteri adalah menerusi seks.

Wanita, tolonglah melihat seks sebagai yang amat penting dalam rumah tangga, jika anda menganggapnya sebagai ‘tugas’ semata-mata, maka cuba terjemahkanlah kemahuan seks suami sebagai komunikasi intim seperti yang anda mahukan daripadanya.

Keempat: Suami mahukan isteri yang ada penampilan baik. Jika anda fikir suami terima kegemukan anda seadanya, sila fikir sekali lagi.

Pemikiran mereka sama sekali tidak sama dengan apa yang anda bayangkan. Walaupun saiz memang bukan ukuran tetapi itu tidak bermakna anda boleh mengabaikan kebersihan diri.

Suami pasti seronok mempunyai isteri yang sentiasa bau wangi, kemas yang kelihatan selesa pada pakaian mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131126/ke_01/Tolong-tahu-kehendak-suami

© Utusan Melayu (M) Bhd