Tag Archives: SONY VAIO VPCZ116GG WINDOWS 8

SIRI 1: Pengalaman memasang Windows 8 pada Laptop Sony VAIO model VPCZ116GG

Microsoft telah melancarkan Window 8 pada 26 Oktober 2012 diperingkat antarabangsa dan akan melancarkannya di Malaysia pada 29 Oktober 2012. Semenjak dilancarkan, saya telah membeli versi elektronik yang berharga USD39.90. Saya telah memuat turun satu perisian dari Microsoft – Windows 8 Upgrade Assistant di – http://windows.microsoft.com/en-US/windows-8/upgrade-to-windows-8

Selesai menjalankan aplikasi tersebut, satu laporan dikeluarkan dimana ianya mempaparkan senarai perisian / aplikasi yang terpasang di komputer saya. Setelah menyemak senarai tersebut dengan teliti, saya terpaksa mengorbankan beberapa perisan yang tidak serasi dengan Window 8.

Contoh seperti di bawah:

Perisian lain yang terpasang dikomputer, di”kata”kan serasi dengan Windows 8.

Maka melalui web site http://windows.microsoft.com/en-US/windows/buy?ocid=GA8_O_WOL_DIS_ShopHP_FPP_Light , saya melakkukan pembelian secara online.

Selesai pembelian maka tiba masanya untuk pemasangan. Terdapat 3 pilihan yang diberikan kepada saya setelah selesai memuat turun fail pemasangan.

Dengan yakin dan sedikit riak ( Saya memohon keampunan dari Allh swt ), saya memilih untuk terus memasang.

Ok, saya tidak mahu bercerita tentang pemasangan kerana ianya memang mudah. Berikut adalah screenshot semasa process pemasangan

*
*
*
*

Sampai di screen di bawah saya memilih untuk mengekalkan “Windows Setting, Personal Files dan Apps”.

*

Saya memilih untuk “Install Now”

*

Saya membuang segala aplikasi yang yang tidak serasi dengan windows 8

*

Setelah melalui beberapa screen lagi, maka akhirnya saya berjaya memasang Windows 8 pada laptop SONY VAIO model VPCZ116GG

 

Ok cukup buat masa ini. Selepas ini saya akan kongsi kepayahan dan kesukaran yang saya hadapi. Pemasangan memang mudah tetapi proses untuk penyesuaian sistem yang agak mencabar. Untuk pengetahuan pembaca, keseronokan saya berjaya memasang windows 8 hanya bertahan beberapa minit sahaja kerana selepas itu, Windows 8 saya “shutdown” sendiri. Mungkin sebab riak kot .. ?

*Sebahagian gambar pemasangan saya perolehi dari pelbagai sumber lain. Tak sempat nak ambil screenshot. Terlalu teruja kot.