Monthly Archives: November 2013

Kenapa suami beralih arah …..

ayat 12 surah al-Hujurat: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

Suami beralih arah  ..  satu topik yang menarik perhatian saya.  Saya merujuk kepada beberapa kes di bawah:

1. Isteri sedang mengandung,  suami membuat perhubungan sulit dengan wanita lain. 

2. Isteri berjauhan,  suami pasang perempuan simpanan

3. Isteri sibuk dengan kerjaya, anak anak,  dan lain lain perkara,  suami bergembira dengan perempuan lain. 

4. Isteri menghampiri menopause, suami  ceria dengan wanita lain . 

Pelbagai gelaran, tuduhan dilemparkan kepada lelaki  yang bergelar suami ini apabila berubah arah.  Antaranya:

1. Suami tak sedar diri

2. Suami yang tidak bertanggungjawab

3. Suami yang kejam ,

4. Suami yang tidak memahami hati dan perasan isteri

5. Suami curang,

6. Suami bersalah  .. 

Maka suami sahaja yang diletakkan segala kesalahan berbanding si isteri. Bukan mudah nak meyakinkan bahawa semua pihak perlu memberikan penilaian berdasarkan sesuatu kes dan bukan berdasarkan main tangkap muat.

Tolong tahu kehendak suami

ARKIB : 26/11/2013

Tolong tahu kehendak suami

SEBAGAI pasangan yang sudah berkahwin, ramai daripada kita sangat kurang bermuhasabah diri melihat kembali tanggungjawab dan apa yang telah dilakukan sepanjang perkahwinan.

Sebenarnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk merenung semula apa yang kita lakukan, hasilnya pasti berbaloi. Memang tidak dinafikan dalam perhubungan, suami kadang kala memahami lain dengan apa yang difahami isteri berhubung sesuatu perkara.

Isteri pula suka menganggap suami dapat membaca pemikiran mereka. Apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diingini maka pertelingkahan menerpa.

Berikut beberapa perkara yang boleh diberi perhatian oleh isteri untuk mendapatkan kecintaan suami.

Pertama: Hormat. Mungkin ada isteri yang rasa terkejut kerana kajian membuktikan suami mahu lebih dihormati daripada disayangi.

Para isteri sila berfikir sejenak, anda mungkin mahukan suami mencintai anda tetapi suami sebenarnya mahu anda menghormatinya lebih daripada cinta anda kepadanya.

Anda rasa teruk bila suami tidak mencintai? Begitu juga suami akan rasa teruk jika anda tidak menghormatinya.

Apa anda perlu buat? Dalam keadaan ini, jika anda sedang berkomunikasi sebolehnya tunjuk pada suami anda percaya apa yang dilakukan.

Berikan dia keyakinan dan dorong dia atas apa yang sedang dia lakukan. Beza antara cinta dan hormat mungkin sedikit tetapi apabila suami mendengar kata-kata isteri seperti ‘saya bangga dengan abang’, ini sudah membuktikan kasih dan cinta anda padanya.

Kedua: Suami mahu rasa selamat dan rasa cukup. Sebenarnya jauh di sudut hati setiap pasangan suami dan isteri ada rasa tidak selamat dan rasa tidak cukup dengan apa yang ada dalam rumah tangga mereka tidak kira dari sudut kewangan atau kebahagian.

Suami sebenarnya mahu anda yang menjadi isterinya yakin bahawa dia adalah penyelamat keluarga. Tidak kira penyelamat fizikal mahupun mental suami memang mahu menjadi ‘hero’ anda.

Sebagai isteri anda seharusnya meletakkan suami sebagai ‘hero’ dan penyelamat walau anda tidak merasakan begitu.

Jika anda tidak tahu caranya, pejam mata dan akui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Adakalanya suami juga mahukan penghargaan atas usaha kecil mereka, tidak kiralah sama ada kerja di pejabat, bersukan bersama rakan atau sekali sekala membantu di dapur, anda sebagai isteri jangan senyap sahaja.

Ketiga: Seks dan emosi. Mungkin sesetengah isteri gusar dengan perkataan tersebut tapi hakikatnya itulah yang suami mahukan pada seorang isteri.

Seks dan emosi memang berkait rapat. Bagi suami, seks adalah salah satu cara merapatkan lagi keintiman suami dan isteri. Ketika seks, suami mahu memberitahu isteri bahawa dialah yang isteri mahukan. Walau isteri sukar menerima kenyataan ini, tapi ‘keberkesanan komunikasi’ suami isteri adalah menerusi seks.

Wanita, tolonglah melihat seks sebagai yang amat penting dalam rumah tangga, jika anda menganggapnya sebagai ‘tugas’ semata-mata, maka cuba terjemahkanlah kemahuan seks suami sebagai komunikasi intim seperti yang anda mahukan daripadanya.

Keempat: Suami mahukan isteri yang ada penampilan baik. Jika anda fikir suami terima kegemukan anda seadanya, sila fikir sekali lagi.

Pemikiran mereka sama sekali tidak sama dengan apa yang anda bayangkan. Walaupun saiz memang bukan ukuran tetapi itu tidak bermakna anda boleh mengabaikan kebersihan diri.

Suami pasti seronok mempunyai isteri yang sentiasa bau wangi, kemas yang kelihatan selesa pada pakaian mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131126/ke_01/Tolong-tahu-kehendak-suami

© Utusan Melayu (M) Bhd