Monthly Archives: January 2011

Pah O Pah Siri 2: Akhirnya Cinta Kita?

Ramai yang bercinta mengharapkan agar percintaan mereka berakhir dengan pernikahan namun bagaikan mengharap panas sampai ke petang, ada kalanya hujan ditengah hari.

Selagi kita bercinta dalam batasan agama, jiwa redha, tenang dan tenteram walaupun kita tahu yang kita mungkin tidak akan dapat tidur sekatil setilam mahu pun sebantal tetapi kita tetap saling sayang menyayangi. Mengambil kisah di atas satu sama lain, bertanya khabar, saling doa mendoakan antara satu sama lain. Yang susah dibantu, yang mudah dipermudahkan.

Pah O Pah, mungkin percintaan ini tidak seperti orang lain bercinta, tiada dating dating, tiada ucapan sayang sayang, love you dan love me namun yanng ada hanya disulami dengan doa doa, nota nota dakwah, peringat peringatan tentang akhirat dan kisah kisah sejarah silam yang memberikan teladan serta pengharapkan agar Allah swt sentiasa memberikan yang terbaik buat diri kita semua.

Pah O Pah, bersama kita berlumba lumba melakukan amal amal yang soleh, banyak bersedekah dan berkongsi ilmu kerana itulah bekalan kita yang berterus untuk kehidupan selepas kematian. Bersama kita memohon keampunan dari Allah swt di atas segala dosa dan kesilapan lalu.

Pah O Pah, andai kata ditakdirkan kita menjadi suami isteri maka aku tetap bersyukur namun sekiranya tidak, aku tetap menerima dengan redha. Semuanya ketentuan Allah swt.

Cloud Office Web Application – Anywhere, Anytime (with broadband)

Salam,
Saya mulakan perkongsian saya kali ini dengan satu soalan. Siapa yang ada akaun dengan www.live.com atau www.google.com ? Sekiranya anda mempunyai salah satu atau kedua duanya sekali, adakah anda mengetahui bahawa kedua dua pemberi perkhidmatan itu menyediakan "Cloud Office Application" kepada para pelanggan mereka dengan percuma (storan yang terhad tentunya hehe)?
Cloud Office application menyediakan aplikasi Office seperti word processing, spreadsheet, presentation dan lain lain lagi di atas talian. Anda boleh membuat dokumen baru, mengedit, menyimpannya di ruang storan yang disediakan. Selain itu anda juga boleh "download" atau "upload" dokumen. Apa yang anda perlukan hanyalah peralatan yang mempunyai browser dan tentunya sambungan ke internet broadband.

Sedikit perbandingan :

Microsoft SkyDrive

  • Free storage amount: 25 GBs
  • File size limitation: 50 MBs for Word, PowerPoint and OneNote, 2 MB for Excel
  • Sharing options: Can provide permissions to other office live users and / or provide a link for others to view the file.
  • Live collaboration: Not really, but they say it will arrive in the second half of 2010
  • Mobile Access: Windows mobile devices only
  • Version History: Yes
  • File syncing and offline access: Yes, with Office 2010, free Beta version and if you install SkyDrive synced storage you can sync up to 5 GBs of information (this increased on August 27th and the name was changed back to Live Mesh)
  • Full text search: No, it inexplicably brought up hundreds of other documents belonging to others that had the term I searched for though
  • Tie-ins with other services: No non-Microsoft options
  • Unique free features: SkyDrive offers not just the typical document, Excel and presentation software but also includes OneNote, a great program similar to Evernote but in a lot of ways better
  • Available features for a price: Not clear
  • User Interface: 7 (1=bad, 10=good)
  • Overall impressions: 9 (1=bad, 10=good)

Goole Docs

  • Free storage amount: 1 GB
  • File size limitation: Varied, Docs and Spreadsheets 1 MB, Presentations 10 MB, drawings unlimited and imported but not converted files 1 GB
  • Sharing options: Private, Working group or public
  • Live collaboration: Yes, in the documents or in a chat window on the side
  • Mobile Access: Web and 3rd party apps
  • Version History: No
  • File syncing and offline access: Not exactly (see below)
  • Full text search: Yes, also searches within PDFs and can be searched from Gmail
  • Tie-ins with other services: Not from Google’s interface
  • Unique free features: Accepts all file formats, offers free optical character recognition for PDFs and pictures so that text is searchable
  • Available features for a price: More storage, if you purchase more it is added to all of your Google services prices from $5/year for 20 GBs to $256/year for 1 TB
  • User Interface: 7 (1=bad, 10=good)
  • Overall impressions: 9 (1=bad, 10=good)

