Produk oh produk ..

Semenjak berakhir proses penyediaan Kertas Cadangan Teknikal, bermulalah proses untuk merancang pembangunan produk khususnya untuk sektor “Immigration”.  Tugasan yang diberikan adalah untuk melihat produk apa yang boleh dikeluarkan, ciri ciri,  rekabentuk, dan sumber yang diperlukan.

Dah lama kedengaran  keperluan untuk membangunkan produk sendiri namun  sehingga kini masih tiada hasilnya lagi.  Bukan senang nak membangunkan produk. Terutama yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia.

Ada 2 perkara yang penting yang selalu berbeza bagi setiap sistem.

1. Business Process

2. Rules.

Yang utamanya, produk yang akan dibangunkan menggunapakai Business Process Engine dan Rules Engine agar kedua duannya mudah untuk diubah sekiranya perlu.

Banyak lagi yang perlu difahami sebelum bermula untuk membangunkan produk