ayat 12 surah al-Hujurat: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
Suami beralih arah .. satu topik yang menarik perhatian saya. Saya merujuk kepada beberapa kes di bawah:
1. Isteri sedang mengandung, suami membuat perhubungan sulit dengan wanita lain.
2. Isteri berjauhan, suami pasang perempuan simpanan
3. Isteri sibuk dengan kerjaya, anak anak, dan lain lain perkara, suami bergembira dengan perempuan lain.
4. Isteri menghampiri menopause, suami ceria dengan wanita lain .
Pelbagai gelaran, tuduhan dilemparkan kepada lelaki yang bergelar suami ini apabila berubah arah. Antaranya:
1. Suami tak sedar diri
2. Suami yang tidak bertanggungjawab
3. Suami yang kejam ,
4. Suami yang tidak memahami hati dan perasan isteri
5. Suami curang,
6. Suami bersalah ..
Maka suami sahaja yang diletakkan segala kesalahan berbanding si isteri. Bukan mudah nak meyakinkan bahawa semua pihak perlu memberikan penilaian berdasarkan sesuatu kes dan bukan berdasarkan main tangkap muat.