Macam mana nak guna?
cuma klik Google Docs – http://docs.google.com
atau
klik Microsoft Skydrive – http://office.live.com
Login guna akaun anda dan ikut arahan yang diberikan dan mula menggunakan.
Wasalam

Keluhan remaja: Ibu oh Ayah, Aku mahu kahwin

Beberapa hari kebeakangan ini saya sering mengunjungi laman sembang yang dipenuhi dengan remaja seawal usia lepasan SPM dan mungkin saya yang paling tua kot. Agak menarik apabila memerhatikan topik yang diperbincangkan.  Dari banyak banyak topik yang dibincangkan, saya tertarik dengan satu topik yang agak lain daripada yang lain. Seorang remaja wanita berusia 18 tahun lepasan SPM  bertanya pandangan dan pendapat tentang “boyfriend” dia yang sebaya dengan beliau ingin mengahwini beliau.  “Boyfriend” beliau ingin meminang remaja wanita ini.  Apa yang patut dilakukan oleh remaja ini?

Mungkin sekiranya soalan ini ditanya kepada saya 10 tahun yang lalu, mungkin jawapan saya akan sama seperti orang lain.

“Sayang,  kamu masih lagi muda dan mentah. Belajar dahulu,  kemudian bekerja dan bantu adik adik mu dulu atau  sekurang kurangnya  berilah sedikit wang kepada ibumu.”

Mungkin itu jawapan saya.  Tetapi setelah saya cuba melihat dari perspektif yang lain, dimensi yang lain saya dapati mungkinkah jawapan itu tidak releven lagi ketika ini.  Kenyataan saya ini pasti akan membangkitkan kemarahan kepada mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia.  Remaja wanita ini mengumpulkan segala kekuatan rohaninya untuk memaklumkan kepada ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Wajar ke kita seorang ayah memarahi remaja ini?

Tentu ada ibu dan ayah yang akan menyatakan saya telah pun hilang akal, tapi nanti dulu. cuba kita buka kotak fikiran kita.  Adakah ianya menjadi satu kesalahan sekiranya anak gadis kita menyatakan hasrat beliau untuk berkahwin? Mungkin ada ibu dan ayah yang akan mempertikaikan kredibiliti bakal menantunya. Namun, saya akan cuba untuk menyentuh pekara tersebut.

Pertama,  saya ucapkan tahniah kepada ibu dan ayah remaja wanita tersebut kerana berjaya mendidik seorang wanita yang berani, yang mempunyai cita cita dan rasa untuk menjadi seorang isteri yang sah. Remaja ini adalah salah seorang remaja yang hebat. Ini kerana beliau memberitahu ibu dan ayah bahawa dirinya telah bersedia untuk menjadi seorang isteri. Tidak seperti remaja kita yang memaklumkan kepada ibu dan ayah setelah mereka bakal menjadi ibu tanpa menjadi seorang isteri yang sah. Oleh itu, jangan dimarahi namun remaja ini perlu dibimbing untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Perlu disediakan dari segi ilmu kerumahtanggan.

Kedua,  Jangan dimarahi/dileteri namun seharusnya dinyatakan pujian kerana anak dara mereka masih lagi berdara dan masih tidak membelakangi orang tuanya dalam membuat keputusan yang paling penting dalam kehidupan beliau. Seharusnya ibu dan ayah memberikan sokongan padu selain dari tunjuk ajar dalam memilih pasangan hidup.  Remaja ini tidak pantas dimarahi.

Ketiga, ibu ayah jangan mudah bersangka buruk. Terima berita dengan lapang dada. Beristigfar banyak banyak dan mohon ketenangan dari Allah swt. Anak anda seorang yang hebat.

Keempat,  kenali  bakal menantu anda. Kalau sekiranya anak dara anda masih lagi suci, maka saya yakin, lelaki yang dikenali oleh anak anda adalah seorang lelaki yang mempunyai sifat bertanggungjawab. Zaman sekarang, agak sukar untuk mencari seorang remaja lelaki yang masih lagi teruna.

Tentu ada ibu dan ayah yang akan berkata,  remaja ini terlalu muda untuk menjadi suami.  Jawapan saya,  ya memang muda namun sekiranya kita, orang yang tua bangka ini membantu yang muda, berkongsi pengalaman,  pasti mereka mampu menjadi ibu dan ayah yang lebih baik dari diri kita.  Kita bantu mereka.

