Monthly Archives: February 2014

Hantar anak ke sekolah agama, pilihan kepada anak atau paksaan?

Setiap ayah dan ibu mahu melihat anak anaknya berjaya dunia dan akhirat. Atas kesedaran itu maka ramai ayah dan ibu sanggup berpisah dengan anak anak dengan menghantar anak anak mereka ke sekolah agama. Seolah olah hanya dengan menghantar anak anak mereka ke sekolah agama maka mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Secara peribadi, sekiranya kita sebagai ayah dan ibu hendak menghantar anak anak kita ke sekolah agama, persediaan awal perlu dilakukan. Sebagusnya ketika anak anak kita masih lagi berada di dalam perut ibunya, persediaan telah pun bermula.

Apakah persediaan yang perlu disediakan?

  1. Ayah dan ibu perlu mengamal islam sebagai cara hidup. Ini penting. Memang, ada yang berpendapat, iman tidak dapat diwarisi tetapi, kita boleh mencuba mempengaruhi anak anak kita agar menjadi insan yang soleh. Ayah dan ibu kena banyak berdoa dan mengamalkan kehidupan sebagai seorang Islam. Solatnya terjaga, baca Quran dan zikir zikirnya agar anak anak hidup dalam suasana islamik.
  2. Mula belajar membaca Al Quran dari awal. Mula menghafal surah surah lazim sewaktu berusia 4 atau 5 tahun lagi. Kalau boleh, memasuki tadika islam yang mengajar dengan kaedah yang bersistematik. Akhir fasa tadika, anak anak kita telah pandai membaca Al Quran, tahu bagaimana nak bersolat dan sudah menghafal bacaan di dalam solat.

  3. Peringkat sekolah rendah, sekiranya berkemampuan, hantarlah anak anda ke sekolah swasta yang islamik.

Posted from WordPress for Windows Phone