Monthly Archives: June 2010

Tips: Cemburu…

Ada yang minta saya berikan tips untuk tidak merasa cemburu.  Maka sedikit tips untuk tidak merasa cemburu.

1. Menyedari bahawa fitrah seorang insan memang mempunyai sifat cemburu. Terutama seorang wanita. Dan seperti sifat sifat lain seorang wanita, sifat cemburu perlu dilatih untuk bersederhana. Tidak terlalu lebih dan tidak pula terlalu kurang.

2. Menerima bahawa Allah swt telah berikan apa yang terbaik buat diri kita. Beriman dengan Allah swt. Allah swt yang berkuasa menentukan segala galannya.

3. Banyakkan taubat.  Mengharapkan redha Allah swt. Memohon keampunan dari Allah swt.

4. Doa dan terus berdoa.

5. Bersangka  baik dalam segala urusan.

6. Banyak mengingati Allah swt.  Berzikir,  bertahmid,  bertakbir dan bertahlil mampu menenangkan diri.

Wasalam

Masih lagi diuji …

Dugaan demi dugaan mendatang.  Minggu lepas,  saya di serang demam panas,  suhu menghampiri 40 darjah Celsius. Mungkin jangkitan dari Adam.  Badan memang terasa lemah. Hari jumaat, demam rebah tapi tekak pula pedih. Sampai ke hari ini, tekak masih lagi sakit.

Belum reda dengan kesihatan,  kereta pula buat hal. Klip brek mulfunction. Akibatnya, break pad haus dan bukan setakat brek pad yang perlu ditukar,  drum disk pun kena ditukar sebab dah mengerutu habis.

Nampaknya semakin hebat ujian yang menimpa. Mungkin bagi sesetengah insan,  akan mengeluh resah.  Fitrah seorang insan namun, kami sekeluarga sedar dan yakin kepada Allah swt. Yakin bahawa setiap kesusahan akan digantikan dengan kebaikan. yakin bahawa semua ini adalah satu potensi untuk menambahkan pahala kebajikan. Sabar dan tabah.

Penat dan letih, itu yang sering kedengaran dari mulut ibu adam. Begitu juga saya. Kami masih lagi belum sempat benar benar berehat. Tiada apa yang dapat dilakukan selain dari berdoa agar Allah swt membantu menyelesaikan masalah yang ada. Tiada daya dan kekuatan melainkan apa yang diberikan oleh Allah swt.

Keadaan kewangan pun agak menekan. Semakin memeningkan dan memenatkan untuk difikirkan. Di saat ini, saya hanya bersyukur kerana masih lagi hidup. Masih lagi boleh berusaha dengan kudrat yang ada. Selain dari masih lagi boleh beribadah.

Masih lagi diuji.

Dah hampir beberapa minggu jiwaku terlalu kucar kacir. Dalam masa 5 minggu 3 kali rumahku dimasuki pencuri dan kerugian begitu besar sekali.  Sementara isteriku pula diuji dengan kesakitan.  Lepas tu diriku pula diuji dengan kesihatan dan kini anak kesayangku pula terlantar dihospital Pakar Damansara.  Itu ujian melibatkan personal dan belum lagi masalah kerja.  Kepala semakin pening dibuatnya.  Product development plan perlu disiapkan,  development product perlu bermula namun resource tak ada.  Dah inverview beberapa orang tapi tak memenuhi kelayakan.  Entahlah …

Secara jujur, ku terima semuanya dengan redha. Hidup perlu diteruskan.  Mungkin kelemahan yang ketara dalam hidup aku ialah perancangan. Kena perbaiki lagi perancangan hidupku ini.