Ada pula yang akan berkata,  remaja ini masih belum bekerja, bagaimana remaja ini nak menanggung anak orang.  Mungkin ibu dan ayah terlupa bahawa rezeki Allah swt yang tentukan. Ramai yang tersalah anggap bahawa hanya dengan belajar tinggi tinggi maka akan terjamin masa depan. Maaf ya, rasanya dizaman ini, tidak lagi.

[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. (QS an-Nur)

Ibu dan ayah, rezeki, Allah swt yang kurniakan. Yakinlah. Itu pesan saya kepada ibu dan ayah.  Semoga ibu dan ayah berfikiran secara rasioanal.

Bagi remaja wanita tersebut,  cadangan saya,

1.  Berbincang dengan pakcik / makcik yang dipercayai dan yang boleh diajak berunding.  Minta pandangan mereka menilai calon suami anda. Sekiranya mereka berpendapat calon anda tidak sesuai,  pandangan mereka mungkin sama dengan ibu dan ayah anda.

2.  Berkenalan dengan keluarga calon suami anda. Bagaimana suasana dan penerimaan mereka terhadap anda? Nilai sendiri.

3. Jangan melakukan kemaksiatan. Kita nak membina keluarga yang diberkati oleh Allah swt. Bukan nak bersuka ria sahaja.  Jangan cemarinya dengan aktiviti aktiviti kemaksiatan.

Kepada remaja lelaki yang nak kahwin sangat.

1. Bincang dahulu dengan ibu dan ayah anda. Dapatkan sokongan mereka. Sekiranya mereka merestuinya, maka dapatkan komitmen mereka untuk membantu anda dari segi ekonomi dan dari segi perkongsian ilmu.

2. Bincang dengan bakal isteri anda. Minta bakal isteri anda berbincang dengan pakcik / makcik dia dulu.  Kalau semuanya ok,  baru maklumkan kepada ibu dan ayah agar merisik dan meminang.

3. Jaga akhlak dan jauhkan dari aktiviti aktiviti yang boleh mencampakan diri ke dalam kemaksiatan.  Jangan cemari perhubungan cinta suci anda dengan kemaksiatan. Bertanggungj

Harapan saya, kepada remaja yang mendapat keizinan dari ibu dan ayah,  sediakan diri dengan ilmu rumah tangga. Jadi remaja yang bertanggungjawab. Jaga akhlak dan jangan didekati zina serta bersabar sehingga diijabkabul sebagai suami isteri.  Dan ibu ayah, bantu mereka. Sayangi mereka. Mereka anak anak kita, waris kita.

Tips Poligami: Menerima Penolakan dengan redha

Kali ini saya ingin berkongsi tentang penolakan. Entah berapa kali lamaran saya kepada wanita yang pada pandangan saya boleh dijadikan madu saya, tetapi lamaran tersebut telah ditolak.  Antara alasan yang diberikan :

“ sy rasa anda dah punya isteri yg melengkapi anda.hargai isteri anda”

“Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Jaga ahli keluarga anda.”

“Saya tidak mahu melukakan hati isteri anda. Saya seorang wanita dan yang tahu perasaan isteri anda. Walaupun isteri anda benarkan, tapi saya tahu dia tidak sanggup untuk berpoligami.”

“Awak mampu ke nak bagi makan 2 keluarga”

“Mampu ke awak untuk berlaku adil?”

Itu adalah sebahagian dari jawapan yang diterima. Ada juga yang menjadikan faktor usia,  sebagai alasan untuk menolak lamaran saya.

Apa pun, sebagai seorang insan yang percaya kepada Allah swt 100 % maka seharusnya kita mempunyai daya kekuatan yang Allah swt berikan.  Tidak mudah berputus asa untuk meneruskan pencarian isteri yang solehah.

Persiapkan diri untuk menerima penolakan adalah penting. Redha bahawa Allah swt akan memberikan yang terbaik buat diri kita.

Kereta Honda ku masuk bengkel …

17 Januari 2011, seminggu setelah RIM dan tayar  kereta myvi isteriku dicuri dan telah digantikan dengan yang baru, kini kereta hondaku pula dilanggar dari belakang. Ketika itu, aku dan ahli keluargaku (adam dan cik kiah) dalam perjalanan pulang dari menyelesaikan urusan penyewaan rumah sewa di SD court.  Ketika itu jam 10.30 pm, lokasi di persiaran kenanga, bandar sri damansara, betul betul di jalan masuk ke Masjid keretaku telah dilangar oleh sebuah kereta perodua kelisa. Bunyi hentaman yang kuat telah merosakan bonet belakang kereta honda city ku.

