Alhamdulillah, dah 12 ana menjadi kapten kapal dilautan alam berumahtangga. Entah berapa kali ribut melanda, tsunami berlaku, hujan renyai renyai mahu pun lebat, panas terik dan macam macam lagi. Ana tahu, ana bukanlah suami yang soleh, bukan juga kapten yang baik….. Ana hanya hamba Allah swt. Ana buat salah, ana buat silap…. Terima kasih kepada zaujah ana, Zakiah Zakaria yang sudi memaafkan ana sekiranya ana khilaf, masih sanggup diam bila ana marah, yang tetap menemani ana walaupun ana sesat arah sehingga kembali ke jalan yang sepatutnya, yang masih menyelitkan wang wang kertas di wallet ana sewaktu wallet ana kosong dan masih bertahan dengan karenah ana yang kebudak budakan…
Terima kasih wahai isteri kesayangku…. . Maaf, tiada hadiah yang dapat kuberikan kepadamu pada hari ulangtahun pernikahan kita. Hanya doa agar kau menjadi wanita solehah dan semoga Allah swt mengampunkan dosa dosamu, memberikan ganjaran kepada segala ibadah dan usahamu untuk mendapat redhaku dan menempatkanmu dikalangan orang orang yang beruntung diakhirat kelak.. .
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 12 tahun masihi.