Kereta Honda ku masuk bengkel …

17 Januari 2011, seminggu setelah RIM dan tayar  kereta myvi isteriku dicuri dan telah digantikan dengan yang baru, kini kereta hondaku pula dilanggar dari belakang. Ketika itu, aku dan ahli keluargaku (adam dan cik kiah) dalam perjalanan pulang dari menyelesaikan urusan penyewaan rumah sewa di SD court.  Ketika itu jam 10.30 pm, lokasi di persiaran kenanga, bandar sri damansara, betul betul di jalan masuk ke Masjid keretaku telah dilangar oleh sebuah kereta perodua kelisa. Bunyi hentaman yang kuat telah merosakan bonet belakang kereta honda city ku.

Namun aku tetap bersyukur kerana tiada ahli keluarga ku yang tercedera. Hanya isteriku mengalami kepatahan gigi serta bibir yang bengkak akibat dari terhantuk kepala adam.  Walau bagaimana pun, doktor telah menasihatkan kami sekeluarga berehat selama 2 hari. Allah swt memudahkan segala urusan dari urusan laporan polis hingga ke urusan kemasukan kereta ke bengkel kereta. Kini aku sedang menanti urusan pembaiki dan penebusan insuran kereta. 

Satu perkara yang berlaku yang agak menarik untuk aku kongsikan. Aku menggunakan perkhidmatan MyEg untuk urusan penghidupan insuran dan cukai jalan secara online. “Insurance Cover Note” dan “Road Tax” dihantar terus ke pejabat. Namun aku terlupa untuk mencetak nombor resit pembayaran di atas geran. Wakil dari bengkel kereta memaklumkan kesan dari tiadanya cetakan nombor resit pemmbayaran di atas geran akan mengakibatkan penolakan dalam urusan “Insurance Claim”.  Nampkanya masih ada lagi yang perlukan integrasi antara syarikat insuran dengan jabatan pengangkutan jalan dan pihak bengkel yang perlu dilihat.

Insya Allah, hari jumaat 21 Januari 2011, aku akan kembali bekerja. Agak susah sedikit apabila hanya tinggal 1 biji kereta sahaja.  Aku akan hantar adam ke taska dan cik kiah ke pejabat dengan kereta cik kiah.  Satu perjalanan yang jauh tapi tiada jalan lain lagi. Jadi dari Aman puri, ke Sri Damansara hantar adam dan kemudian terus ke Medan Mara di tengah tengah KL mengahantar cik kiah seterusnya  ke USJ. Balik kerja, aku terus ke Sri Damansara,  ke stesen komuter kepong untuk ambil cik kiah yang menaiki Komuter dan terus ke rumah. Kesian cik kiah kena naik komuter.

‎"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).