Namun aku tetap bersyukur kerana tiada ahli keluarga ku yang tercedera. Hanya isteriku mengalami kepatahan gigi serta bibir yang bengkak akibat dari terhantuk kepala adam.  Walau bagaimana pun, doktor telah menasihatkan kami sekeluarga berehat selama 2 hari. Allah swt memudahkan segala urusan dari urusan laporan polis hingga ke urusan kemasukan kereta ke bengkel kereta. Kini aku sedang menanti urusan pembaiki dan penebusan insuran kereta. 

Satu perkara yang berlaku yang agak menarik untuk aku kongsikan. Aku menggunakan perkhidmatan MyEg untuk urusan penghidupan insuran dan cukai jalan secara online. “Insurance Cover Note” dan “Road Tax” dihantar terus ke pejabat. Namun aku terlupa untuk mencetak nombor resit pembayaran di atas geran. Wakil dari bengkel kereta memaklumkan kesan dari tiadanya cetakan nombor resit pemmbayaran di atas geran akan mengakibatkan penolakan dalam urusan “Insurance Claim”.  Nampkanya masih ada lagi yang perlukan integrasi antara syarikat insuran dengan jabatan pengangkutan jalan dan pihak bengkel yang perlu dilihat.

Insya Allah, hari jumaat 21 Januari 2011, aku akan kembali bekerja. Agak susah sedikit apabila hanya tinggal 1 biji kereta sahaja.  Aku akan hantar adam ke taska dan cik kiah ke pejabat dengan kereta cik kiah.  Satu perjalanan yang jauh tapi tiada jalan lain lagi. Jadi dari Aman puri, ke Sri Damansara hantar adam dan kemudian terus ke Medan Mara di tengah tengah KL mengahantar cik kiah seterusnya  ke USJ. Balik kerja, aku terus ke Sri Damansara,  ke stesen komuter kepong untuk ambil cik kiah yang menaiki Komuter dan terus ke rumah. Kesian cik kiah kena naik komuter.

‎"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Ahhh sangkut lagi perjalananku …

Pagi tadi aku berjumpa dengan HR manager.  Aku ceritakan masalah yang aku hadapi dalam menggerakan Innovation Management. Tak tahan aku rasakan.  Masalah komunikasi antara aku dengan boss aku memang agak kronik. Dalam masa 6 bulan aku bekerja di bawah dia,  hanya 2 balasan email aku perolehi dari beliau. Dan setiap kali aku sms kepada beliau,  jawapan yang sama aku terima,  “who is this?”  No telefon aku pun tak pernah tersimpan di dalam  contact list  dia.

Dah banyak proposal yang aku utarakan,  semua dia tolak tanpa sebarang alasan yang konkrik.  Dah tak ada jalan lain untuk aku bergerak.  Bermula 1 Mei 2011  hingga 31 Disember 2011,  semua yang aku buat,  langsung tidak ada nilai padanya.  Aku buat semuanya sendiri tanpa sebarang kos tambahan.  Tiada claim yang aku buat tapi,  cara dia layan  aku macam aku nie kasta rendah.

  • Proposal aku untuk mengadakan  brainstorming  produk baru – ditolak
  • Proposal aku untuk menyediakan token kepada sesiapa yang  menghantar idea baru – ditolak
  • Proposal aku untuk mengadakan  sesi perbincangan “idea seeding” dengan vendor – ditolak
  • Proposal aku untuk mengadakan  sesi “breakfast with innovation management” – ditolak

So dalam perbincangan tadi, ada pelbagai kemungkinan yang bakal aku hadapi.

  1. Aku akan dipindahkan ke projek  JPJ
  2. Aku  akan dipindahkan ke unit Internal Audit, well at least itu yang aku minta.
  3. Mungkin aku tetap kena duduk dalam Innovation Management ini.

Apa pun,  aku serahkan kepada Allah swt.  Aku mempunyai Allah swt.  Dia tempat aku mengadu dan  meminta  pertolongan.  Yang dapat aku lakukan adalah bersabar dan terus bersabar.  Dia tahu apa yang terbaik buat aku dan ahli keluargaku.  Segala yang aku lakukan adalah kerana Dia.  Dia yang mencipta langit dan bumi dan segala di antara keduanya  ….